BAB 49

235 24 3
                                    

[JESSE...]

[COME HERE, GIRL... ]

[JESSE, COME HERE...]

Di sebuah kawasan lapang tapi hanya dikelilingi dengan kegelapan, berdiri seorang wanita dengan wajah bingung dan sedang memandang sekeliling.

"Saya... Di mana?"

Jesse berpusing ke kiri dan kanan sambil mencuba memahami apa yang terjadi padanya.

Dia tidak tahu kenapa dia boleh berada di sini.

Dan dia juga tidak tahu tempat apa ini...

[JESSE...]

Jesse berpaling ke belakang dengan gerakan laju. "Siapa di sana?"

[YOU'RE SPECIAL, JESSE. I NEED YOU...]

Jesse berpaling pula ke kiri. Dia berusaha mencari dari manakah suara tadi berasal.

"Show yourself!"

[HAHA... YOU ARE PERFECT FOR ME TO ENTER THIS WORLD! YOU HOLD THE POWER THAT I WANT!]

"What power? I don't know who you are... You better show yourself!"

Perlahan-lahan, kawasan tempat Jesse berdiri mula dipenuhi dengan asap-asap berwarna kelabu. Jesse berusaha menghindar asap-asap yang muncul itu.

Takut dia jika asap-asap tersebut beracun atau membahayakan dirinya.

Jesse memandang ke kanannya pula.

Pada masa yang sama, muncul satu susuk tubuh manusia berbentuk wanita bergerak laju ke arah Jesse.

Susuk tubuh itu mempunyai tubuh yang tinggi dan rambut berwarna blond.

Jesse sangat terkejut dengan kemunculan wanita itu kerana dia tidak menyangka yang muncul adalah seorang manusia.

Namun belum sempat Jesse dapat melihat wajah wanita itu, dia pun terbangun di dunia realiti.

Jesse tercungap-cungap di atas katil. Badannya sudah pun berpeluh. Dia tidak menyangka yang dia akan bermimpi sesuatu yang pelik.

"Hey, are you okay? What happen?"

Aaron menyedari sesuatu yang terjadi kepada Jesse lalu segera menghampiri Jesse.

Kerana pekerjaan mereka belum selesai, Aaron dan kumpulannya diberikan tempat tidur sementara di pusat penyelidikan itu.

Mereka diberikan satu dorm saja di mana semua ahli perubatan akan tidur di bilik yang sama.

Jesse terbangun dari tidurnya kerana mengalami mimpi yang buruk.

Saat Aaron bertanya kepada Jesse apa yang terjadi padanya, Jesse tidak dapat mengingati mimpi seperti apa yang dia nampak sehingga membuatkan dia bangun secara mengejut.

Jesse mengusap wajahnya yang sedikit pucat itu. "Don't worry, cuma mimpi buruk saja..."

Aaron mengangguk kecil. Dia bergerak ke meja kecil berhampiran. Dia mengambil segelas air untuk Jesse dan kembali kepada wanita itu.

Jesse menyambut gelas itu dan meminumnya.

Aaron mengambil semula gelas itu setelah Jesse siap meminumnya. "Kau nampak pucat... Berehatlah lagi..."

Jesse sekadar mengangguk. Tapi dia tidak lagi berbaring malah duduk di hujung katil. Dia masih lagi bingung apa yang dia mimpikan tadi sehingga dia boleh terbangun mengejut begitu.

Seolah-olah apa yang terjadi dalam mimpinya tidak pernah terjadi.

Aaron yang sudah berpindah tempat ke tempat duduk yang disediakan, hanya memerhati tingkah laku Jesse.

2. Season 1 : This Is My FateWhere stories live. Discover now