"Ma, we need to talk" Aizat duduk berhadapan dengan mama nya.
"Kenapa abang? Ada yang tak kena?" Dilihat anak sulungnya ini seakan ada yang mahu katakan.
"Abang nak ambil balik job tu." Dipandang wajah mama yang mula hendak marah.
"Abang tahu kan mama taknak abang buat kerja macam tu lagi?" Marah mama Azura.
"Tapi ma."
"Mama taknak dengar alasan abang." Mama Azura bingkas bangun dan hendak berlalu pergi.
"Tapi ni dah melibatkan nyawa PA Aizat ma. Ma please lepas ni siapa pula mangsa diorang?" Mama Azura menghentikan langkahnya dan menoleh melihat anak sulung.
"Siapa PA kamu?" Tanya mama.
"Shafiza Nerissa. Masa dekat Pahang kaki dia kena tembak." Aizat pandang wajah mama dan bangun dari duduknya.
"Mama nak ke orang yang Aizat sayang jadi mangsa diorang pula?" Jelas dimata nya seakan berharap.
"Abang sayangkan Shafiza?" Terukir senyuman manis di bibir mama Azura. Wajah Aizat berubah riak.
"Eh ma apa ni. Zat tengah serius tau." Mama berpeluk tubuh.
"Mama pun tengah serius. Okeyh kalau melibatkan nyawa orang lain mama izinkan abang untuk ambil job tu semula." Terukir senyuman di bibir Aizat.
"But, abang sayangkan Shafiza? Bawa lah jumpa mama. Mama pun nak jugak tengok menantu mama macam mana." Wanita tu mengatur langkah naik ke tingkat dua.
"Wait ma" Wajah diraup kasar dan dihela nafas perlahan.
"Abang dah jumpa calon bakal kakak ipar adik ke?" Kepala ditolehkan ke arah adik perempuan, Azilla Ariana.
"Tak." Memasam wajah Azilla dan gadis tu melangkah ke dapur.
BAHU Akak Laila dicuit perlahan dan tu berhasil buatkan tuan empunya badan melatah.
"Opocot mak kau!" Terlepas ketawa aku bila melihat akak Laila melatah.
"Eish Fiza ni. Terkejut akak tau." Aku meredakan ketawa ku terlebih dahulu dan ditarik nafas.
"Itulah akak termenung lagi. Mesti teringatkan encik pencuri hati kan?" Usik ku sambil menjongket kening berkali kali.
"Fiza ni kan pandai betul meneka yer. Ha ah akak teringatkan seseorang ni. Handsome tau Fiza. Boss pun kalah tau" bisiknya dihujung ayat dan aku tergelak kecil. Aizat kalah? Rasanya lambat lagi.
"Ye ke dapat kalahkan ketampanan boss? Fiza rasa boss handsome lagi" Terpuji pula boss sendiri. Tak apa lah mana tahu tetiba naik gaji.
"Ni puji boss mesti nak gaji lebih ni" Mengecil mata akak Laila dan aku tergelak bebas.
"Mana ada lah akak tapi kalau nak naikan gaji tu rezeki saya lah." Akak Laila turut tergelak sebelum terhenti disebabkan deheman seseorang.
"Kemain gelak. Kerja dah siap belum?" Kami berdua tersengih dan aku pandang ke arah akak Laila.
"Saya cau dulu" berdesup aku melarikan diri dan tinggal lah akak Laila dengan boss.
"Dia ada mengutuk saya?" Akak Laila terkejut dan mengeleng laju.
"Tak boss. Dia puji boss handsome ada la." Aizat menganguk saja dan diatur langkah ke bilik walaupun dalam hati tersenyum bila mendapat tahu Fiza memuji nya.
"Aku tahu aku handsome Fiza." Tersentak aku dan aku pandang ke arah nya yang berada di muka pintu.
"Err eh boss perasan nya." Aku menjulingkan mata tanda menyampah. Aizat melangkah mendekati Fiza yang duduk dikerusi.
Kerusi tu ditolak agar Fiza menghadap nya. Aku teguk air liur. Apa pula mamat ni nak buat.
"Cuba tak payah nak cover line. I know you stay love me Shafiza Nerissa." Hidung ku dicuit olehnya. Terkejut aku dengan tindakan nya.
"Minta simpang 44 lah. Saya dah tak ada hati dekat boss." Aku menjeling ke arahnya. Aizat menganguk perlahan dan pandang mata cantik tu.
"Really? Panggil sayang pun dah cair." Terukir senyuman mengejek di bibirnya. Aku mengetap bibir menahan geram.
"Kalau saya tendang boss sekarang senak sekejap lagi kang" geram aku dengannya. Aizat tergelak kecil dan aku terdiam mendengar ketawa nya di tepi telinga. Ya Allah terasa nak pengsan sekarang.
"Can you show it, milo?" Dijongket keningnya seakan mencabar.
"Eish bosss!" Dia tahu aku tak berani nak buat apa yang aku cakapkan tadi. Jejaka tu mengosok kepala ku perlahan sebelum melangkah keluar.
"Habis awning tudung aku!" Boleh murung aku sehari. Dia ingat senang ke nak jadikan awning ni?!!!.
YOU ARE READING
SUAMIKU ENCIK COLD [C]
RomanceAIZAT ARYAN : Berwajah yang ketat setiap masa mampu buatkan orang ramai gerun dengannya. Dingin? semestinya!. Pantang ada yang melawan cakap nya pasti ditengking. SHAFIZA NERISSA : Gadis lemah lembut dan murah dengan senyuman. Bertemu pula dengan je...