Bab 13

1.7K 58 9
                                    

       

       Pagi itu Aisy melangkah masuk pagar sekolah seperti biasa. Dia terus mengaturkan langkahnya menuju ke kelas. Baru sahaja kakinya ingin mendaki anak tangga, ada satu suara yang melaung namanya. Aisy menoleh ke belakang. Kelihatan Anis berlari anak ke arahnya.

      "Kau dah kenapa berlari? Berjalan tak boleh ke? Bukannya aku hilang pon." Soal Aisy apabila Anis tiba di hadapannya. Aisy hanya tersengih.

       "Best cuti?" Soal Anis.

       "Kau terjerit-jerit panggil aku tadi sebab nak tanya soalan ni je?" Soal Aisy dengan kening yang terjongket. Sekali lagi Anis tersengih.

       Baru sahaja Anis ingin membalas kata-kata Aisy ada suara lain menegur. "Hai, Aisy!" Sapa suara itu. Aisy dan Anis menoleh ke arah suara itu.

      Kelihatan Khairul sedang menghampiri mereka. "Morning Aisy." Ucap Khairul. Aisy membalas ucapan tersebut sambil menayangkan senyuman paksa.

      "Awak dah sihat? Saya risau tengok awak semalam. Pucat sangat muka awak." Kata Khairul meluahkan kerisauannya.

      "Takde la. Saya tak sihat lagi ni sebab tu saya datang sekolah," balas Aisy sarkastik. Khairul tersengih malu malu mendengar kata-kata Aisy. Dia menggosok belakang tengkuknya.

      'Bodoh la kau nie Khai. Dah sah-sah la dia dah sihat. Kalau tak sihat takkan dia nak datang sekolah." Khairul mengutuk dirinya sendiri.

      "Takpe la Khairul. Saya dengan Anis masuk kelas dulu ehh." Aisy menarik tangan Anis untuk mendaki anak tangga. Sekali lagi langkahnya terhenti apabila ada suara yang memanggilnya.

      "Kau ni memang tak malu eh rampas boyfriend orang?" Soal Salsabila atau lebih dikenali Bella merangkap bekas kekasih Khairul.

      "Hello, kau ingat aku ni desperate sangat ke nak rampas boyfriend kau. Opss, ex boyfriend." Aisy menutup mulutnya. Bella yang mendengar kata-kata Aisy mula berang. Dia ingin menampar wajah Aisy, namun Khairul pantas menahan.

      "You nak apa lagi? Antara I dengan you is over. We're nothing. You yang decide nak break up and now what?" Soal Khairul berang.

      "Lantak korang la nak gaduh ke apa? Aku nak masuk kelas. Khairul menahan langkah Aisy.

      "I love you. Saya sayangkan awak, Aisy." Luah Khairul.

      "Apa ni Khairul. Lepaslah. Nanti cikgu nampak la."Aisy merentap lengannya yang berada di dalam genggaman Khairul. "Saya tak cintakan awak and saya taknak fikir pasal cinta. Tahun ni kita nak SPM. Saya taknak fokus saya terganggu." Kata Aisy selepas lengannya bebas daripada genggaman Khairul.

      "You dengar kan? Dia tak sayangkan you pun. Why you nak tunggu dia lagi?" Soal Bella sambil memegang lengan Khairul. Khairul yang ingin membalas kata-kata Bella terhenti apabila terdengar deheman seseorang. Semua yang berada di situ menoleh ke arah empunya suara deheman tadi.

      "Apa yang bising-bising dekat sini ni? Tak reti-reti nak masuk kelas ke?" Soal Naufal. Matanya memerhati satu-satu wajah anak muridnya. I love you la. Rampas boyfriend la. Siapa yang rampas boyfriend siapa? Awak semua ni sekolah lagi. Panjang lagi masa awak. Habiskan belajar dulu. Capai dulu cita-cita awak. Masuk university dulu. Lagi ramai laki handsome, perempuan cantik yang awak akan jumpa." Naufal menyambung bicaranya.

     Khairul dan Bella hanya menunduk. "Sekarang tugas awak belajar. Pergi sekolah bukan untuk bercinta tapi untuk belajar. Sekarang semua pergi masuk kelas." Naufal memberikan arahan. Naufal memberikan isyarat mata kepada Aisy supaya tidak masuk ke kelas.

USTAZ, I LOVE YOU !Where stories live. Discover now