Flame 35 | For you, I do it

410 55 22
                                    

KTANG!!

KTANGG!!

Ayrez mengelak sehabis baik serangan berat yang di hantar Delan. Lima pedang agung miliknya melayang-layang diudara. Kadang-kala menjadi perisainya, seminit dua menjadi senjatanya.

"INI SAHAJA YANG KAU MAMPU KE GOLDEN?!"

Dalen mengaum kuat lalu aura kuatnya dilepaskan sehingga tanah disekeliling mereka merekah. Ayrez tidak membalas, sebaliknya membuat perisai gergasi buat tenteranya dibawah sana.

"Belum lagi.." Ayrez berbisik seraya menjeling pada para tenteranya yang kini berundur atas arahan Jeneral Yggdrasil serta Arvie.

"MATI KAU DI TANAH YANG KAU SANJUNG INI!!"

BAMMMMMM!!!

Hentakkan pedang gergasi tepat mengena. Pantas lima pedang keramat milik Ayrez melindunginya di udara. Hentakkan dahsyat itu berjaya menghasilkan angin kencang sehingga hakisan tanah melayang dimana-mana!

"AYREZ!" Arvie menyeru penuh kerisauan. Tubuhnya sudah siap sedia untuk membantu namun..

"BELUM LAGI! LINDUNGI ORANG-ORANG KITA! JANGAN MASUK CAMPUR!" Ayrez memutuskan kata sebelum kembali bertarung.

"TAPI-!"

"THIS IS OBSOLETE ORDER ARVIE HERNANDEZ!!"

Arvie tergamam dengan kata-kata adiknya. Obsolete order. Satu arahan yang tidak boleh sesekali di ingakari. Arahan seperti itu akan dikeluarkan jika keadaan semakin terdesak. Lebih-lebih lagi di medan pertempuran. Tapi..

"ARVIE!"

Arvie tersentak lalu mengangkat kepala ke arah Jeneral Haze. Lelaki itu penuh dengan darah disana sini. Darah siapa dia tidak boleh teka. Namun kata-kata yang keluar dari mulutnya sudah cukup untuk Arvie hilang nyawa.

"Safe base kita diserang. Para penduduk dalam bahaya! Pasukan kau dan aku akan pergi ke sana semetara Jeneral yang lain akan cari tempat yang selamat."

"Ah.."

Arvie buntu. Kenapa jadi begini? Nafasnya mula seakan tersekat. Mereka dihimpit dari pelbagai arah. Apa yang silap dalam percaturan? Perasan akan hal ini, Haze mengetap gigi lalu memegang kemas bahu lelaki itu.

"Arvie Hernandez. Kita masih belum kalah. Selagi bernyawa teruskan perjuangan! Cahaya tidak akan terpadam selagi kegelapan tidak terhapus!"

"T-tapi.."

BUKK!!

Kepala Arvie terteleng ke tepi. Matanya membulat apabila menerima tumbukan tersebut.

"JANGAN TAPI DENGAN AKU! SELAGI ADA NYAWA UNTUK MASA HADAPAN, SELAGI ITU KITA AKAN BANGKIT MENGHANCURKAN KEGELAPAN! JANGAN PUTUS ASA LAH LAHANAT!"

Haze mengaum garang bersama mata serigalanya. Arvie terdiam lalu menatap Haze dengan serius. Air matanya mengalir setitik.

Benar. Selagi ada generasi penerus, mereka tidak akan kalah walaupun nyawa mereka terpisah dari jasad!

"Kau.. Pukul aku sampai menangis-"

"Eh bodoh time ni pun kau-"

"-Jadi jangan kau berani mati selagi aku tak boleh balas!"

Haze membuat muka lalu menumbuknya lagi. Kali ini, Arvie melompong.

"Wa da pak bro?"

"Cringe. Dah bodoh, gerak bodoh."

"Tak payah lah bodohkan-"

"GERAK BODOH!"

"YELAH ANJING!"

ERYL , NAGA BERMATA SATU (BOOK 2) Where stories live. Discover now