HAZIQ yang sedang berjalan ingin menuju ke perpustakaan terhenti apabila terlihat susuk tubuh Qay. Lalu dia berjalan ke arah Qay dengan niat ingin bertegur sapa.
" Bhaaa!!" Haziq datang menegur dengan cara yang boleh membuatkan orang mati sakit jantung. Dia ni mesti dah lama hidup kan.
"Oh mak kau aku dah nak kahwin!!" Qay yang terkejut lalu melatah keluar segala perkataan.
"HAHA! apa kau niii aduh sakit perut aku.. Kahwin dengan siapa? aku ke?" Ketawa besar Haziq melihat karenah Qay.
"Kau nii memang minta kaki laaa.. Bagi laa salam dulu lain kali.. Buat aku mati tadi macam mana? Kesian bakal suami aku tak sempat kahwin dengan aku" Kata Qay sambil mencebik bibirnya.
"Eh ade ke yang nak kahwin dengan kau? Hahaha" Usik Haziq lagi.
"Adalahhh kau ingat aku nii takde orang minat ke hah?!" Kata Qay tidak mahu kalah dengan Haziq. Perempuan kena menang.
"Hahaha yee laaa Qay asalkan kau bahagia" Ujar Haziq sambil ketawa dengan sikap comel Qay ini. Kalau nak lawan mulut tu memang menang dekat dia laa. Ada saja perkataan yang hendak keluar dari mulutnya.
"Kau datang sini memang nak jumpa aku ke ape?" Tanya Qay niat Haziq datang bertemu dengannya kini.
"Ouh haa ahh aku nak ajak kau minum-minum" Haziq ingin mengajak Qay lepak dengannya di kedai berdekatan kolej mereka.
"Haziq I'm so sorry.. Harini aku busy laa japgi ada orang nak ambil aku...sebab tuu aku tunggu sini" Terang Qay bahawa dia tidak dapat menyertai Haziq hari ini.
" Ouh siapa orang tuu?" Hati Haziq mula berasa gundah apabila mendengar jawapan itu dari mulut Qay.
"Orang yang kau jumpa masa kau nak beli coffee tu ke Qay?" soal haziq lagi untuk mendapakan jawapan yang pasti dari mulut Qay sendiri.
Qay seribu terdiam. Macam mana haziq boleh tahu? Ke sebab dia terdengar apa yang Ayra dengan dia cakap dalam telefon?
"Haa dia tuu-" Tidak sempat Qay menjawab persoalan Haziq terdengar hon kereta.
"Ouh diaa dah sampai.. Aku minta diri dulu.. Assalamualaikum " Qay meminta diri setelah melihat kereta Raz sampai betul-betul di hadapan tempat dia menunggu.
"Waalakumussalam" Jawab Haziq perlahan sambil melihat Qay jalan memasuki kereta itu. Dia melihat bayangan di dalam kereta itu seperti lelaki yang masih muda. Hatinya kini mula duduk tidak senang. Betulkah apa yang dikata Ayra?
***
"Siapa tu?" Soal Raz setelah melihat Qay telah masuk dan duduk dengan selesa.
"Haa?" Tanya Qay bingung.
"Blurnya kau.. Aku tanya siapa lelaki yang dating dengan kau tadi tuu.." Kata Raz sambil fokus terhadap pemanduannya.
"Ouh tuu kawan saya laa.. Kitorang bukan dating lah! Sesuka hati aje tuduh.." Dah kenapa lelaki ini tiada angin tiada ribut tanya siapa Haziq. Cemburu ke?
"Nama?" Tanya Raz lagi.
"Eh awak dah kenapa soal siasat macam polis ni?" Qay mula berasa pelik dengan pertanyaan Raz.
"Aku tanya jawab je laa banyak songeh pula kau.." Kata Raz.
" Nama dia Haziq.. dah puas?" Jawab Qay lantang.
"Okay puas sangat.." Balas Raz.
" Kita nak pergi mana nii??" Tanya Qay
"Kau duduk diam dan tengok jalan saja bole tak??" Raz meminta agar Qay duduk senyap tanpa bertanyakan apa soalan yang boleh membuatkan dia rimas.
"Orang tanya sikit nak melenting" Ujar Qay perlahan sambil membuang pandangan ke arah cermin tingkap.
"Kau cakap apa?" Raz dengar apa yang dikatakan oleh Qay. Tetapi dia hanya berbuat bodoh.
" Haa takde ape.. Saya cakap cuaca harini sangat bagus.. sesuai untuk buat aktiviti luangkan masa" Qay cuna menutupi rasa takutnya kini. Gerun dia mendengar soalan itu tadi. Ingatkan pekak.
"Wahh lawanya rumah-rumah dekat sini" Qay terpegun melihat setiap rumah yang terbina di situ.
"Awak.. kenapa awak masuk kawasan perumahan kayangan ni?" Tanya Qay pelik apabila dia melihat Raz masuk ke kawasan ini.
"Nak tengok rumah" Jawab Raz selamba.
"Ouh rumah baru awak ehh?" Tanya Qay lagi sekali.
" Tak" Balas Raz.
