"ABANG!"
"Apa awak ni terjerit-jerit. Saya tak pekak lagilah." Tuan Zakaria mendengus kasar dengar suara bingit isterinya.
"Abang nampak Yana tak? Dia pergi mana?" Puan Adibah menyuarakan pertanyaan tentang kehilangan anaknya.
Terhambur ketawa kecil Tuan Zakaria. Lebih kepada kesinisan.
"Baru nak sedar?"
Terkelu Puan Adibah.
"Dah 3 bulan dia hilang, awak baru nak sedar?" Beritahu Tuan Zakaria. Matanya tidak lepas dari menonton televisyen.
"Ti-tiga bulan?" Ternganga Puan Adibah. Selama itukah kehilangan anaknya? Kenapa dia tidak menyedarinya?
"see? Berapa lama dia hilang pon awak tak tahu. Sibuk sangat dengan shopping habiskan duit saya sampai malam baru balik. Kenapa tak tidur dekat shopping mall tu je?" Sindir Tuan Zakaria. Dia dah muak dengan perangai isterinya yang itu. Tidak tahan berlama disitu, terus dia naik ke biliknya.
Puan Adibah hanya diam. Dia tidak mampu berkata-kata kerana apa yang dikatakan oleh suaminya semuanya benar.
Wanita tua itu mencapai telefonnya dan menelefon anaknya. Tapi malangnya semua panggilan tidak disambut.
Dimana anaknya menghilang?
•••••••••••••••••♥•••••••••••••••••••
PEMANDANGAN di luar kelihatan cantik pada waktu malam. Dengan lampu yang menerangi jalan dan bulan serta bintang yang mengindahkan langit di malam hari ini.
Wanita yang berada di dalam kereta mewah itu sungguh teruja untuk sampai ke destinasi yang dituju sekarang ini. Dia mahu mengisi perut yang besar ini sepuas-puasnya.
Tangan yang berada di atas pahanya hanya dibiarkan. Bukan tak biasa dengan kehadiran tangan di atas pahanya itu. Kalau berani tolaklah. Balik rumah akan ada denda yang menanti. Jejaka disebelahnya sangat pantang akan penolakan. Jadi jangan sesekali bermain api dengannya.
"Lambat lagi ka, bie?" Tangannya bermain dengan jam tangan jejaka itu yang tertulis 'her demon'. Dia juga mempunyai gelang yang bertulis 'his angel'.
"15 minutes, dear. Sabar ok?" Kepala yang dibaluti shawl diusap lembut. Tangan kembali melekap dan diusap-usap di paha Ulya yang sudah tersingkap kainnya hingga ke atas paha. Raiyan punya kerja. Ulya hanya mampu pasrah.
••••••••••••••••••♥•••••••••••••••••••
ULYA masuk ke dalam dewan dengan perasaan teruja. Bukan teruja tengok suasana dewan, tapi teruja dengan makanan yang dihidangkan. Masa itu juga perutnya berkeroncang minta diisi. Arghhh tak syabarrr!
Malam ini merupakan majlis perkahwinan anak lelaki kepada sepupu mummy Raiyan. Keluarga Ulya juga turut dijemput pada malam ini.
Tetapi tidak dapat hadir kerana punya urusan lain.Lengan Raiyan yang berlapikkan Tuxedo hitam dirangkulnya. Ulya hanya mengenakan dress putih simple tapi kelihatan anggun ketika dipasang ke tubuhnya.
YOU ARE READING
Raiyan's Babyboo [C]
RomanceYou're My Heart ⏩ Raiyan's Babyboo ⚠️RED FLAG HERO🚩 ⚠️CERITA YANG TAK MASUK AKAL *hanya suka-suka