‧₊˚🖇️✩ : 12

544 70 2
                                    

STERENG kereta dipegang dengan penuh cermat. Fokus matanya memandang jalan raya yang sesak dengan kereta. Dia kini sedang dalam perjalanan untuk mencari makanan tengah hari. Perut Falia yang sudah berbunyi menandakan bahawa dia betul-betul sedang kelaparan. Sudahlah dia tidak sempat mengambil sarapan pagi sebelum bergerak ke butiknya.

"Nak makan dekat mana eh?" Falia menyoal dirinya. Dia juga masih buntu ketika ini. Walaupun dirinya lapar, namun dia tetap tidak tahu destinasi yang perlu dituju olehnya.

Sewaktu Falia ralit memandu, tiba-tiba keretanya menjadi tidak stabil. Falia mula panik. Dia membuat keputusan untuk memberhentikan keretanya di tepi jalan.

'Ya Allah, kenapa dengan kereta ni? Rasanya abang baru hantar pergi servis hari tu. Takkan dah rosak?' Falia menyoal dalam hatinya. Dia cuba menenangkan dirinya. Kemudian, tali pinggang keledar dibuka laju. Cepat-cepat dia keluar dari kereta.

Falia melihat sekeliling keretanya. Dia tidak dapat mengesan punca kerosakan keretanya. Sudahlah ketika ini matahari betul-betul sedang berada di atas kepalanya. Cuaca pada hari tersebut benar-benar terik. Boleh pengsan dirinya jika berada di bawah matahari dalam tempoh yang lama.

Falia membuat keputusan untuk menelefon abangnya. Namun, panggilan tersebut tidak diangkat. Berkali-kali dia mencuba, jawapan yang diterima tetap sama. Falia sudah buntu. Siapa lagi manusia yang boleh menolong dirinya ketika ini?

'Ly mesti boleh tolong.' Falia teringatkan tentang sahabatnya. Dia terus mendail nombor telefon gadis itu. Namun, usahanya menjadi sia-sia apabila telefonnya tiba-tiba menjadi bisu tanpa sebarang bunyi. Dia terus melihat skrin telefonnya.

"Ish, time time ni juga kau nak mati kan?!" Falia memarahi dirinya. Sudahlah dia tidak membawa sebarang powerbank di dalam beg tangannya. Falia tidak tahu apa yang perlu dilakukan olehnya ketika ini. Dia cuba mendapatkan perhatian kereta yang lalu-lalang, namun tiada satu pun yang mahu menolongnya ketika ini.

'Apalah malang sangat nasib aku ni? Dahlah tengah lapar, kereta pula buat hal. Lepastu, phone pula mati! Banyak sangat ke dosa aku ni?' Falia mula melipat lengan bajunya. Bajunya kini sudah dibasahi peluh. Tangannya digerakkan ke atas dan ke bawah bagi mengipas dirinya.

Falia perlu mendapatkan bantuan seseorang. Dia tidak boleh duduk sahaja di dalam kereta tanpa berbuat apa-apa. Namun, jika dia berdiri di luar kereta sekalipun tetap tiada orang yang mahu menolong dirinya.

Kini, Falia sudah mula pasrah. Dia berdoa dalam hatinya supaya Tuhan menghantarkan seseorang bagi menolong dirinya ketika ini.

Setelah hampir 10 minit menunggu, tiba-tiba satu kereta mula muncul di belakang keretanya. Manusia tersebut mula keluar dari keretanya.

"Cik, cik tak apa-apa ke?" Manusia tersebut menegur Falia yang kini sedang duduk di tepi jalan sambil menundukkan kepalanya. Falia terus mengangkat wajahnya.

"Falia? You buat apa dekat sini? You okey ke tak ni?" Manusia tersebut menyoal keadaan Falia. Falia mula bangkit dari duduknya. Lega dia apabila seseorang yang dikenali olehnya kini sedang berada di hadapannya. Mungkin Tuhan telah mengirim manusia tersebut untuk menolong dirinya ketika ini.

"Kereta I rosak, Ihsan. I tak tahu apa puncanya. Boleh tak you tolong tengokkan?" Falia meminta bantuan lelaki itu dengan nada yang agak lemah. Dia benar-benar tiada tenaga ketika ini. Bahang matahari yang dirasai ketika ini hampir membuatkan dia pitam.

"You duduklah dalam kereta dulu. Dekat luar ni panas terik tau. You boleh kena strok haba you tahu tak?" Ihsan terus memimpin tangan Falia dan menolak gadis itu supaya duduk di dalam keretanya. Cepat-cepat dia memasang penyaman udara di dalam kereta Falia.

𝗟𝗢𝗔𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗩𝗘Where stories live. Discover now