DIQ : Chap 22

50 6 6
                                    

SYIRAH dan yang lain memberhentikan motorbike milik mereka.

Helmet dibuka dari kepala. Rambut yang sedikit serabai dikemaskan.

Mata kelima gadis itu memerhatikan kawasan perkhemahan.

Setelah berbincang. Mereka kelima bersetuju kembali semula ke kawasan perkhemahan.

Kawasan itu sunyi saja. Tahulah mereka bahawa semua pelajar serta cikgu sudah pun tidur.

"Seram betul aku tengok." Suara Irisyah memecahkan kesunyian mereka.

"Memanglah seram. Hutan kot, tambah dengan malam lagi." Ujar Lia.

"Kan. Belum lagi masuk hantu."

PAK!

Bahu Irisyah ditampar kasar oleh Iqah.

"Kau ni pun. Aku boleh terima kalau kau cakap benda lain, tapi natang tu janganlah sebut." Kata Iqah.

"Natang mana pula ni, hantu eh?." Sengaja Irisyah menanya.

"IRISYAH AMIRAH." Sebut Iqah mendatar.

"Fine. Aku tak sebut." Irisyah menggangkat kedua tangannya separas bahu, mengalah.

Iqah menjeling Irisyah. Tak sah kalau tak menyakitkan.

"Jom." Ajak Lia.

Mereka turun dari motorbike. Dan langkah dibawa menuju ke perkarangan khemah.

Sunyi.
Sepi.

"Hue hue."

Sengaja Irisyah mengeluarkan suara seperti setan.

Iqah memandang datar ke arah Irisyah. Begitu juga Lia, Anisyah dan Syirah.

"Kalau kau nak jadi setan cakap. Aku boleh tunaikan hajat kau." Ujar Syirah, pandangan kosong dipaparkan.

"Cakap saja kau nak jadi apa. Kuntilanak ke, pontianak ke, sundalanak ke, gediklanak ke......" Dan kini, Lia pula yang dipandang tajam.

"Apa? Betullah kan?." Tanya Lia, selamba.

"Jangan sampai kau, aku jadikan penanggal Lia." Kini suara Anisyah pula kedengaran.

"Penanggal? Apa tu? Selipar eh?." Sengaja Lia.

"Bukan." Anisyah tersenyum sinis.

"Penanggal ialah , manusia jadian dimana kepalanya terputus dari badan. Dan cara untuk jadikan kau seperti itu, aku boleh saja penggal kepala kau." Tutur Anisyah. Tenang tetapi- menyeramkan.

Lia terkaku seketika. Bulu romanya kini menegak 90 darjah. Kawasan perkhemahan seperti sejuk tiba-tiba.

"Erk. Dah lewat malamlah. Jom masuk khemah." Ajak Lia, tersenggih paksa.

Syirah hanya menggeleng kepala. Kepalanya dipalingkan memandang kebelakang Lia.

Syirah berkerut pelik. Kenapa macam ada kelibat seseorang disebalik besar pokok yang tidak jauh dari mereka.

Pandangan difokuskan ke arah itu. Lama-kelamaan Syirah tersentak. Itu-

"Jom masuk." Kini Syirah membuka mulut.

Syirah menuju ke arah khemah mereka . Sampai saja, zip khemah itu dinaikkan keatas.

Dengan itu dia masuk ke dalam diikuti dengan yang lain.

Masuk saja mereka berlima ke dalam khemah. Laju saja Syirah menurunkan zip khemah itu.

Nafas lega dihembus. Tangannya mengusap dada agar bertenang.

Đəřrıère ÌčəQųēəňWhere stories live. Discover now