Prolog

21 2 0
                                    

"One more time miss. Push" . Dengan kuat dia menjerit sambil meneran. Genggaman pada tilam itu sangat kuat sehingga dapat dilihat kesan berlubang dari kukunya.

"Saeri, kau kuat saeri. Dah nampak kepala dia". Air mata yang mengalir dilapkan oleh orang yang sentiasa menemaninya. "Bertahan Saeri" ujar orang disebelahnya.

"S-sakit". Itu sahaja yang dia dapat luahkan. Jeritannya memenuhi ruang labour room itu. Selepas berjam-jam dia bertarung nyawa, akhirnya dia selamat melahirkan anaknya.

Dia menghembus nafas kelegaan. Akhirnya, anaknya keluar juga. Kim Sunhee. Jururawat yang bertugas itu memberikan bayinya kepada Sangyeon iaitu abang kepada Saeri.

"Saeri, anak kau comel" kata Sangyeon yang sedang memegang bayinya. Saeri hanya mampu mengukir senyuman kecil saat mendengar tangisan anaknya. Kalaulah kau ada dengan aku.

Sangyeon berusaha untuk menenangkan anak buahnya itu tanpa menyedari Saeri yang hendak pengsan. "Saeri, kau nak pegang anak kau ?" Sangyeon berkerut dahi saat tidak menerima apa-apa jawapan dari adiknya.

Alangkah terkejut dia apabila melihat Saeri yang sudah tidak sedarkan diri diatas katil. "Nurse ! Nurse !" panggilnya dengan cemas. Jururawat yang mendengarnya cepat-cepat datang ke bilik itu semula.

"Miss ? Miss ? " pipi Saeri ditepuk untuk beberapa kali sebelum melakukan kerja mereka.

CHANCE [KIM SUNWOO]Where stories live. Discover now