1 | Sabarlah Duhai Hati💕

4 0 0
                                    

      DIANA dan LILY datang berkunjung ke rumah sahabat baik mereka Naurah Nadeera pada hujung minggu.
   " eh kau tak pergi mana-mana ke hujung minggu ni? Ke memang kau jenis malas nak berjalan." Ujar Diana sambil mencapai remote tv.
  " kan. Ni asyik terperap je kat rumah tak bosan ke deera ?." Samput Lily pulak dengan mencapai balang kuih yang ada di depan mata.
  " taklah aku dah biasa. Lagipon kalau keluar, nak pergi mana. Pergi shopping? Ahhh lagi aku malas. Daripada aku keluar tanpa hala tuju, baik aku duduk rumah, mengemas ada jugak faedahnya. " Naurah Nadeera hampir terlupa untuk membuat air kepada tetamu. " Eh Kejap tau aku pergi buat air kat korang. "Naurah Nadeera bangun dari sofa dia melangkah dapur.
  Dia Membancuh air milo panas dan mengeluarkan biskut yang berada di dalam tin. Lima minit kemudian, dia muncul kembali ke ruang tamu sambil menatang dulang.
     " Jemput minum," pelawa Naurah Nadeera.
  Diana dan Lily hanya tersenyum. Kemudian mereka meneguk minuman yang diberikan.
   " Deera, kau tak rasa sunyi ke duduk sorang-sorang kat rumah besar macam ni? Carilah peneman ke." Tanya Diana.
  " betul tu deera. Kau taknak cari peneman ke? Sekurangnya ada jugak teman bual kau malam-malam. " samput Lily sambil meletak cawan air milo di atas meja Dan mencapai balang biskut tadi.
  " aku bukan taknak. Cuma aku lebih selesa duduk rumah ni sorang-sorang. " jawap Naurah Nadeera.
   " yelah kalau kau cakap macam tu takpelah. Kami bukan ape risau kalau kau duduk sorang-sorang kau  sakit ke takde orang tengokkan. " ujar Diana yang agak risau Naurah Nadeera duduk sorang dalam rumah dua tingkat ni.
  " aku oky lah. Korang jangan risau oky " Naurah Nadeera coba legakan hati  Diana dan Lily.
" yelah Deera. Apa-Apa kau bagitahu kita orang  tau." Lily coba ingatkan lagi pesanan kepada Naurah Nadeera.
  " sudah pukul 9:00 pagi ni Deera, kita orang mintak diri dululah." Ujar Diana sambil mengerling jam tangan.
" yelah."
  Naurah Nadeera menghantar Diana dan Lily ke pintu. Dua minit kemudian kereta Honda city milik Diana berlalu pergi. Naurah Nadeerah menutup pintu dan menguncinya. Kemudian dia mengambil dulang yang terletak di ruang tamu, dicapai gelas kosong yang digunakan oleh kawan-kawanya tadi dan membawa ke singki untuk membasuh.

    Dua minit kemudian, Naurah Nadeera sudah pun selesai membasuh gelas dan pergi naik tingkat atas dan masuk kebiliknya untuk mandi. Kerana sekejap lagi dia hendak keluar untuk membeli barang dapur yang sudah habis.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 20, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sabarlah Duhai Hati💕Where stories live. Discover now