65

28 4 0
                                    

" Lepas ni, kau nak pergi mana? " Tanya Sungyoung dan Yoshi berfikir.

" It's up to you. Aku tak kisah. " Kata Yoshi lalu tersenyum malu.

" Err..aku pun tak tahu la do. Hmm..duduk situ lah kejap. " Kata Sungyoung lalu mereka duduk di satu bangku yang berdekatan dengan tasik.

" Dah mendung laa.. "

Namun, perhatiannya diubah apabila ada beberapa anak haiwan yang sedang cuba berenang di dalam tasik itu.

" Eh ada..apa tu itik ke apa tu.. " Sungyoung cuba melihat betul-betul ke arah yang ditarget.

" Haah itik..er Young, kejap..aku nak tolong kau.... " Kata Yoshi lalu mendekati Sungyoung dan Sungyoung yang baru perasan itu hanya kaku di tempat duduknya.

Jantungnya betul-betul berdebar-debar saat itu.

" Done..ada benda dekat rambut kau tadi. " Kata Yoshi lalu menjarakkan semula dirinya dengan Sungyoung.

Sungyoung hanya membetulkan rambutnya setelah kejadian itu berlaku.

" Eh..hujannnn.. " Kata Yoshi lalu menarik Sungyoung ke arah tempat berteduh yang dekat.

Mereka memandang antara satu sama lain dan mula ketawa.

" Basahnya kau. " Kata Sungyoung lalu Yoshi ketawa.

" Kau pun..rambut habis semua tutup mata. " Yoshi membetulkan rambut Sungyoung yang tersekat di mata.


Disebabkan mereka tiada payung, jadi tiada jalan lain untuk balik ke rumah dengan cuaca sebegini. Jadi, mereka memutuskan untuk duduk di situ sebentar sebaik sahaja hujan berhenti.

Namun setelah beberapa minit berlalu, hujan masih turun dengan lebat. Tiada kilat atau guruh sebegitu, hanya ada titisan hujan yang jatuh dengan lebat sejak tadi.

Sungyoung kini meletakkan kepalanya di bahu Yoshi sambil memakai kot yang diberikan olehnya. Badannya menggigil sedikit namun dipanaskan oleh Yoshi yang ada di sebelahnya.

" Haish tak boleh jadi ni..Yoshi, jom redah. " Kata Sungyoung sebaik sahaja bangun.

" Lebat lagi ni..kau okay ke? " Tanya Yoshi lalu Sungyoung bertekad untuk melencunkan diri.

" Yes. Jom let's go! " Kata Sungyoung lalu menarik tangan Yoshi dan mula meredah hujan lebat itu.

Sungyoung bukannya berlari dan segera pulang ke rumah, malah dia bermain di situ sambil melompat keriangan.

" Sungyoung, jom!! " Yoshi berusaha menghalangnya namun Sungyoung yang berkeras, mahu bermandi hujan segera berpusing dengan Yoshi.

Kini, mereka berdua sudah basah lencun.

" Yey!! Wuhuuu!!! " Sungyoung bersorak gembira apabila mandi hujan.

Yoshi juga ketawa kecil dan seronok apabila mandi hujan sebegini. Jarang ii untuk mereka merasai pengalaman ini.

Namun, tiba-tiba kilat petir yang berbunyi kuat tanpa sebarang amaran membuatkan Sungyoung terkejut dan segera berlindung, meletakkan kepalanya di dada Yoshi.

" Young..kau okay? " Tanya Yoshi yang juga terkejut dan Sungyoung mengangkat mukanya dan berjauhan sedikit daripada Yoshi.

" Ok.. sorry. Aku terkejut ta- " Kata-kata nya terhenti disebabkan kilat yang menyambar sekali lagi.

Sungyoung memeluk erat badan Yoshi dan Yoshi tersentak. Dia dapat merasakan badan Sungyoung yang kecil itu menggeletar dengan teruk. Jadi, dia membawanya ke tempat yang lebih selamat.

The Chosen One : Life (S1) | TreasureWhere stories live. Discover now