⸙͎۪۫ 15 ⸙͎۪۫

156 21 18
                                    

⤜⸙͎۪۫⸙͎۪۫⤛

Pintu bilik Yeonjun diketuk dua kali lalu dia memulas tombol pintu itu bila mendengar suara Yeonjun menyuruhnya masuk. Dia masuk saja dia melihat Yeonjun sedang menghadap laptopnya. Jari jemarinya pula laju menekan-nekan papan kekunci dengan matanya fokus pada skrin.

Danee yang baru masuk itu dipandang sekilas dan memandang skrin laptop itu semula lalu berkata, "Ha kenapa datang bilik aku?"

"Aku nak keluar kejap, nak pergi kedai bawah nak beli barang."

"Barang apa?"

"Adalah barangnya"

"Yalah barang apa?" tanya lelaki itu lagi dan kali ini dia berhenti mengetik papa kekunci laptopnya lalu memandang Danee sambil memusingkan kerusi menghadap gadis itu. Terkebil-kebil mata Danee melihatnya, tiba-tiba pula dia rasa Yeonjun ketika ini sangat kacak di matanya. Walaupun lelaki itu sedang mengenakan singlet putih besertakan seluar jeans dan tambah lagi rambutnya agak sedikit serabai membuatkan jantung Danee berdetak dengan laju.

"Jantung aku ni sakit kah apa tiba-tiba laju ni. Yang aku ni tiba-tiba rasa gugup dah kenapa?!" desis hatinya. Setelah itu dia cuba untuk mengawal ekspresi mukanya agar tidak kelihatan bahawa ketika ini dia sedang gugup berhadapan Yeonjun.

"B-barang perempuan lah."

"Oh..cakaplah awal-awal." Yeonjun kembali memusingkan kerusinya untuk menghadap laptopnya semula. Kerjanya yang dia taip di aplikasi word tadi terus dia save. Kemudian itu, barulah dia menekan bahagian shut down menjadikan skrin laptop tersebut tadinya bercahaya menjadi gelap.

Selesai saja itu, dia bangun dari duduknya lalu menghadap Danee semula.

"Kau duduk rumah, aku tolong belikan." Kata-kata Yeonjun seusai dia faham barang apa yang Danee mahu beli itu dan kata-kata Yeonjun itu juga berjaya membuatkan mata Danee terbutang luas.

"Tak payahlah wey biar aku ja beli, kau bukannya tahu beli benda-benda macam tu, lagipun aku nampak kau macam busy ja," Danee menghalang Yeonjun menapak keluar.

"Kalau aku tak tahu beli pun, aku boleh tanya dekat pekerja kedai tu dan aku tak busy ya kerja aku dah hampir nak selesai dah."

"Tap-"

Terhenti percakapan Danee bila dia renung tajam oleh Yeonjun. Entah mengapa renungan lelaki itu boleh membuatkannya tidak dapat meneruskannya percakapannya sedangkan dia sudah biasa dan selalu dengan renungan itu tetapi kali ini dia rasa lain pula.

"Duduk rumah. Perempuan tak elok keluar malam-malam macam ni. Kau tengok jam tu dah pukul berapa?" Seraya itu pandangan Danee beralih arah jam yang tergantung di dinding bilik Yeonjun tersebut sudah menunjukkan pukul sepuluh.

Danee mengeluh perlahan sebelum dia mengeluarkan dompetnya untuk mengambil beberapa keping duit. Macam mana dia boleh dapat dompet dia? Petang tadi dia dengan Yeonjun menyelinap masuk ke rumahnya. Dia yang beria ajak Yeonjun datang ke rumah, katanya nak ambil barang-barang dia. Mahu tak mahu, Yeonjun ikutkan aja lah ajakan si Danee tersebut dan nasib mereka berdua baik kerana tidak terkantoi oleh mak tiri Danee.

