Sekolah Tinggi Raesora,
"Wei cepat wei! Keputusan peperiksaan dah keluar!."
Bergegar seluruh bangunan sekolah itu apabila para pelajar mendengar keputusan peperiksaan yang sudah keluar di seluruh aras tingkatan. Para pelajar berpusu-pusu berlari ke arah papan kenyataan yang terletak di setiap tingkat Sekolah Tinggi Raesora.
"Alette! Jom tengok result."
Gadis berambut panjang bewarna hitam, mengenakan pakaian sekolah skirt bewarna merah berbelang hitam, baju kemeja bewarna hitam dan tali leher bewarna putih mempunyai lencana bewarna merah pekat, di kepalanya dia memakai beret bewarna hitam.Mata hitam pekatnya merenung redup ke arah rakan baiknya yang sedang menarik-narik dirinya untuk mengikuti.
"Pergilah... aku dah tahu dah result aku apa." Kata Alette Anele dengan nada malas. Dia pergi ke tak pergi, sama juga kan?.
Pasti keputusannya ialah benda yang sama berulang setiap sem. Memang menyakitkan hati namun dia masih tahu bersyukur. Balik-balik si Deuce tu pasti akan mendahuluinya. Geram dia dibuatnya.
"Ala, jomlah Alette, mana tahu kali ini kau dapat potong Deuce? Ha!". Rakannya, Duna masih cuba memujuk dirinya untuk bergerak menuju ke tempat di mana sedang sesak ketika ini. Bertambah malas rasanya apabila dipaksa begitu. Nak pula ramai manusia di sana, lagi rimas dibuatnya.
"Tak mahu lah Duna, ramai tu..." Alette memberi alasan lagi.
Duna pula masih tidak mengalah.
"Jomlah!."
"Tak mahu."
"Jom!."
"Tak nak."
"Alette!" Gadis berambut pendek bewarna perang itu memandang ke arah Alette dengan pandangan tidak puas hati. Alette mengeluh perlahan. Kenapa ek manusia ni susah sangat nak faham?
"Please Alette..." Duna merayu-rayu dengan matanya yang bulat dan meminta simpati.
Bosan melihat si Duna yang sudah mula mahu merengek seperti kanak-kanak riang, akhirnya dia bangun dari kerusinya.
Ceria terus wajah Duna apabila Alette mula bersetuju.
"Macam tu lah! Jom!"
Mereka berdua berjalan beriringan keluar daripada kelas 5 Zwei.
→_→←_←
Setibanya di hadapan papan kenyataan yang sedang sesak dengan para pelajar Sekolah Tinggi Raesora,
Duna menarik tangan Alette untuk merempuhi berpuluh-puluh pelajar itu. Alette yang hanya diam mengikuti memerhati sahaja gelagat semua manusia di situ. Sungguh seperti semut yang sedang mengelilingi madu. Mereka sangat teruja untuk melihat keputusan masing-masing. Walhal si Alette rasa seperti mahu balik ke rumah sekarang juga. Dia malas hendak melihat keputusan peperiksaan pertengahan tahunnya itu. Pasti akan berada di kedudukan yang sama iaitu...
Mereka berhenti betul-betul di hadapan papan kenyataan yang menunjukkan senarai nama budak-budak kelas 5 Zwei.
Alette memerhati Duna yang sedang mencari-cari nama sendiri.
"O.M.G! Alette! aku dapat kalahkan Tressa! Tengok ni!" Duna begitu teruja sampai berair matanya melihat namanya berada di atas Tressa iaitu ratu drama terkenal di dalam kelas kami yang suka menunjuk-nunjuk semua benda yang dia miliki.
"Congratulations." Kata Alette.
Terus Duna memeluk Alette yang sentiasa menjadi pemangkin semangatnya setiap masa. Akhirnya dia dapat membuktikan bahawa dia telah berjaya mengalahkan Tressa. Kerana ada isu besar yang terjadi di antara Tressa dan Duna sebelum ini.
Manakala Alette pula?
Matanya memerhati ke arah satu nombor.
2
Alette melihat pula nama yang tertulis di tepi nombor dua tersebut.
2. Alette Anele.
Seperti yang dia sudah jangka. Itulah keputusan peperiksaan pertengahannya. Namanya akan sentiasa berada di nombor dua. Tidak kira lah dari sekolah rendah hingga ke sekolah tinggi. Ianya seperti sebuah sumpahan yang tidak ada ubatnya. Sumpahan misteri yang dia sendiri tidak faham bagaimana ianya terjadi. Mengapa dia sentiasa berada di nombor itu? Mengapa tiada perubahan langsung melainkan nombor itu.
Pernah gadis itu terfikir, seandainya dia dapat nombor tiga, dia sudah sangat teruja dan gembira. Tetapi malangnya, tidak pernah langsung kedudukannya itu berubah selangkah ke hadapan mahupun selangkah ke belakang.
Nama yang berada di ranking yang pertama dilihat oleh Alette.
1. Deuce St.James
Alette memejam matanya seketika. Rasanya, dia memang ditakdirkan berada di kedudukan yang sama. Ini menunjukkan bahawa walaupun dia sudah berusaha lebih daripada orang lain untuk menduduki tempat pertama, usahanya itu tak akan memberi kesan sedikit pun. Dia pasti akan tetap kalah dengan manusia yang sama juga iaitu Deuce. Alette mengeluh perlahan.
"Can I share my perspective?"
Alette membuka matanya lalu melihat ke arah suara yang berada di sisinya ketika ini.
Lelaki setinggi 180 keatas, mempunyai iris mata bewarna biru, rambut bewarna burgundy.
Deuce.
"Silakan." Balas Alette.
Deuce tersenyum. Matanya memerhati kertas yang tertampal di papan kenyataan itu. Melihat namanya dan nama gadis yang setia berada di bawah namanya setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan.
"Aku rasa kau terlalu fokus kepada keputusan orang lain. Sampai kau lupa yang kau sepatutnya lebih fokuskan sesuatu terhadap diri kau sendiri" Kata Deuce lalu mengerling ke arah gadis yang tidak memberi sebarang riaksi itu.
Alette tersenyum tawar.
"Do you think so?"
"Yep." Balas Deuce.
Alette memandang tepat ke arah mata lelaki itu.
"Deuce." Panggil Alette dengan pandangan mata yang kosong dan kelihatan seperti mata itu tidak lagi bernyawa.
Deuce terdiam melihat renungan gadis itu.
"Aku rasa kau belum tahu apa rasanya bila disumpah."
Deuce memandang ke arah Alette dengan pandangan hairan. Alette pula hanya membalasnya dengan senyuman sinis lalu dia terus berlalu pergi.
Deuce memerhati Alette yang sudah menjauhinya.
Disumpah?
YOU ARE READING
INDAH: TWO ✓ DITERBITKAN (Preview Only)
Mystery / ThrillerTelah diterbitkan dalam novel INDAH karya di bawah Fajar Pakeer dan Popular Malaysia. Nombor dua. Nombor paling dia benci dalam dunia. Bukan permulaan cerita hidupnya, tetapi ianya menjadi salah satu punca malang menimpa dirinya. Tidak pernah dihar...