"Dah sampai. Rumah kita" Keretanya kini betul-betul berada di hadapan sebuah banglo yang sangat mewah.
"Apakah?" Terlopong mulut Qay mendengar jawapan dari Raz.
"Ru-rumah ki-kitaa?? Aa-awak bibi-biar betul?" Terus gagap ye Qay.
"Cepat kau jadi orang gagap.. betul laa jom masuk tengok dalam rumah.." Raz mengajak Qay untuk masuk sekali melihat dalaman banglo mewah tersebut.
"Dalam rumah ini dah ada orang duduk.. Tetapi diorang tak sampai lagi.. Nanti lepas kahwin aku kenalkan kau dekat diorang.. Jangan risau bukan semua lelaki pun.. Ada seorang perempuan sebaya makngah kau aku rasa.." tambah Raz lagi.
Qay hanya mendengar dan mengangguk apa yang diperkata oleh Raz. Semenjak dia melangkah masuk dan bila dia melihat setiap yang ada dalam rumah tersebut mulutnya tidak tertutup. Dia terpegun dengan binaan banglo,konsep,corak dan cat warna yang semua dirancang oleh Raz.
"Tutup mulut kau lalat masuk nanti kang susah" Tegur Raz yang melihat mulut Qay tidak tertutup sejak tadi.
"Awak dengan saya duduk sini bila dah kahwin nanti?" Tanya Qay untuk kepastian.
"Yes bingo!" Jawab Raz.
"Serious ahh?" Tanya Qay lagi. Dia sangat terkejut sekarang ini. Semuanya berlaku dengan begitu cepat.
"Yee laaa.. aku nak kau malam nii packing barang kau sikit-sikit.. esok aku bole tolong ambilkan.. kau dah boleh letakkan barang kau dalam rumah ni.. supaya nanti takperlu nak kelam-kabut.." Kata Raz sambil berjalan melihat sekeliling rumah itu.
"Bila tarikh nikah kita?" Tanya Qay kali ini dia takut buatnya esok tarikh kahwin mereka. Raz bukan boleh. Semua benda dia buat ikut sedap kepala dia saja.
"Next week" Jawab Raz
"Tengku Harraz Mukhriz! Are you insane?! Why cepat sangat.. family saya pun belum tahu semua ni.. " Qay sumpah amat terkejut dan geram dengan sikap Raz yang suka buat keputusan sendiri.
"Lusa kau cuti kan? Nanti kita balik kampung kau untuk jumpa dengan makngah dengan pakngah kau.. deal?" Cadang Raz. Kerana itu memang niatnya untuk bertemu dengan Makngah Qay.
"Macam mana awak tahu saya hanya ada Makngah dengan Pakngah?" Qay mula pelik apabila Raz menyebut tentang Makngahnya. Raz tahu semua kisah tentang hidupnya ke? Kalau tidak mesti dia akan sebut ibu dan ayah Qay dahulu. Nak minta restu semuanya dari ibu
"It's not important.. Dah jom makan then aku hantar kau balik.. Nii kunci rumah spare simpan elok-elok hilang ganti.." Ajak Raz untuk pergi dari situ lalu memberikan sepasang kunci ganti untuk Qay. Jadi Raz ada satu dan Qay juga ada satu.
"Ahh pape je laa.. jom laa perut saya dah buat concert dari tadi" Qay yang kini berasa amat lapar sehingga dia sudah tidak kisah apa yang Raz ingin katakan kepadanya.
"Patutlaa gemuk makan banyak" Secara tetiba Raz mengutuk Qay. Mesti dah lama tak makan kaki.
"Apaa?!! Heyy mulut tuu jaga sikit mana ada saya gemuk erghhh.. dah laa orang lapar dia buat kita stress lakk.." Qay amat bengang dengan Raz ada saja yang nak di ajak gaduh. Dah laa dia tengah lapar ada juga yang kena smack down nanti.
Raz yang melihat telatah Qay tanpa dia sedar dia tersenyum nipis. Banyak benda yang dia lakukan secara rawak bila bersama dengan Qay. Dia seorang yang susah untuk senyum depan perempuan tetapi lain pula dengan Qay. Jika terserempak dengan mana-mana perempuan pasti muka barannya sahaja yang akan muncul. Adakah Raz sudah jatuh cinta?
JANGAN LUPA UNTUK VOTE AND SHARE !❤️
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐄 𝐎𝐍𝐋𝐘 𝐎𝐍𝐄 ; 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐇𝐀𝐑𝐑𝐀𝐙 𝐌𝐔𝐊𝐇𝐑𝐈𝐙 | 𝐂
Romansa𝗧𝗘𝗡𝗚𝗞𝗨 𝗛𝗔𝗥𝗥𝗔𝗭 𝗠𝗨𝗞𝗛𝗥𝗜𝗭 𝘅 𝗔𝗨𝗥𝗢𝗥𝗔 𝗤𝗔𝗬𝗟𝗔 TENGKU HARRAZ MUKHRIZ atau lebih dikenali sebagai RAZ merupakan seseorang yang mempunyai sisi gelap yang amat gerun.. Cukup hanya melihat matanya sudah mampu membuat semua orang ter...