"Sengih-sengih daripada tadi gila aee?"
Terus mati sengihannya. Alamak, lama dah ke dirinya diperhati? Dia berdehem kecil.
"Mana ada gila. Kalau gila lama dah masuk hospital bahagia." Jawabnya dengan selamba. Dia menyimpan handphone dalam poket seluarnya.
Lukman merenung Fariz dengan wajah penuh curiga. Tak pernah-pernah Fariz sengih macam ni, ada apa-apa ke?
"Tak payah pandang aku macam tu Abang Lukman. Tahu lah aku ni hesmes."
Lukman menjuling matanya ke atas.
Hesmes lah sangat. Susah kalau terpengaruh dengan ayat budak-budak tik tok ni. Makin lama makin pelik bahasa. Rosak bahasa melayu.
"Hesmes tengkorak kau lah. Jom pergi surau lepas tu lepak restoran tempat Alif kerja. Lama tak mengacau budak tu buat kerja." Kata Lukman seraya bangun daripada sofa.
Lepas dia balik daripada tempat dia mengajar di sebuah kolej yang tidak jauh daripada kawasan perumahan Fariz, dia singgah ke rumah Fariz untuk mengajak lelaki itu keluar makan petang bersama-sama. Memandangkan waktu asar hampir masuk jadi dia membuat keputusan untuk ke surau solat berjemaah sebelum pergi makan.
Fariz pula jenis on je bila ajak ke mana-mana disebabkan dia langsung tidak buat apa-apa di rumahnya selain tidur.
'Puteri' pula? Hmmm dia dah ada 'rumah baru' untuk dia tinggal. Dia sedar dia ni manusia, insan yang lemah. Eh tiber!
"Eh eh sebut tengkorak orang pula."
Lukman buat pekak. Malas nak layan.
Fariz mengunci pintu rumahnya sebelum memakai selipar. Tak payah nak beria pakai kasut sangatlah. Selipar pun dah memandai.
Dia menghampiri Lukman yang sedang menunggu dirinya di depan pagar rumah.
Lukman merenung Fariz dengan wajah yang berkerut. Budak ni betul ke tak betul?
"Dah kenapa pandang aku macam tu?"
Lukman berpeluk tubuh dengan nafas berat.
"Kau serius nak pakai selipar tu?" Soal Lukman dengan kening terangkat.
Terkerdip-kerdip mata Fariz.
Huh?
Dia memandang seliparnya sebelum memandang Lukman semula.
"Ada masalah ke dengan selipar aku? Selipar mahal ni, skechers. Aku baru beli bulan lepas." Fariz menayang selipar brand skechers tersebut di depan Lukman. Wajahnya jelas beriak bangga. Bangga dapat beli brand skechers, hikhik...
"Aku takde masalah kau nak pakai selipar tapi corak selipar kau tu haihhh kau bukan 5 tahun ya, kau 25 tahun. Sedar sikit diri tu dah tua bangka bukan kanak-kanak ribena." Cemuhnya.
Fariz mencebik. Dia berpeluk tubuh dengan kaki bersilang. Style apa selipar corak ni.
We Bare Bears
Item hot dowh!
Comel je tiga beruang ni.
"Apa-apa je lah jom lah gerak cepat. Nak azan dah ni." Segera dia naik motor bahagian belakang. Biar Lukman bawa, dia duduk di belakang.
"Jangan peluk aku." Pesan Lukman sebelum memecut laju menuju ke surau.
"Kau ingat aku gay? Badan tak empuk, tak selera aku nak peluk. Keras kematu." Balas Fariz dengan selamba.
Lukman menjeling tajam. Ada yang kena lempar dalam longkang kejap lagi.
Keras kematu atuk ayam dia lah. Dia punya sado dikatakan keras kematu? Buta agaknya. Kena buat pembedahan mata secepat mungkin Fariz ni.
YOU ARE READING
INDAHNYA SABAR √√
Fiksi Remaja[ Book 5 ] Matanya langsung tidak memancarkan sebarang sinar. Kelam dan suram saja. Tiada apa-apa yang dia nampak dalam mata gadis itu. Kosong. Mahu saja dia bertanya tetapi dia sedar dirinya bukanlah sesiapa dalam hidup gadis itu. Jadi dia memutusk...