DIQ : Chap 19

46 5 2
                                    


PRANG!

Bunyi deraian gelas pecah itu kedengaran. Mengalihkan perhatian Syirah, Iqah, Irisyah dan Anisyah.

Lia membuat riak. Aduh lah gelas! Kenapa time macam ni juga kau nak pecah! Rasa nak pijak-pijak je.

Lia yang perasan dirinya diperhati 4 pasang mata tersengih. Belakang lehernya diusap sendiri menghilangkan getar.

"Erk, hehe. Sorrylah, gelas tu yang buat hal, bukan aku." Tangan diangkat paras bahu.

"Bodoh! Apa kau ingat gelas tu ada kaki ke huh? Kalau dia ada kaki pun dia tak lah bodoh nak bunuh diri dia." Ujar Irisyah, geram.

BAK!

"Aduh! Pehal ni pukul-pukul kepala! Nak mati ke?!." Irisyah meramas rambutnya kasar.

"Kau pun agak-agaklah buat kenyataan. Bodoh betul." Kata Iqah.

"Betullah aku cakap, kan?! Gelas tu mana bodoh nak jatuhkan diri dia kalau bukan sial ni yang jatuhkan!." Irisyah menunjal dahi Lia kasar.

"Aduh! Babi betullah kau Iris!." Terundur sikit tubuh Lia akibat penangan Irisyah.

"Ish! Diam boleh tak?! Ada yang aku pijak seekor seekor jap lagi kang. Mulut tak reti nak diam, tapi buat kerja punyalah main lambat." Suara Syirah pula yang kini melenting.

KREK-

Bunyi geseran itu membuatkan kelima gadis tadi berhenti mengeluarkan bunyi. Statik saja kedudukan mereka. Kaku.

"Aku dengar bunyi tu dari sini."

Suara garau kedengaran di deria kelima gadis itu, mereka berpandangan sesama sendiri.

Syirah menghantar isyarat mata. Dan mereka berlima pun perlahan-lahan menyorokkan diri mereka.

Tapi tidak tahu dimana lagi silapnya Lia terlanggar satu gelas dan menyebabkan bunyi kaca bergema sekali lagi.

PRANG!

Mata Syirah, Iqah, Irisyah dan Anisyah membulat. Oh Lia, kenapa kau jadi macam ni?! Gerakan yang perlahan tadi bertukar menjadi gerakan pantas.

Sebelum menyorokkan diri, sempat Irisyah mengeluarkan jari tengahnya ke arah Lia. Lia mengguman maaf dan tersenggih salah.

"Kan aku dah cakap!."

BRAK!

Pintu itu dibuka kasar dari luar. Dan beberapa jejaka merempuh masuk ke dalam.

"Aku rasa ada orang selain kita kat sini." Ujar salah satu jejaka itu.

Syirah yang menyorok disebalik satu sudut itu mengamati suara tersebut. Macam kenal.

"Tapi kalau ada orang pun. Siapa yang berani masuk dalam kawasan sekolah ni? Cctv ada dimana-mana kot." Satu suara lagi menyambung.

Syirah masih mendengar dengan teliti. Minda seolah-olah bekerja mencari maklumat.

"Call pengintip kau kat camping tu sekarang." Suara garau salah satu dari mereka menyentakkan Syirah.

Đəřrıère ÌčəQųēəňWhere stories live. Discover now