Aku meletakkan beg di atas meja study, butang kemeja dibuka kemudian digantung di sebelah loker. Mujur harini hanya 2 kelas, jadi baju ni masih belum sempat busuk untuk dibasuh. Aku merebahkan diri di katil kemudian mengeluarkan telefon dari poket. Huh, Aqil hantar mesej
AQIL💕
Abanggg
Harini kami keluar
Ada friendly dengan SMK XXX
Penat gila
📷 photo attachedPeh
Bukan main peluh kau eh
Menang tak?Kalah😭😭
3-0Haih adik aku sorang ni, kalau sembang, selalu macam dia paling handal main bola, asal kalah ni?
Pintu bilik terbuka. Kimi melangkah masuk ke dalam kubikel bilik. Kasutnya dibuka dan dilempar ke bawah katil. Lantas Kimi terus lompat baring ke katilnya bersama beg
"Dah asal kau ni?" Tanyaku membuka topik
"Nakramm, hang tau tadi Jai, aku kena toron dengan Miss Liu lepas kelas tadi" kata Kimi yang sedang membuka butang kemeja
"Oh pasal tu ke yang kau suruh aku gerak dulu tadi?" Kataku di katil
"Ya laa, hang tau cina tu, dia kata jawapan aku tiru hang, sebab sebijik sama dia kata"
"Memang la sama cinabeng woii soalan aku ngan hang sama, belajar dalam kelas yang sama, ofkos jawapan sama hare betui" bebel Kimi
"Tapi memang betul kan kau tiru aku itu hari bangang?" Kataku
Roommate aku ni kadang-kadang sengal dia boleh tahan jugak ni, dia macam kau campur adukkan Ijat, Jimbe dan Mirul dalam satu jasad. Pening kepala aku nak layan perangai dia ni kadang
"Dak tu cerita lain, cerita dia la ni, Liu bagi aku tuto baru, soalan lain dari sebelum ni, maderfaker punya lecturer"
"Nanti aku tolong la halamak, kecoh je la mamat ni"
"Wei Pejal, hang tak lapaq ka?" Kata Kimi sambil mengeluarkan 2 bungkus Maggi Kari dari lokernya
"Lapar gak la, bak sebatang" kataku meragut megi dari tangan Kimi
"Faizal the real nakram of the world, megi aku dah bagi, tolong la masak sat hare betui"
"Ye la ye la, jap aku gi pinjam kettle Zar" aku bangun memakai singlet
Panas betul harini, entah apa yang bahang sangat ni
"Wei kau tahu Zar dapat roommate baru?"
"Taktau, sapa tu?" Tanya Kimi yang sedang melabuhkan punggung ke katil
"Entah, aku nak gi tengok la ni"
Aku keluar dari bilik, kemudian pergi ke bilik sebelah, jiran bilik aku. Zarif Azhar yang tinggal berseorangan selama sebulan kini dah dapat roommate baru, aku nak kenal-kenal gak dengan jiran aku ni. Aku menolak pintu.
Eh?
Asal berat semacam ni? Aku menolak lebih kuat, daun pintu terbuka rupanya pintu dihalang oleh Zar yang bersandar di pintu.
"Zarr, pinjam kettle aku nak bua-"
Mataku terjegil dengan apa yang aku baru lihat.
Di dalam bilik Zar ada seorang perempuan yang hanya memakai string singlet sedang menutup dadanya. Wajahnya memerah menahan malu
"HOOOOOLLLLYYYY FFFFUUUCKKK" Jerit aku di belakang Zar
"Awat awat awatt Zallll" Kimi tiba-tiba menerjah dari belakang menolak badan aku
Aku yang tak stabil hilang imbangan kemudian jatuh ke depan menolak badan Zar. Zar jatuh tersembam ke lantai namun aku sempat berpaut pada tiang katil
Malang bagi Zar, kerana dia jatuh tersembam betul-betul di hadapan minah tadi. Aku cuba bangun. Mataku terbeliak melihat apa yang berlaku
Shittt
"Aaaaaaaaaaahhhhhhhh" jerit perempuan tadi
Perempuan itu seakan sedang menahan tangis. Zarif yang baru mengangkat wajahnya kaku. Tangan Zarif baru saja menarik turun sebelah tali singlet perempuan tadi sewaktu dia jatuh
Kini kelihatan jelas sebelah puting perempuan tersebut
Shittt
"Soooorrryyyyyyyyyyyyy!!!!!" Zarif melepaskan tangannya dari singlet itu
Air mata bertakung di mata perempuan tadi. Tangan kirinya menarik singletnya ke atas semula kemudian tangan kanannya-
Paaaaanggggg
Kepala Zarif berpusing ke kiri dek dibackhand oleh minah itu, perggghhh
"NAKRAMMMM ZARIP BAWAK CINGGEYYYYY" Jerit Kimi di belakang aku
Siapa sial perempuan ni??
-----------
Huwwwaaaaaargghhhhhh
Aku membuka pintu kemudian keluar dari bilik. Tangan aku dinaikkan ke atas meregangkan badan. Tcp tcp tcp. Ngantuk siyel. Aku tidur pukul 3 siyot malam tadi. Aqil ajak otp sampai lewat sebegitu. Budak ni takde sekolah ke sampai boleh otp lewat macam tu
Aku mengeluarkan phone dari poket. Pukul 10 dah? Oh.... harini ahad, patut la dia stay up lama-lama. Harap dia tak lupa japgi aku nak gi Penang pickup dia fly. Lama betul aku tak jumpa budak comel tu. Haih
Aku melangkah jasad Jirou yang masih lagi berdengkur di tilam bawah. Tak boleh betul aku tidur dengan mamat Sarawak ni, ganas macam sial.
Aku meneguk air di depan mesin coway. Asal rasa macam kurang sesuatu eh? Aku memerhati sekeliling. Suasana rumah ini sepi.
Nur tak masak ke pagi ni?
Aku melihat sekeliling. Dapur masih lagi bersih tanpa diusik. Takde sarapan la pagi ni?
Nur tak bangun lagi ke ni?
Aku berjalan melalui ruang tamu ke bilik Zar. Haih dah jadi suami isteri eh tidur sekatil diorang ni
Oh my.....
Zar yang masih tidur sedang memeluk Nur. Manakala Nur yang sudah terjaga di sebelah sedang merah mukanya sambil mengisyarat padaku untuk diam. Amboi seronok kau eh suami peluk?
Aku mengeluarkan phone kemudian membuka camera.
Snap
"Weiiii amende nii tangkap gambar orangg" kata Nur cuba menggapai aku
Aku berlalu pergi dari bilik ni. Haih taknak kacau sweet couple ni, dulu bila zaman aku bukan main ramai lagi yang kacau
"Kau bangun buat sarapan atau aku hantar pada Zar" kataku berlalu pergi
"Weeeiiiiiiiiii" Nur segera bangun dari katil menuju ke arahku
Jujurnya, seronok sial buat benda ni, thanks Jimbe
---------------------------
Bersambung di......
NURADLI (SEMESTER PERTAMA)
YOU ARE READING
Aku Dan Aqil
Teen FictionPertama kali aku kenal si budak Aqil ni, aku tak sedar, dalam masa 10 hari, dia akan ubah landskap hidup asrama aku "Abang teman saya boleh?" Tanya Aqil membulatkan mata "Asal aku pulak?" "Habis tuu?? Kita dua je kat sini" 10 hari, 10 malam bersama...