Bab 42

1K 42 5
                                    

Harini genap sebulan isterinya itu tidak menyedarkan diri. Sanggup dia berulang alik dari pejabat ke hospital. Hubungan dia dan juga adik lelaki Orked masih lagi dalam keadaan keruh. Jejaka itu masih lagi memaksa dia untuk menceraikan isterinya.

"Ryan lepas kerja ni nak ke mana pula?" Tanya Tengku Salmah. Huluran bekas makanan itu diberikan pada anak lelaki sulungnya.

"Macam biasalah umi. Ryan ke hospital. Ryan tak nak la nanti bila Orked sedar dia tak nampak suaminya dekat sebelah. Risau nanti Ryan." Kasut kerja disarungkan pada kaki. Selesai itu, tangan Tengku Salmah disalamnya.

"Hmm yelah. Hati-hati tu memandu. Ingat pesan umi, buat kerja tu jangan lupa makan and solat semua tu. Faham?" pesan Tengku Salmah. Rambut anaknya diusap perlahan saat Aryan menyalami tangan tuanya.

Aryan mengangguk kecil. "Ryan pergi dulu tau umi. Tengokkan Irsya ye umi." Pamit Aryan. Dia melangkah kakinya untuk meninggalkan kawasan perumahan orang tuanya itu. Namun, belum sempat Aryan mengangkat kakinya itu, tiba-tiba sahaja telefonnya berdering.

"Hello?" Aryan memulakan perbualan saat dia mengangkat panggilan tersebut.

Kepala diangguk-angukkan berulangkali saat mendengar perincian yang diberikan oleh si pemanggil. Riak wajahnya bertukar saat mendengar apa yang dijelaskan oleh si pemanggil.

"Kenapa?" tanya Tengku Salmah dengan nada berbisik saat melihat air muka anaknya itu berubah.

"Ha okok.. Aku datang sekarang." kata Aryan dan kemudiannya panggilan telefonnya itu dimatikan.

"Kenapa Ryan? Siapa yang call?" tanya Tengku Salmah sebaik sahaja Aryan mematikan talian tersebut.

"Umi! Or-Or.. Isteri Ryan dekat zon merah! Ada orang cuba bunuh dia mi! Ryan ke hospital dulu ye!" cemas nadanya ketika ini. Air matanya pecah.

"Astagfirullah! Dah Ryan pergi dulu.. Nanti apa-apa telefon umi."

"Aryan pergi dulu umi.. tengokkan anak Ryan tau." terus berdesup dia masuk ke dalam keretanya itu. Sempat dia menghubungi pembantu peribadinya, Linda untuk membatalkan segala janji temu serta mesyuarat nya hari ini.

Ya Allah selamatkanlah isteri aku!

Habis semua lampu isyarat dilanggar olehnya. Aryan mahu cepat sampai ke hospital tanpa mengendahkan hon-hon yang berbunyi daripada kereta lain disebabkan dia tidak memandu secara berhemah. 180km/j dia memandu kereta miliknya. Kalau orang lain tentu sahaja sudah melayang nyawa.

Kereta diparkirkan pada tempat yang berdekatan dengan kawasan pintu masuk hospital. Dengan baju yang tidak berbutang habis dan rambut tidak kemas, segera dia berlari ke kawasan 'zon merah'.

"Isteri aku macam mana?" Tanya Aryan pada Irfan sewaktu dia melihat sosok tubuh rakannya di kawasan tersebut. Termengah-mengah dia bertanya. Aryan cuba mencari nafas tatkala dia tiba di kawasan tersebut.

"Iman tengah bantu yang terbaik untuk selamatkan isteri kau." kata Irfan

Kerusi yang berada di situ segera diduduki oleh Aryan. Mata dipejamkan untuk mencari ketenangan di dalam hati. Cuba berdoa agar isterinya itu segera diselamatkan dan tiada apa-apa yang berlaku. Moga tuhan tidak menarik nyawa isterinya sekarang ini kerana dia masih belum bersedia untuk kehilangan Orked.

Lampu merah pada 'zon kritikal' itu terpadam. Haq keluar dari zon tersebut.

"How Orked?" tanya Irfan sebaik sahaja adik tirinya itu keluar daripada bilik yang tertulis 'zon kritikal' itu.

Anggukkan kepala terhasil daripada Haq. "Kakak okayh je. Nasib baik tadi aku dapat bawa kakak ke sini dengan cepat. Kalau tidak memang tak dapat diselamatkan." ujar Haq.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now