« 21 » 𝚀𝙰𝚈𝚁𝙰𝚉 ❥︎

658 23 2
                                    

*Kok kok kok* bunyi ayam yang sedang berkokok di pagi hari yang indah. Tambahan pula dengan bunyi jentera di sawah padi berdekatan rumah Makngah yang kini sangat menganggu tidur Raz.

"Ahh bisingnyaa aduh" Kata Raz sambil memgambil bantal menutup telinganya untuk menghilangkan bunyi yang bising itu.

*Ringtone iphone 12+ milik Raz berdering*

"Siapa pula call aku pepagi nii" Geram Raz setiap kali dia hendak menikmati masa indahnya.

"Hello?!" Jawab Raz tanpa memberikan salam. Mamai agaknya.

"Amboii salam mana?? Hilang dah adab tuu?" Mampus kau Raz. Tunku Katrina yang sedang menelefon Raz.

Terkejut lalu dia melihat semula nama siapa yang tertera di panggilan itu. Ternyata benar iaitu Tunku Katrina.

"Astaghfirullah Mummy.. Raz minta maaf raz betul-betul takperasan mummy call tadi.. Raz baru bangun tidur je nii" Lantas Raz memohon maaf.

Goyang dik goyang.

"Yaa Allah budak nii.. baru bangun?? Duduk dekat rumah orang sekarang baru bangun?? Haa Harraz Mukhriz??" Tunku Katrina sudah mula mood membebel.

" Semalam Raz tidur lambat mummy.. alah terlajak bukan sengaja" Jawab Raz.

"Tak elokk laaa duduk rumah orang bangun lambat macam nii.. dekat rumah sendiri takpa laa.. now go mandi and buat apa yang sepatutnya.. dengar tak apa mummy cakap ni Raz?" Tunku Katrina menyuruh Raz terus bangun dari tidurnya. Walaupun anaknya lelaki, tetapi dia tetap tidak suka Raz malakukan sikap seperti itu di rumah orang. Lelaki atau perempuan sama sahaja.

"Ai aii captain.. Raz nak pergi mandi sekarang jugaa.. Byee i love you..!" Kata Raz kepada Tunku Katrina.

" Alright byee i love you too !" Balas Tunku Katrina lalu meletakkan panggilan itu.

"Ingatkan duduk sini dah tak kena bebel dengan mummy.. sekali dia telefon berdarah telinga akuu" Bebel Raz sambil berjalan memgambil tuala dan keluar untuk membersihkan diri.

"Hai tuan putera.. tuan putera baru terjaga dari beradu ke? Matahari sudah pun ingin naik ke atas kepala.." Qay yang ternampak Raz berjalan menuju ke bilik air. Dia datang menghampir lalu berkata dengan nada perli.

"Lantak aku laa nak bangun ke taknak bukan kacau kau punn" Kata Raz dengan membuat muka menyampah lalu berjalan meninggalkan Qay.

"Memang kacau pun.. Makngah suruh saya kejut awak.. saya ketuk pintu bilik awak sampai nak pecah pun takbangun.. Makngah bising suruh kejut awak jugaa erghh.." Bentak Qay dengan geram. Qay yang dipaksa untuk kejutkan Raz untuk sarapan tetapi tidak tahu pula orang seperti Raz ini juga kalau tidur tuu boleh dikatakan tidur mati.

"Ouhh yee kee.. kesian haha!" Kata Raz sambil ketawa terhadap Qay.

"Kata orang susah bangun.. dia tuu lagi susah.. silap-silap rumah terbakar pun dia takbangun juga.." Perli Qay lagi lalu berjalan menuju ke dapur.

"Eh ehh budak nii.. kecil besar kecil besar aje aku tengok.." Raz melihat Qay berjalan dirinya berasa begitu tercabar hatinya seperti dihiris setelah menengar kata-kata itu dari Qay.

" Haaa Raz mai makan meh.. Sejuk dah paa nasi lemak tuu.. tadi suruh Qay pii gerak hang taktau dia kejut kaa dak.." Panggil Makngah untuk menyuruh Raz bersarapan.

"Dia takdatang kejut pun Makngah.. Takpe laa Raz nak mandi dulu.. Japgi Raz makan.." Raz mereka cerita bahawa Qay tidak datang mengejutnya pun pagi tadi. Sengaja hendak mengenakan Qay.

"Haa tuu laa budak nii.." Kata Makngah sambil melihat ke arah Qay.

"Amboii amboii Qay pii gerak dia nahh tadi.. dia yang tidur macam takdak hari esok.." Kata Qay sambil menjenggil mata kepada Raz

𝐓𝐇𝐄 𝐎𝐍𝐋𝐘 𝐎𝐍𝐄 ; 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐇𝐀𝐑𝐑𝐀𝐙 𝐌𝐔𝐊𝐇𝐑𝐈𝐙 | 𝐂Where stories live. Discover now