HIS ANGEL 02

746 62 17
                                    

     " Kenapa mama terima pinangan anak Aunty Dian ? " Tanyaku , kenapa mama aku terima ? Kenapa mama aku tak bagitahu aku kalau dia terima ? Aku langsung belum buat apa - apa keputusan , tetapi mama aku yang buat keputusan . Baik bagi mama aku yang bernama Puan Shila nie jer yang kahwin dengan si Fareed tue ...

      " Hmmm , dia baik , tinggi pula tue , satu lagi dia good-looking " Amboi , bukan main lagi mama aku nie puji budak tue .

     " Yeke .. betul eehh mama nak kahwin kan Reen dengan Fareed tue ? Betul ehh ? Tak nyesal eh ? " Tanya ku , mana tahu mama aku suatu hari nanti menyesal kahwinkan aku dengan anak Aunty Dian tue .

     Aku menarik nafas , hembus nafas .

     " Ma , Reen terima ... Tapi ada syarat .. "

     " Apa syarat nya.. "

     " Syaratnya ialah , kalau cucu mama lambat keluar , faham - faham jelah ehh , kemungkinan malam pertama orang terus tidur , tak buat benda macam tue... " Aku melihat wajah mamaku , okay aku faham apa yang tertulis di muka mamaku , iaitu ' Baik Kamu Masuk Bilik , Sebelum Mama Pukul Kamu Pakai Kuali ' .

     " Okay ma , Reen masuk bilik dulu , nak tidur .. Goodnight , sweet dream ma ..muahh " Ciuman tidak ku lupa sebelum tidur . Cuak pula aku .

     " Kamu nie macam - macamlah Reen .. " Aku mendengar apa yang diucap oleh mamaku .

.
.
.
.
.
.
.

     Kelas belum mula lagi , aku dah datang awal . Kelas bermula dalam pukul 2:00 petang , aku datang awal dalam pukul 12:00 tengahari . Sebelum tue , aku singgah ke emart dululah , beli air boba tea milk . Aww craving giler ~

     Aku berjalan ke kaunter untuk memesan boba tea milk . Perisa kegemaran aku .

     Beberapa minit kemudian , pesanan aku sudah siap , wang ringgit Rm 7.00 di hulurkan kepada budak BOBA .

     Aku tak tahu nama dia siapa , aku ciptakan sahajalah nama dia , budak BOBA . Hah , gituewww . 

     Ambil gambar dulu , post dekat instagram .

     Belum beberapa jam aku post , budak nie dah susun ayat untuk komen post aku .

     " Eh eleh , untuk bakal suami kau yang bergelar doktor tue ke ?!! " Wait what ?!! Apa yang aku baca nie .. biar betul Shira nie komen macam tue dekat post aku ?!!

     Macam tue je dia balas chat aku ?! Apeni ?!!! Nanti kau ehh Shira , selepas habis kelas aku pergi serang kau .. heheheh ... Jangan kau mula cuak bila Ain tiada dirumah selepas kau pulang dari kerja nanti .

     Telefon bimbitku yang tak terlalu berjenama , vivo y15 diletakkan ketepi meja . Kalau bab - bab tengah belajar , memang telefon aku tak nak capai dah  , lainlah kalau aku bosan memang telefon tak akan lepas dari tangan.

     Tudung bawal yang tersarung dikepalaku dibetulkan , rimas pula aku pakai bawal nie , aku biasanya pakai shawl jer , selendang gitue . Style auto simple jer .

     " O.M.G hensem gilerr lecturer kita harinie !! Segak betul ~ mesti ada seseorang yang membuatkan lecturer kita harinie nampak segak.. " Eh eleh , Danish nie , asyik nak puji Sir Ryan jer . Kalau masih suka cakap jelah suka dengan Sir Ryan tue .

     Masih teringat aku tempoh hari , Danish menangis disebabkan cintanya kena tolak oleh Sir Ryan . Hahahha . Dia cakap Sir Ryan dah kahwin , siap punya ada anak lelaki pula tue .

