23

68 8 0
                                    

Helen's pov

"I love you, Jake."

Adakah keputusan aku untuk ucap perkataan itu, betul? Aku rasa seperti aku terlalu cepat untuk ucap I love you.

Jake sudah keluar dari pejabat aku. Dia pasti berasa sangat malu dan marah kat aku.

Aku tidak ragu-ragu menyatakan perasaan ku sebab aku suka berterus terang.

Lebih-lebih lagi tentang perasaan ku. Mungkin cepat baginya, tidak bagiku. Aku mahu dia tahu, yang aku tak main-main sukakan dia.

Ohhh, ataupun dia masih terlalu muda? Dia baru berumur 20 tahun...

* * * *

Jake's pov

"I love you, Jake..."

Damn. Aku langsung tidak punya perasaan saat dia mengucapkan perkataan itu. Aku malah rasa marah...

Aku tidak dapat merasakan apa-apa daripada ayat yang dia lafazkan bahkan aku diam. Aku diam bukan kerana aku malu, tapi aku marah.

Di mataku, semua perempuan sama. Mereka hanya tahu mempermainkan perasaan lelaki. Setelah bosan, pergi tinggalkan.

Sakit itu memang sakit. Perkataan I love you tidak akan dapat cairkan hati aku sama seperti dahulu.

Tidak akan.

"Jake..."

"Ohhh Jake..."

"Ya?" Aku laju toleh ke arah Yujin dan Chuu. "Kau nak ikut kitorang makan tengahari?"

"Tak... Maaf korang."

"Cik Helen suruh kitorang bawa kau sama-sama kitorang..."

"Yeke?"

"Ya, dia baru saja call tadi."

Hari ni dia tak nak makan tengahari dengan aku? Dia marah aku tak jawab dia?

"Ok." Jawabku ringkas. "Finally..." Hela Yujin dengan senyuman.

.
.
.

Kitorang naik kereta Chuu. Selama aku bekerja di situ, aku belum tahu umur mereka berapa tapi mungkin aku yang paling muda.

"Jake... Kau nak makan apa? Pesan lah..."

"Oh giliran saya nak pesan?" Aku tak sedar. Aku rupanya yang pesan setelah mereka.

Maira, Chuu dan Yujin memandang ku. "Tteokboki."

"Itu saja?"

"Ya..."

"Tak makan nasi?"

Aku geleng kepala. "Kau takut masing-masing bayar ke?" Aku laju menggeleng kepala semula.

"Hari ni aku yang belanja..." Ucap Maira. "Jadi pesan lah lagi."

"Oh takpe, saya nak makan itu jer."

"Tteokboki sini pedas tau..."

shy boy - [제이크] •Sim Jaeyun•Where stories live. Discover now