Ahad | 25 September 2022

2 0 0
                                    

Jam menunjukkan pukul 23:35 malam. Apa yang seorang manusia ini rasakan hanya sebuah rasa hiba, pilu, sedih yang entah mengapa membuatnya seolah-olah hilang rasa.

Namun hal ini bukanlah kali pertama berlaku dalam hidup si manusia ini. Jauh di sudut hati seperti ingin hilang dan bersembunyi menjadi debu-debu halus yang tidak terlihat dek mata zahir.

Perjalanan hidup sebagai manusia penuh misteri. Berharap hari esok akan lebih indah dan bahagia. Sebuah kegembiraan yang mampu membuatkan batin melupakan rasa sepi, pilu, sedih, hiba di kala malam menyapa.

Bukan ingin menjadi si puitis, tidaklah pula hebat bermadah. Tidak lain hanya sekadar berkongsi rasa yang timbul di dalam jiwa.

Ingin berteman tetapi terlalu penat memasang topeng kebaikan. Menjaga hati manusia yang tidak pernah mengenang baiknya. Dilupakan dengan mudah hingga tergantikan dengan yang baru malah lebih hebat. Nukilan yang disampaikan hanya mengalir untuk di kongsi bersama.

Sukar difahami hanya kerana olahan gaya bahasa berbeza. Titik yang selama ini kekal terhubung kini putus menghilang bersama yang telah pergi. Kehadiran yang lama tidak tergantikan oleh yang baru. Sakit yang ada masih terasa seperti baru di toreh dek pisau yang tajam.

Mencuba untuk bangun tetapi masih mudah terpuruk dibuai perasaan yang lalu. Harus apa jika terpuruk sebegitu rupa. Mana pergi kekuatan yang lama, mana pergi kebahagian yang dulu, mana hilang keceriaan yang lampau. Semua hilang entah siapa yang tahu. Sukar dimengerti sukar di ketahui. Berakhirnya pun entah siapa yang putuskan.

Nukilan hati, coretan jiwa. Perkara yang tidak akan difahami hanya dengan sekilas pandang. Ujian yang berlainan, rasa yang tetap sama. Tinggi dan rendah kekuatannya, bergantung pada diri. Tidak disebut, tidak diucap. Malah makin menjauh, hilang tanpa jejak yang nyata.

Sekadar catatan sebelum beradu, maka kembali ke nyata seperti biasanya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 25, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Relatable Where stories live. Discover now