     PALING gila bila Danish bagitahu kalau dia boleh jer jadi mommy untuk anak lelaki Sir Ryan tue ..HAHAHAHAH ... Aku pula sudah berdekah ketawa bila melihat drama yang paling original dihadapan aku pula tue .

     Umur Danish nie 26 tahun , tua setahun dari aku . Sir Ryan tue pula umurnya 29 tahun . Sir Ryan nie boleh tahan juga kacak . Tinggi pula tue . Ramai betul nakkan DUDA .

     " HAHHAHAH " Aku ketawa , berhenti ketawa bila melihat semua orang melihat kearah aku .

     " Kau dah kenapa Nashwa ? " Tanya Danish kepadaku . Semua orang panggil aku Reen , dia seorang jer panggil aku Nashwa . Kata dia panggilan Nashwa tue cantek .

     " Ouh takda , aku tiba-tiba teringat dengan drama boy lover kau tempoh hari .. " Jawabku . Aku melihat wajah Danish mula memerah .

.
.
.
.
.
.
.

     " Ain , Ain nak apa lagi selain aiskrim ? Nanti mama Reen belikan untuk Ain .. " Aku bertanya kepada budak yang sudah berumur 5 tahun . Namanya Ain . Carlisya Zurain . Aku gelar diri aku mama , sebab aku suka. Mana tahu bila dah ada anak sendiri nanti , dipanggil mama.

     " Mama Reen , nak tue .. " Aku mengerutkan dahi . Apa yang budak nie tunjuk ? Dia nak apa ?Jauh sangat dia nie tunjuk .

     " Cuba Ain tunjuk betul - betul , apa yang Ain nak .. mama Reen tak tahu apa yang ditunjuk oleh Ain .. " Aku bagitahu Ain , memang betul aku tak tahu dia tunjuk yang mana satu . Antara dua , dia tunjuk patung barbie tue ke atau patung lelaki yang cuma pakai BOXER ?!!

     " Tue .. nak abang tue .. " Eh ? Yang dia tunjukkan bukan patung barbie ataupun patung lelaki yang berBOXER tue , tapi ... O.M.G. biar betul kau nie AIN ?!!! Dia tunjuk kearah seorang lelaki yang tengah berdiri dihadapan kaunter .

     Sebelah kaunter tue pulak ada patung barbie dan patung lelaki berBOXER tue . Cun pulakk .

     " Abang tue eh ?!! Bukan patung lelaki yang berBOXER tue ke ? " Tanyaku lagi , mana tahu aku silap .

     Ain mengeleng . " Ain nak abang tue , handsome .. " Kau biar betul Ain ? Baru jer umur 5 tahun kau dah mula nak jatuh CINTA ?!!

     Ain menarik tangan aku , berjalan menuju kearah kaunter .

     " Ain ? Apa yang Ain nak buat ? " Tanyaku , aku dahlah berkeringat sekarang nie , boleh - boleh pula Ain nie tarik aku dekat sini .

     PAK !

     Mataku membulat bila Ain menepuk bontot lelaki itu . Dahlah aku sekarang nie berdiri di belakang lelaki nie . Gila tinggi betul lelaki nie , dia makan tiang ke ?!

     " Seriously ? " Soal lelaki itu .

     Aku menekup mulutku , terkejut . Dia menoleh ke belakang .

     Aku mendongak melihat lelaki itu , sumpah tinggi . Dia makan tiang ke ?!

     Aku mengeleng perlahan-lahan.

     " Seriously ? " Lelaki itu bersuara , aku tak nampak bibir dia , mata dia jer aku nampak sekarang nie . Dia memakai mask hitam . Hoodie hitam . Tapi macam mana Ain boleh tahu dia nie kacak ?

     " Bu - bukan saya , dia nie.. " Aku tunjuk Ain , tapi Ain HILANG ?!! ...

My Sweet Shuben [ C ]Where stories live. Discover now