S261

167 17 31
                                    

Jihyo duduk termenung di atas katilnya. Tidak mahu makan dan minum. Fikirannya melayang entah kemana. Dimana Jimin? Dimana anaknya Tae? Mengapa mereka pergi meninggalkannya tanpa khabar.

Dengan mengingati semua kenangan bersama mereka berdua, air matanya perlahan mengalir. Tidak dapat menahan rindu. Tidak dapat menahan kesakitan di dada.

"Jihyo..boleh aku masuk?"

Soal Mark di pintu bilik. Jihyo tidak memberikan sebarang respon membuatkan Mark meredah sahaja biliknya. Kakinya di atur menuju ke katil Jihyo. Mark melabuhkan punggungnya.

"Turun la makan. Kau tak kesian ke dekat anak dalam perut kau? Seharian kau tak jamah apa-apa langsung. Nanti kau sakit pula"

Omel Mark prihatin. Walaupun mereka sering bergaduh manja, ada kalanya dia berasa kesian kepada Jihyo.

"Takpela. Aku tak ada selera nak makan"

Balas Jihyo. Air matanya di seka.

"Tak boleh la macam tu. Ke, kau nak ada orang suap kan?"

Usik Mark lagi. Jihyo hanya diam.

"Ni aku turun ambil kan makanan kau bawa naik atas. Make sure kau makan and then makan ubat. Lepas tu kau rehatla. Mesti kau penat"

Kata Mark lagi sebelum dia keluar dari bilik Jihyo. Jihyo hanya pandang belakang Mark yang hampir ke pintu biliknya. Pintu ditutup oleh Mark.

Jihyo membaringkan dirinya mengiring ke arah tingkap bilik. Air matanya ingin mengalir lagi. Cukupla hari ini dia banyak menangis. Dia mahu berehat, tidur.

Belum sempat matanya ingin tutup, pintu bilik dibuka sekali lagi. Dapat di dengar tapak kaki berjalan mendekati Jihyo.

"Aku tak nak makan. Bawa la turun makanan tu"

Kata Jihyo tanpa berpaling. Dia cuba memejamkan matanya. Nak tidur!

"Hey..bangun makan. Aku suapkan"

Jihyo segera berpaling apabila mendengar suara ini. Suara yang dia benci tapi dalam masa yang sama terselit rasa rindu dan sayang.

"Ji..Jimin?"

Soal Jihyo. Dia bangun dari baringnya. Mengosok matanya sedikit. Imaginasi dia ka kerana dia terlalu letih atau di depannya sekarang adalah Jimin yang nyata?

"Ye sayang. Aku Jimin"

Rambut Jihyo diusap lembut. Jimin senyum menampakkan eye smile nya.

"Makan dulu ni. Kesian kau dengan baby. Lepas makan, kau rehat okay"

Kata Jimin lalu menyuap makanan kepada Jihyo

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kata Jimin lalu menyuap makanan kepada Jihyo. Jihyo membuka mulutnya untuk menerima suapan Jimin. Hanya beberapa suap, Jihyo sudah mula menolak untuk tidak sambung makan.

"Dah kenyang"

"Minum air ni. Lepas tu tidur. Aku turun bawah dulu"

Air kosong di sua kepada Jihyo. Setelah itu, Jihyo mula rasa sangat mengantuk. Dia tertidur selepas itu.

..

Pagi

Cahaya matahari menyucuk mata Jihyo. Dia lupa menutup langsir tingkap biliknya. Jihyo bangun dari  pembaringannya. Dia memandang sekeliling. Mana Jimin?

Rambutnya di ikat kemas sebelum dia ke bilik air untuk mencuci muka. Wajahnya yang sebam di tenung seketika sebelum pili air ditutup. Jihyo mengelap mukanya dengan tuala muka.

Jihyo turun ke bawa dengan harapan dia dapat bertemu dengan Jimin sekali lagi. Namun hampa, di ruang tamu hanya ada Mark dan appanya sahaja.

"Kau dah okay ke?"

Soal Mark. Jihyo hanya mengangguk.

"Mana eomma?"

"Ada dekat dapur tu"

Jihyo duduk di sofa bersebelahan dengan Mark.

"Semalam, Jimin ada datang?"

Soal Jihyo kepada Mark. Mark sudah buat muka hairan.

"Sejak bila pula dia datang? Kau mimpi ke?"

"Tak. Dia betul-betul ada semalam"

Nafi Jihyo.

"Kau rindu dia sangat kot. Sebab tu terbawa dalam mimpi. Imaginasi kau je tu"

Jihyo hanya diam. Benarkah itu hanya khayalannya sahaja? Tapi kenapa dia dapat rasa kehangatan dari tubuh  Jimin semalam?

"Mummy!!"

Lamunan Jihyo terhenti. Dia memandang sekeliling. Dia mendengar suara Tae. Dia pasti, itu suara Tae.

"Haih rindula aku dengan Tae ni"

Jihyo terus memandang video Tae dari telefon Mark. Rupanya suara yang di dengari tadi dari telefon Mark. Jihyo melihat video itu dengan penuh rasa rindu.

Mummy rindukan Tae!



















Tbc.

Pregnant By My Bully | Song Jihyo & Park Jimin [C]Where stories live. Discover now