15

94 10 5
                                    

Jake's pov

"Boleh tak kalau sebelum awak hantar saya balik, kita singgah satu cafe ni?"

"Cafe?"

"Haah... Kalau awak tak-"

"Boleh... Tapi kenapa tiba-tiba?"

"Sebab hari tu saya dah janji nak belanja awak kan? Masih ingat?"

Dia tersenyum mendengar ayat itu. Walaupun matanya fokus melihat jalan, dia tetap ambil perhatian setiap ayat ku.

"Masih lah... Kalau macam tu, cafe mana?"

"Emmm, dia ada kat bandar. Agak kecil sebab tu milik kawan saya."

"Ok..."

"Nama cafe tu Thanks Nature."

"Oh sana..."

"Awak tau?"

"Tau, aku dan kawan aku, Rin suka p sana."

"Ah..."

"Abang aku juga suka ke sana. Heeseung."

Aku angguk. "Aku rasa kau dan abang aku boleh jadi kawan baik."

"Apa sebab awak berfikiran macam tu?"

"Naluri hati. Aku rasa aku tau kau ni jenis orang macam mana..."

"Hmmm? What do you mean?"

Aku duduk pun tak selesa, tangan juga acap kali aku gosok pada seluar. "Kau akan banyak cakap bila kau dah selesa dengan orang tu. Kan?"

"Yer betul tu..."

"Aku pun macam tu juga tapi untuk isu kau dan aku ni, lain sikit."

"Hehe..." Apa aku nak jawab? Aku tak tau. Ahhh, ini sungguh janggal.

"Nanti kalau ada masa, aku bawa abang aku lepak dengan kau. Ok?"

"Boleh ke?"

"Boleh jer. Believe me, abang aku sangat-sangat caring dan kadang-kadang menjengkelkan."

"Segan..."

"Ape? Ulang balik perkataan tu."

"EHHHHH tak, takkk."

Dia senyum lagi. Seram. Sungguh seram. Kenapa dia suka senyum macam tu?

Seducer.

Sesampainya kami di cafe itu, aku mencari-cari keberadaan kawanku, Junkyu.

Dia di bahagian pembuatan air, aku kemudian berjalan perlahan-lahan ke arah kaunter itu. Junkyu laju mendapatkan aku setelah nampak aku.

Helen mengikuti ku dari belakang sahaja. "Awak, awak duduk dulu lah... Saya ada nak cakap dengan dia."

"Ok Jake..."

Dia kemudian mencari tempat kosong dan duduk di tepi, bersebelahan dengan cermin.

"Yoww Jake. Macam mana kau boleh keluar dengan cik Helen?"

shy boy - [제이크] •Sim Jaeyun•Where stories live. Discover now