Prolog

603 56 11
                                    


Cahaya yang agak terang itu membuatkan dia terjaga dari lenanya. Apa yang telah terjadi? Sungguh dia tidak dapat mengingati apa-apa.

Bahunya sedikit terangkat apabila terkejut akan kehadiran suaminya.

"Dah sedar?" Aydan mengjongketkan sedikit keningnya.

"A-awak, kenapa saya ada dekat hospital ni? Apa yang berlaku?"

Aydan Luccas mengoyak langkahnya untuk menghampiri Haura. Dia membiarkan saja soalan yang dilemparkan oleh isterinya tidak terjawab.

Haura sedikit terkejut apabila tangan Aydan yang besar itu menampar pipi mulusnya. Air mata mula bergenang di matanya.
Tangannya memegang pipi yang ditampar oleh suaminya secara tiba-tiba.

"Awak kenapa? Kenapa awak tampar saya?!" suara Haura naik senoktah.

"Kau dengan anak kau memang sama kan? Dua-dua suka susahkan aku! Kenapa tak reti nak jaga diri?" Aydan Luccas mengetap rahangnya sehingga menampakkan urat. Dia sangat bencikan Haura. Kenapa perempuan itu perlu wujud dalam hidupnya?

Automatik badan Haura menggeletar apabila mendengar perkara yang dikatakan oleh suaminya tadi. Dia sudah ingat apa yang berlaku.
Anak aku! Ya Allah selamatkanlah anak aku.

Sungguh dia tidak berani untuk bertanyakan hal itu. Dia takut jika apa yang difikirnya itu benar-benar berlaku.

"Anak s-saya. Awak tolong cakap yang anak kita masih hidup!" air mata Haura turun dengan lebatnya.

"Jangan sentuh aku perempuan sundal!" tangan Aydan menepis tangan Haura yang asyik menggoncang-goncangkan tubuhnya.

"Anak kita? Correction bitch, anak KAU." sengaja dia menekankan perkataan 'kau' itu.

"Anak kau dah mampus." Tenang saja riak wajah Aydan apabila mengungkapkannya.

Tangan Haura menekup mulutnya. Sungguh dia tidak percaya apa yang sudah terjadi. Dia harapkan ini semua hanyalah permainan mimpi.

"Dah tak payah nak menangis sangat. Sepatutnya kau gembira sebab selepas ni aku akan ceraikan kau. So, bolehkan kau menyundal dengan jantan tu kan?" perli Aydan.

"T-tak awak, jangan ceraikan saya!Tolong lah kasihani saya. Saya tak sanggup untuk kehilangan orang yang saya sayang buat kali kedua." Haura merayu pada Aydan untuk meraih simpati. Dia sayang akan suaminya.

"Berapa kali aku nak cakap yang kau tak layak untuk sayangkan aku? Kau memang tak sedar diuntung kan Haura?!" Tangan Aydan menarik rambut milik Haura dah mengangkat muka Haura untuk melihatnya.

"Kau dengar sini eh. Haura Mikayla Binti Muhammad, aku ceraikan kau dengan talak satu! "

Selepas itu dia melepaskan pegangannya dari rambut Haura.

Haura sungguh terkedu dan terkejut. Dia menangis teresak-esak apabila melihat suaminya pergi meninggalkan dirinya di dalam wad keseorangan.

"Awak akan menyesal suatu hari nanti bila awak tahu perkara yang sebenar, Aydan." tangan Haura naik mengesat air matanya.

" Dan masa itu awak jangan merayu untuk kembali dengan saya. Sebab masa tu awak sudah terlambat Aydan. Nama awak tiada lagi dihati saya. Masa itulah awak akan kenal siapa Haura Mikayla yang sebenar. " sambung Haura dengan suara yang perlahan.






Stay tuned :)

LATE LOVEWhere stories live. Discover now