TWO - CP 4

289 46 12
                                    

Sekolah Tinggi Raesora,

Duna berjalan terlompat-lompat mengikuti irama lagu di dalam telefonnya.

"Na na na na na."

"Mm mm mm mm."

'Ting'

Langkah Duna terhenti apabila bunyi notifikasi mesej daripada sebuah group chat sekolah.

Duna kembali melihat telefonnya sambil berjalan perlahan menuju ke kelas 5 Zwei. Dia pasti ketika ini, Alette iaitu teman baiknya itu sudah sampai.

Duna membaca notis dari group chat Sekolah Tinggi Raesora. Bulat matanya apabila membaca notis mengejut yang baru sahaja dikeluarkan pagi itu.

"Oh may gash!" Dengan pantas Duna berlari ke arah kelas 5 Zwei. Dia perlu bertemu dengan Alette segera.
Ini ialah berita besar!

→_→←_←

Alette membaca novel yang baru dibelinya beberapa hari yang lepas sambil fon telinganya memainkan lagu klasik untuk mendapat satu nikmat ketenangan membaca buku di pagi hari. Kelas 5 Zwei sudah hampir penuh.

Melihatkan tempat Duna yang masih kosong itu hanya membuatkan Alette menggeleng kepala. Biasalah si Duna, dia pasti akan hadir paling lewat sekali di dalam kelas itu.

"Alette!"

Terkejut Alette apabila mendengar jeritan kuat daripada suara yang dikenalinya. Serentak semua pelajar di kelas 5 Zwei memandang ke arah Duna yang sedang berlari pantas menuju ke arah Alette.

"Berita besar! Berita besar!" Tercungap-cungap Duna di hadapan Alette sambil dia membuat isyarat di tangan seperti 'tunggu sekejap' kerana dia mahu mengambil nafas seketika setelah penat berlari dari tingkat satu ke tingkat tiga itu.

"Kau dah kenapa? Cuba relax." Alette memandang hairan ke arah Duna yang sudah terduduk di hadapan meja Alette.

Duna menarik nafas panjang lalu dilepaskannya kemudian dia terus merenung tajam ke arah Alette.

"Habislah kita Alette!" Kata Duna cemas.

"Kenapa?. Dah ada orang plan nak bunuh kita ke?" Soal Alette.

"Eh. Bukan!" Duna menepuk dahinya apabila mendengar kenyataan Alette.

"Habis?" Soal Alette.

Tanpa berlengah Duna terus menunjukkan notis yang dikeluarkan daripada grup sekolah mereka kepada Alette. Alette membacanya dengan teliti kemudian dia terdiam beberapa saat.

"Mereka dah tukar syarat, hanya sepuluh orang pelajar terawal yang hantar borang sahaja boleh pergi ikut lawatan tu!" Duna menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia pun sudah serabut apabila memikirkan jika mereka tidak sempat menjadi yang terawal hantar borang itu.

Alette masih diam. Dia agak kecewa mendengarkan berita itu. Dia memang sudah semangat untuk pergi ke Ansel Adams Island kerana dia pernah terbaca satu buku mengenai pulau itu dahulu. Tapi dia tak ingat kisah pulau itu. Dia cuma mengingati namanya sahaja. Rasanya pernah diceritakan kepadanya suatu ketika dahulu mengenai keadaan pulau itu. Entah kenapa dia boleh lupa ingatan mengenai perkara itu.

Jadi dia sering tertanya-tanya mengapa nama Ansel Adams Island itu sekian kali berlegar-legar dalam fikirannya.

"Kau dah isi borang kebenaran ibu bapa tu ke?" Soal Alette.

INDAH: TWO ✓ DITERBITKAN (Preview Only) Where stories live. Discover now