"korang bertiga boleh tidur dekat bilik depan ni. Kami bertiga depan ni." Tutur Aydan apabila kami tiba di hotel. Kepala dianggukan.
"YESS KATIL!" Aulia meredah masuk ke dalam bilik. Tercengang kami yang lain. Aku pandang ke arah Aizat yang dingin saja.
"Goodnight boss" aku ukir senyuman manis buatnya sebelum masuk ke dalam bilik diikuti Sumayyah.
"Ketat betul muka kau depan dia. Macam mana lah dia boleh suka." Kata Aydan. Mereka berdua juga tahu bahawa Fiza menyukai Aizat. Nama pun sahabat mestilah tahu.
"Dah jom lah masuk. Aku dah letih." Luqman masik terlebih dahulu dan diikuti Ayd. Aizat pandang ke arah pintu bilik hadapan nya terlebih dahulu sebelum diatur langkah masuk ke bilik mereka bertiga.
"Stress aku kerja dengan Luq" kami berdua pandang ke arah Aulia. Dijongket kening tanda kenapa.
"Korang nak tahu tak setiap hari ada ja perempuan yang datang office dia. Kalau orang yang sama tak apa, ni sekejap orang lain sekejap orang lain. Serabut aku pun." Dihela nafas kasar. Kami tergelak kecil melihat Sumayyah yang emosi.
"Biasalah CEO z handsome pulak tu siapa ja yang tak nak" balas Aulia yang sedang baring sambil bermain telefon.
"Dia punya nak keinsafan tu lambat lagi agaknya." Terlepak ketawa ku dan Aulia mendengar kata kata Sumayyah.
"Aku rasa dapat boss macam boss kau lebih bagus lah even menyakitkan hati pun." Terdiam aku yang sedang ketawa. Dijeling ke arah Sumayyah.
"Duduk dengan dia tak aman jantung tau. Suara dia sekali dengar rasa macam nak dengar sekali lagi." Tersengih aku dan mereka berdua menjulingkan mata tanda menyampah.
"Dah la aku nak tidur." Direbahkan badan dan lampu ditutup. Tak biasa tidur lampu terbuka.
PAGI itu kami bertiga mengikuti langkah boss masing masing melawat homestay yang belum lagi siap.
"Boss ni untuk apa?" Soal ku dan Aizat menoleh.
"Kolam" aku angguk faham sambil melihat sekeliling.
"Aku rasa banyak lagi nak kena tambah. Macam dekat sana kosong jadi aku nak tambah pondok kayu dekat situ." Luqman menunjuk ke arah kanan dimana disitu kosong saja.
"Ikut suka kau." Luqman berdecit. Tak ada function aku bagitahu dia.
Tangan sasa Aizat yang berlapik baju kemeja dipegang dan jejaka tu menghentikan langkahnya dan menoleh ke arah ku.
"Why saya rasa macam ada yang tengah tengok?" Aku berbisik perlahan dan Aizat diam seketika.
"Buat macam tak ada apa." Katanya dan aku kembali mengikuti nya dari belakang.
"ARGH!" Mereka semua menoleh ke arah belakang.
"FIZA!"Aizat berlari mendapatkan aku yang terduduk di tanah. Aku mengetap bibir menahan sakit di kaki.
"Aku rasa ada orang lain dekat sini. Jom blah." Ujar Aydan yang pandang sekeliling. Aizat pantas mendukung tubuh Fiza dan dibawa ke kereta.
"Hospital cepat." Arah Aizat tegas ke arah Aydan yang membawa kereta. Kaki seluar aku dikoyak olehnya bergitu saja.
"Sakit" air mata sudah merembes keluar.
"Tahan Fiza. Siapa yang jahat sangat ni ya Allah" Risau Aulia dan Sumayyah melihat sahabat mereka menahan sakit di kaki akibat ditembak entah siapa punya angkara.
Aizat mengetap bibir bila melihat Fiza menangis teresak esak. Tangan kanan menarik lembut tangan kiri gadis tu agar dekat dengannya.
Diseka lembut air mata yang mengalir. Dipandang ke arah Luqman yang turut memandang nya.
"Cari siapa yang buat." Sahabatnya menganguk faham dan dikeluarkan telefonnya untuk menelefon seseorang.
AIZAT membawa tubuh kecil tu ke dalam bila tiba di hospital. Diletakkan aku di atas katil yang nurse bawa.
"Boss, apa yang jadi sebenarnya ni?" Tanya Sumayyah ke arah boss nya namun jejeka tu diam memandang dirinya.
"I can't tell you." Katanya dan Sumayyah sedikit kecewa kerana tidak dapat mengetahui punca sahabatnya ditembak.
"Aizat" Aydan mendekati ke arah sahabat nya dan jejaka tu menoleh.
"Aku rasa kita kena ambil balik job tu. Kalau tak diorang bertiga mangsa seterusnya." Tutur Aydan dan Aizat hela nafas perlahan.
"Aku dah lama cuci tangan." Aydan menepuk bahu Aizat perlahan.
"Nak tak nak kita kena ambil balik. Takkan kau nak biarkan lepas apa yang diorang buat dekat Fiza? You not love her?" Soal Aydan dengan kening dijongket kan.
"Stupid questions."Balasnya dan Aydan tergelak kecil.
YOU ARE READING
SUAMIKU ENCIK COLD [C]
RomanceAIZAT ARYAN : Berwajah yang ketat setiap masa mampu buatkan orang ramai gerun dengannya. Dingin? semestinya!. Pantang ada yang melawan cakap nya pasti ditengking. SHAFIZA NERISSA : Gadis lemah lembut dan murah dengan senyuman. Bertemu pula dengan je...