"Pukul 10 sekejap lagi boss ada meeting dengan syarikat syarikat tertentu." Tenang aku berkata dan Aizat angkat muka. Dia terkedu memandang gadis di hadapanya sekarang.
"Ada apa apa lagi boss?" Aku angkat kening. Aizat mengeleng dan menbuat isyarat agar aku keluar dan aku menunduk sedikit sebelum keluar.
Aizat curi pandang ke arah Fiza yang sibuk dengan kerja nya. Gadis tu nampak lain bila mengenakan coat. Selama ni hanya berbaju kurung saja.
Semasa dalam bilik meeting, aku setia dengan ipad ditangan dan sesekali menaip apa yang patut.
Apa yang dikatakan oleh akak laila petang semalam mampu buatkan dia berfikir dan tekad untuk merubah diri.
"Boss tak suka masa kerja orang main main jadi Fiza kena professional dalam kerja. Tambahan lagi dia tak suka ada yang ingkar arahan dia."
Kata kata akak Laila terngiang ngiang di fikiran nya.
"Kenapa perlu tambah bangunan lagi? Membazir jelah." Bangkang Risyad yang tidak terima.
"Tapak dekat situ dah lama kosong daripada terbiar lebih bagus tambah bangunan dekat situ." Tutur Luqman.
"Kalau tak mampu, sila undur diri." Aizat ukir senyuman sinis. Risyad bangun dari duduknya.
"Kau ingat aku miskin sangat ke hah?!" Risyad mahu meluru ke arah Aizat namun dihalang oleh seseorang. Mereka pandang ke arah ku.
"Ni office jadi behave yourself. Kalau rasa tak boleh nak turut sertai dalam membangunkan projek kalini kami dengan rela hati mengalu alukan encik untuk berambus." Ternaik kening Aizat melihat PA nya.
"Kau siapa nak halau aku hah perempuan?" Aku berdecit.
"Saya Shafiza Nerissa PA kepada Aizat Aryan. Client macam encik lebih bagus tak diundang untuk ke sini." Tangan kanan ku dihalakan ke arah pintu.
"Tunggu apa lagi? Pintu dah terbuka pergilah keluar." Risyad mengengam penumbuk nya. Dia mencapai file dan telefon sebelum melangkah keluar dari syarikat tersebut.
"Bagus Fiza" puji Luqman dan aku senyum sedikit sebelum melihat jam di tangan.
"Meeting dah habis. Jadi keputusan muktamad, pembangunan di tapak dekat perak akan dijalankan." Tutur Aizat tenang dan mereka segera bangun.
"Bye Fiza, jumpa dekat rumah" Aulia dan Sumayyah melambaikan tangan. Mereka juga ada dan hanya menjadi pemerhati.
Aku hanya menganguk saja dan kini tinggal lah aku dan Aizat di bilik tersebut.
"Berani pula kau harini." Aku menoleh ke belakang dan mendongak memandang wajah tidak emosi tu.
"Just malas dengan kekecohan." Aku angkat bahu dan mahu melangkah keluar tapi lengan aku yang berlapik coat ditarik lembut.
"Ada aku suruh kau keluar?" Aizat menundukkan kepalanya dan aku mengeleng.
"Tak ada tapi nak buat apa dalam bilik ni lama lama." Bibir Aizat ukir senyuman sinis. Aku dah pelik dengan mamat ni asyik senyum sinis ja.
"You stay love me?" Soalnya tiba tiba.
"Tak. Buat apa saya nak kejar orang yang tak nak saya. Lagipun ramai lagi yang nak dekat saya." Sikit pun tidak rasa takut bila mata kelabu tu memandang tepat ke arah mata ku.
"Already move on with me hm?" Didekatkan lagi jarak nya.
"Apa masalah boss ni? Nak dekat dekat pula." Aku melangkah ke belakang. Aizat menegakkan badannya dan digosok kepala ku perlahan.
"Bos!" Geram aku dengannya tapi jejaka tu berlalu pergi.
YOU ARE READING
SUAMIKU ENCIK COLD [C]
Roman d'amourAIZAT ARYAN : Berwajah yang ketat setiap masa mampu buatkan orang ramai gerun dengannya. Dingin? semestinya!. Pantang ada yang melawan cakap nya pasti ditengking. SHAFIZA NERISSA : Gadis lemah lembut dan murah dengan senyuman. Bertemu pula dengan je...