Prolog

8 0 0
                                    

"Biarpun sejuta orang menidakkan impianmu, hanya diri kamulah yang mampu menjadikan ia nyata."

"Pada zaman dahulu, ada seorang gadis yang sangat cantik bernama Cinderella. Dia tinggal bersama kedua ibu bapanya dan kehidupan mereka sangat harmoni sehinggakan ramai orang yang cemburu dengan kebahagiaan keluarga kecil tersebut. Namun kebahagiaan mereka tidak kekal lama apabila ibu Cinderella meninggal dunia disebabkan penyakit parah yang dihidapinya. Tidak lama kemudian, bapanya berkahwin dengan seorang janda yang tinggal di hujung kampung tersebut. Dia turut memiliki dua anak perempuan yang sebaya dengan Cinderella."

Kok...Kok...Kokkkkkk....

Bunyi kokokkan ayam bersahut-sahutan di luar rumah menandakan sudah tibanya waktu untuk semua insan yang diulit mimpi hari semalam bangun untuk menunaikan kewajipan solat Subuh dan bersiap untuk menjalani kehidupan harian sebagai seorang manusia.

Dari jendela sebuah kamar terlihat seorang gadis yang masih dibuai mimpi indah tanpa mengetahui nasib yang bakal menimpanya sebentar lagi. Bertemankan mimpi sang putera raja setiap malam membuatkannya susah untuk bangun awal pagi seperti orang lain. Sebelum ini, dia hanya bermimpikan susuk tubuh sang putera tetapi nampaknya hari ini mungkin nasibnya baik apabila dia akan dapat melihat rupa sebenar lelaki idaman tersebut. Kacakkah dia seperti Prince 'Kit' Charming dalam dongeng Cinderella ataupun berbulu seperti Beast dalam dongeng Belle atau Prince...

Tiba-tiba....

Splashhh...

"Oi pompuan bangun, kau memang nak matahari terpacak atas kepala kau baru kau nak celik mata kan. Engkau ingat kau tu puteri raja ke hari-hari aku kena kejutkan. Banyak cantik kaki kau, baik kau bangun sebelum aku bagi penampar dekat muka kau."

Kelopak mataku terus terbuka apabila dikejutkan dengan tempikan nenek sihir eh silap ibu tiriku. Tilamku juga habis dibasahi dengan sebaldi air yang disimbah olehnya. Nampak gayanya tidur berbantalkan lantailah aku malamni. Tidak mahu dibebel oleh ibu tiriku, aku bergegas ke tandas untuk mandi dan menyiapkan diri.

Setelah siap mandi aku hanya bersiap ala kadar dengan berbedak nipis dan memakai uniform sekolahku yang sudah lusuh warnanya kerana tidak bertukar hampir 2 tahun. Walaubagaimanapun aku tetap bersyukur kerana aku masih diberikan peluang untuk bersekolah oleh ibu tiriku tetapi dengan syarat aku mesti menyiapkan sarapan pada setiap pagi dan melakukan kerja-kerja rumah setelah pulang dari sekolah.

I'm the barbie girl in the barbie world~~~

Aku bernyanyi kecil sambil menyiapkan nasi goreng kampung sebagai sarapan setelah selesai membakar roti dan membancuh air teh. Rutin yang perlu aku ikuti pada setiap hari sebelum bergerak ke sekolah. Aku perlu menyelesaikan segera sebelum ibu dan adik beradik tiriku turun untuk bersarapan.

"Amboi bahagianya adik abang yang sorang ni, mimpi jumpa putera raja ke semalam princess?" tegur abang tiri keduaku, Zain mesra. Aku yang asyik mencedok nasi goreng yang telah siap dimasak ke dalam mangkuk untuk dihidang tersengih menayangkan muka tak bersalah.

"Ehhh macam mana abang Zain tahu haaa ni mesti abang ada mengendap senyap-senyap dalam mimpi Del tapi kenapa Del tak perasan abang eh." Abang Zain tertawa mendengar jawapanku, tak sangka adik tirinya pandai menyakatnya kembali.

Sedang aku dan abang Zain asyik berbalas usikan, ibu tiri dan kedua kakak tiriku turun untuk bersarapan bersama-sama sebelum bergerak ke sekolah. Mereka sempat memberikan jelingan tajam kepadaku sebagai tanda sapaan. Ingatkan adik beradik tiri yang jahat ni ada dalam fantasi je rupanya dunia nyata pun wujud jugak. Aku mencarik senyum kecil sebelum tunduk dan bersiap-siap untuk mengambil beg dan bergerak ke sekolah dengan menaiki Pumpkin.

CinderellaWhere stories live. Discover now