"Suka?"

Laila bertindak menutup mulutnya dengan tangan. Terkejut dengan kejutan Iman.

"Terima kasih" itu saja yang dia mampu ucap. Rasa gembira tak terhingga di hati Laila.

"Nak sentuh" Iman tersenyum kecil melihat Laila yang teragak-agak untuk sentuh hadiahnya sendiri.

Laila cepat sahaja mendekati tangannya pada sejambak bunga selepas melihat anggukkan dari Iman. Kelopak bunga dia sentuh perlahan, penuh berhati-hati.

"Happy birthday" kotak putih yang dia sembunyikan di belakang badan dia keluarkan.

Laila terpaku. Tanpa sedar,setitik cecair jernih jatuh ke pipi. Ini kali pertama Iman memeberinya hadiah sepanjang tiga tahun tempoh perkenalan mereka. Terharu.

Iman yang sedar dengan keadaan Laila mula panic .

"Weh apasal kau nangis?! Aku ada buat salah ke? Kau tak suka ke hadiah yang aku bagi?" Soalan Iman terhenti apabila dia terima gelengan dari Laila.

'Laila tak suka' Iman menunduk hampa

"Terima kasih Iman, saya suka sangat hadiah yang awak bagi ni"

"Tak sangka awak ingat birthday dengan warna kegemaran saya" sambung Laila.

"Bukaklah kotak tu" Iman muncung mulut ke arah kotak putih dan diserikan lagi dengan reben merah jambu.

"Wah cantiknya Iman, semua ni untuk aku ke?"

Iman mengangguk sambik tersenyum. "Makanlah".

Sebiji strawberry dia gigit. Tidak menunggu lama matanya terbeliak luas. Terkejut dengan gigitan pertamanya.

"Tak penat ke?" Tanya Laila tiba-tiba.

"Ha?" Iman blur dengan soalan Laila.

"Tak penat ke terkejutkan orang? Nasib baik saya tak ada sakit jantung" Iman tepuk dahi lalu ketawa janggal dengan kenyataan Laila.

"Apa salahnya, untuk hari istimewa kau jugak kan"

"Hari istimewa?" Laila pelik.

'Bukan ke hari istimewa tu majlis ke? Iman nak lamar aku ke?' Bisik Laila dalam hati.

"Ye lah, harini kan birthday kau. So harini 'hari istimewa'  kau lah" terang Iman.

Senyuman Laila mati. Namun cepat sahaja dia mengawal riak.

"Ouh, betullah harini 'hari istimewa' " dia ketawa hambar di hujung ayat.

"Pandai awak pilih hadiah untuk saya" Laila menukar topik.

Teringat hari jadinya sebelum ini, Iman hanya transfer duit di akaun miliknya untuk membeli sendiri hadiah yang dia mahukan. Tapi kali ini sangat berbeza.

"Kawan aku yang tawarkan diri untuk tolong"

"Kawan?"

Iman mengangguk. "Ha a, dia memang pandai dalam bab hadiah ni. So dia tawarkan diri untuk tolong aku cari hadiah untuk kau"

"Jarang sangat jumpa lelaki yang pakar dalam bab hadiah" Laila tersenyum.

"Bukanlah, dia perempuan" Iman betulkan Laila. Serta-merta senyuman yang terhias di bibir hilang.

"Perempuan?"

Selamba Iman memberitahu seakan tidak perasan riak Laila berubah"Iye, perempuan. Nama dia Damia"

"Kenapa dari tadi aku nampak kau macam curious sangat dengan aku, banyak betul soalan kau tanya" akhirnya Iman bertanya.

Bukan dia tidak perasan, dari tadi ada saja yang Laila tanya kepadanya. Jika ada pernyataan mesti ada yang ditanya kepadanya.

"Eh bukan macam tu, saya cuma tanya. Kan tak tahu kena tanya kan?"

Iman menggeleng perlahan "Macam-macam lah kau".

Sekuntung BungaWhere stories live. Discover now