Part 5
Albert terpaksa ikut si Berly sama si Sara pigi pub. Kalau dia tidak ikut,dia tidak tau apa lagi si Berly akan buat. Dia mau call si Christian,tapi dia tidak sampai hati juga mau khianat sama si Berly.
Durang masuk pub yang biasa si Sara pigi. Berly memang tidak biasa masuk pub apa lagi minum,mula-mula dia rasa malu-malu kucing lagi mau menari. Balik-balik si Sara tarik dia dance tapi dia inda mau..
“Na! Minum ni!” Sara kasih tu beer sama si Berly. Albert tengok si Berly.
“Janganlah. Kau bukan biasa minum..” Bilang Albert. Tapi si Berly mau juga try kasih puas hati dia. Ah! Ni kalilah teda si NAGA saya mau berabis..
“Saya mau try!” Terus Berly 1 go.
“Yaii! Bida juga rasa!” Sikit termuntah balik si Berly tu beer. Sara kasih ketawa si Berly. Albert terus ambil tu gelas dari tangan si Berly.
“Mula-mula bida..lama-lama kau suka tu!” bilang Sara. Sara tuang lagi beer kasih Berly. Tapi cepat si Albert ambil.
“Dia tidak biasa minum ni. Biar saya saja yang minum!” Bilang Albert. Terus Albert 1 go kasih puas hati si Sara.
“Mana boleh! Ini malam saya punya malam!” Bilang si Berly terus dia rampas tu gelas dari tangan si Albert. Albert geleng kepala.
Sara tuang lagi kasih penuh tu gelas. Terus di Berly 1 go. Sara tuang lagi kasih si Albert. Albert tarik nafas. Mahu tidak mahu dia ikut juga durang minum.
Asyik sudah si Berly minum. Mula sudah rasa kick pening-pening. Tu badan dia pun pandai sudah guyang-guyang ikut muzik.
Albert pun sama juga. Mula-mula tidak mau last-last dia pun ikut enjoy juga. Berabis dia menari berpelukan sama si Berly.
Sara ketawa puas. Mission complete!
******
“Tuan!” Christian yang sedang buat kerja di labrary terkejut bila si Boy tiba-tiba masuk.“Kenapa ni?”
“Madam..madam...”
Christian berdiri. Dia pandang tajam muka si Boy.
“Kenapa dia?!”
“Dia si pub sama si Albert! Ada orang kita nampak durang sedang...” Terus Christian keluar. Tidak lagi sempat si Boy kasih habis tu ayat.
Sial! Banyak-banyak tempat kenapa kenapa tempat neraka tu juga kau pigi! Arrgg!!!
Christian masuk bilik dan tukar pakaian. Dia memakai t-shirt putih dan seluar jeans dipadankan dengan black leather jacket. Nafasnya turun naik bila memikirkan tentang isterinya yang berada di tempat itu.
*******
“Cuba kau tengok tu peremuan atas stage baju merah tu..”“Siapa tu? Hots juga!”
“Kalau aku tidak silap,tu wife si NAGA.”
“NAGA? Kau biar betul?! Kau salah orang kali..”
“Iya..betul!”
“Kenapa dia menari peluk-peluk sama lelaki lain?”
“Pelik! Mana si NAGA?!”
“Panjang umur! Kau tengok sepa datang..”
“Ah! Si NAGA!”
Christian berdiri memandang Berly yang sedang menari sambil memeluk Albert. Albert memeluk dan mencium leher Berly beberapa kali. Christian berjalan menuju ke meja bartender. Dia 3 botol vodca. Christian meneguk sekali gus minuman keras tersebut.