"Kau taknak balik?" Tanya Aizat dan aku mengeleng kepala tanda tidak mahu.
"Kau tahu tak dekat office banyak lagi kerja kau kena buat bukan kau sorang ja aku pun banyak tau tak." Tangan kanan diletakkan di atas bumbung kereta.
"Kalau boss nak balik pergilah balik. Tentang kerja tu nanti saya masuk saya siapkan lah." Aizat berdecit sinis.
"Kau ingat tu office kau punya nak masuk bila pun? Tak payah nak ikutkan hati sedih sangat. Kalau kau malas nak kerja, aku alu alukan untuk kau berambus dari syarikat tu. Aku boleh cari orang lain." Katanya dan aku hela nafas perlahan dan mengangguk.
"Okeyh saya balik." Aku bingkas bangun melangkah masuk ke dalam rumah untuk mengemas barang.
Aku mengambil kotak yang ada dalam almari dan dibuka. Dilabuhkan pungung di birai katil.
Gambar gambar dirinya ketika waktu kecil. Aku ukir senyuman tawar dan dimasukkan kotak tu ke dalam bagasi. Rumah tu dilihat sekali lagi sebelum melangkah keluar.
Bagasi dimasukkan di dalam bonet kereta dan masuk ke dalam rumah untuk pastikan suis dan pintu ditutup.
Kereta audi milik Aizat didekati dan diboloskan dirinya. Jejaka tu sudah menunggu di dalam.
"Dah?" Aku menganguk saja dan telefon yang berada di dalam bag sandang di ambil dan dinyalakan. Banyak miss call dan ucapan takziah atas kematian ibu dan abah.
Aku berkerut dahi bila banyak miss call dari Sumayyah. Segera aku membuat panggilan pada nya.
"Kenapa banyak sangat miss call dari kau ni?" Soal ku.
"Semalam aku call kau sebab nak bagitahu ada orang pecah masuk rumah sewa kita. Tapi kitorang tak apa apa." Terkejut aku mendengar.
"Pecah masuk? Tu kau dengan Aulia tak tercederakan?" Badan disandarkan di seat. Satu satu masalah datang.
"Aulia ja lengan dia luka sebab kena hiris tapi dah rawat. Kau bila nak balik sini?"
"Aku dah on the way nak pergi KL. Jaga diri baik baik." Aku menamatkan panggilan.
"Rumah taman yang kau duduk tu memang selalu kena pecah masuk. Nak dikatakan sebulan sekali akan ada rumah yang kena rompak." Aku menoleh ke arah Aizat.
"Macam mana boss tahu?" Soal ku pelik.
"Ayd dengan Luq ada dekat sana masa rumah sewa kau pecah masuk. Bukan sekali dua dapat berita macam ni." Tenang dia berkata. Aku yang mendengar sudah risau.
"Ayd dah handle semua. Diorang pun dah kena tangkap." Lega aku mendengar.
YOU ARE READING
SUAMIKU ENCIK COLD [C]
RomanceAIZAT ARYAN : Berwajah yang ketat setiap masa mampu buatkan orang ramai gerun dengannya. Dingin? semestinya!. Pantang ada yang melawan cakap nya pasti ditengking. SHAFIZA NERISSA : Gadis lemah lembut dan murah dengan senyuman. Bertemu pula dengan je...