"Abang, abang cakap abang nak bawa Fiza keluar harini tapi abang asyik dengan kerja ja." Aizat menoleh ke isterinya.
"Abang busy ni sayang nanti abang ada masa abang bawa sayang keluar ye." Lembut nada bicara Aizat.
"Tapi abangkan dah janji nak bawa Fiza keluar."Aizat menghela nafas perlahan.
"Kerja abang banyak ni sayang."
"Yelah kerja abang ja kan yang penting lepastu Fiza tak penting."Kesabaran Aizat mula menipis.
"Abang buat ni untuk kita dua jugak sayang. Kalau abang tak kerja tak makan lah kita." Aizat masih mengawal nada bicara nya. Fiza mencebik.
"Bila Fiza nak keluar sendiri abang tak bagi lepastu abang pula sibuk dengan kerja."Kata Fiza.
"Bahaya kalau Fiza keluar seorang diri."Balas Aizat.
"See, abang kata bahaya lah itu lah ini lah. Ingat tak bosan ke duduk dalam rumah ni?."Aizat mengetap bibir nya.
"Nak keluar sangatkan? Pergilah siap!" Suara Aizat mula meninggi dan buatkan Fiza terkedu.
"Abang tak pernah naik suara dengan Fiza lagi."
"Kau cakap nak keluar kan? Pergilah siap." Fiza mengeleng kepalanya tanda tidak mahu.
" Kalau tak ikhlas tak payah."
"Please lah sayang, kata nak keluar kan pergilah siap. Jangan buang masa boleh tak abang banyak kerja lagi ni." Aizat sudah pening dengan sikap isterinya.
"Okeyh fine, Fiza mengalah. Buatlah kerja abang tu ja." Dia bingkas bangun dan melangkah naik ke bilik.
"ABANG TIDUR LUAR MALAM NI."jerit Fiza dari tingkat atas. Terkedu Aizat.
"Tak baik buat suami macam tu!" Jerit Aizat semula dari ruang tamu.
"Lepastu naik suara dekat isteri baik sangat ke?"Fiza berdiri di anak tangga.
"Dah sayang yang cabar abang sangat."Fiza menjulingkan mata nya.
"Fiza nak abang spend time dengan Fiza ja."Ternaik kening jejaka tu dan menutup laptopnya. Diletak ke tepi dan bingkas bangun dari duduk.
"Betul nak spend time?" Diatur langkah mendekati Fiza di anak tangga. Gadis tu sudah cuak dan naik ke atas lagi.
"Apa ni dekat dekat. Jauhlah!" Kata Fiza yang mahu melarikan diri.
"Tadi kata nak spend time kan? Sini lah i will spend time with you now." Terukir senyuman sinis di bibir jejaka tu. Fiza sudah memegang tombol bilik.
"Tak jadi tak jadi!"Fiza membuka pintu dan berlari masuk. Aizat ukir senyuman sinis nya.
"Don't dekat dekat lah abang!"Aizat mengangkat kening nya.
"Tadi kata nak spend time kan? Ni abang nak spend time dengan sayang."Fiza melangkah ke belakang tatkala si suami melangkah mendekati.
Aizat menolak bahu isterinya dengan jari telunjuk dan berhasil membuatkan tubuh kecil tu terbaring di atas katil.
"I get you."Fiza cuba untuk bangun namun bahu nya ditekan agar baring semula.
"Apa abang nak buat ni! Lepaslah!"Aizat menghalang Fiza dari cuba melarikan diri.
"Where i want to start first."Aizat meratah segenap wajah isterinya dan dikucup ubun ubun tu sebelum turun di kening. Fiza memejamkan mata nya.
Jantung nya berdegup kencang disebabkan posisi mereka berdua yang dekat saja. Aizat mengusap lembut pipi gebu tu.
"Abang minta maaf sebab tinggikan suara tadi." Dicium lembut pipi kiri Fiza dan diukir senyuman manis nya.
YOU ARE READING
SUAMIKU ENCIK COLD [C]
RomanceAIZAT ARYAN : Berwajah yang ketat setiap masa mampu buatkan orang ramai gerun dengannya. Dingin? semestinya!. Pantang ada yang melawan cakap nya pasti ditengking. SHAFIZA NERISSA : Gadis lemah lembut dan murah dengan senyuman. Bertemu pula dengan je...