( yang ni nanti kita flashback ye 😆)

"Simpan balik duit kau, guna duit aku ja," kata pantas Yeonjun bila melihat gadis itu ingin menghulurkan duit kepadanya.

Tidak menunggu Danee memberi respon percakapannya itu, Yeonjun mendekati almari pakaian setelah itu pintu almari sliding itu dibuka dan mengambil hoodie berwarna hitam. Hanger hoodie tersebut digantung semula sebelum hoodie tadi disarungkan pada tubuhnya yang hanya bertutup dengan singlet putih itu. Kemudian, hud ditariknya ke atas menutup kepalanya sambil kakinya mengorak langkah ke meja kecil yang bersebelahan dengan katilnya. Di meja itu terdapat dompet dan kunci keretanya, lalu dia ambil kedua barang tersebut dan dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Sesudah itu, dia kembali menghadapi Danee lalu dia berkata, "Selain barang tu, kau ada nak apa-apa tak?"

Danee hanya menggelengkan kepalanya. Tiba-tiba pula dia menjadi bisu, seakan-akan pita suaranya terputus, tidak dapat dikeluarkan dan paling dia tidak dapat terima puncanya yang menyebabkan dia berkelakuan sebegitu adalah orang yang berdiri menghadap dia ketika ini. Danee tidak tahu mahu mengatakan apa tapi dia rasa Yeonjun ini orang yang baik walaupun lelaki itu selalu buat dia rasa nak tumbuk orang.

"Oh okay kalau cam tu, aku keluar dulu lah."

Kata Yeonjun lalu menapak keluar dari bilik dan terus menuju ke pintu keluar. Danee pula masih tercengang di muka pintu bilik Yeonjun dengan otaknya masih belum memproses segala tingkah laku Yeonjun sebentar tadi.

"Setan mana masuk dalam badan dia sampaikan jadi baik semacam?" Ujarnya dengan sepontan.

Tidak lama itu dia berkata lagi, "Tak pa lah dah dia nak belikan. Kalau dia beli salah memang boxer spiderman dia aku bakar."

Macam mana dia tahu Yeonjun ada boxer corak spiderman? Dah tiap-tiap pagi dia tengok lelaki itu guna boxer corak spiderman nak buat macam mana lagi, dia nak bersarapan pun hilang selera dia.

Tok!

Tok!

Tok!

Terhenti kakinya yang tadi mahu menuju ke dapur apabila bunyi ketukan yang agak kuat terdengar di corong telinganya.

"Haish siapa yang ketuk pintu rumah orang macam nak roboh ni. Loceng kat dinding tu tak nak pulak guna!" Omel Danee lalu bergerak ke pintu keluar. Tanpa melihat gerangan yang mengetuk pintu itu, Danee terus memulas tombol pintu tersebut sambil berkata, "Apa ni makin ketuk pintu macam hari bak kiamat. Loㅡhmmph!"

Mulutnya ditekup menyebabkan dia tidak dapat meneruskan bebelan. Matanya terbuka luas saat dia melihat satu sosok yang dia kenali.

"Si kepala botak ni!! Macam mana dia tahu aku kat sini!" monolog Danee.

"Mana nak lari ha baby sayang," ujar Haram sambil tersenyum sinis.



















⤜⸙͎۪۫ tbc ⸙͎۪۫⤛

Halo semuanya, sorry sebab biarkan book ni berdebu.. dan sorry juga sbb chapter kali ni pendek hhuhuhuhu next chapter nanti aku tak tau bila nak up nya sbb ada part kena ubah sikit. Korang tunggu tau, jangan lari pulak 🥺
Okay tu ja nak bagitau, bye nak tido esok kerja huaaa 😭

[SU] 𝑼𝒏𝒆𝒙𝒑𝒆𝒄𝒕𝒆𝒅 𝑺𝒐𝒖𝒍𝒎𝒂𝒕𝒆 : 𝑪𝒉𝒐𝒊 𝒀𝒆𝒐𝒏𝒋𝒖𝒏Where stories live. Discover now