Tanpa disedari sepasang mata memandang tajam kearah Hania Nura dan Tengku Syed Emir yang sedang rancak berbual dan ketawa di hujung restoran hotel itu, sengaja mereka tidak makan di restoran biasa mengenangkan satu Malaysia sudah mengenali Tengku Syed Emir
"Just wait and see Hania, I will snatch what is yours once again." Gadis itu mengetap bibirnya sambil jejarinya membentuk penumbuk menahan geram
Ireen Arina meneguk air dengan rakus sebelum beredar dari situ, terasa tubuhnya panas melihat senyuman yang terukir di wajah Hania Nura. Sungguh dia benci melihat gadis itu bahagia kerana dia telah berjanji dengan dirinya sendiri akan menghancurkan hidup Hania Nura sehingga gadis itu melutut meminta maaf padanya
Jarinya menekan butang sent , berjaya dia menghantar gambar yang ditangkapnya tadi kepada whatsapp kenalannya. Gambar Hania Nura sedang memegang kolar baju Tengku Syed Emir, terukir senyuman jahat di wajah Ireen Arina
___________________
Iphone 13 Pro Max milik Hania Nura yang terletak di atas meja sebelah katilnya tidak berhenti berdering , setelah berasa rimas Hania Nura mencapai telefon miliknya itu kemudian menekan butang hijau
"Hello Han? Han kat mana? Kenapa abang call dari tadi tak jawab?" Kedengaran suara cemas milik Rayyan Haris
"Kenapa ni abang? Kan harini Han cuti." Suara serak basah Hania Nura menutur kata satu persatu, matanya masih dipejam
"Bukak pintu sekarang, abang kat depan." Kata Rayyan sebelum menutup panggilan
Hania Nura mendengus sebelum memaksa dirinya untuk bangun dan berjalan kearah pintu masuk condo miliknya itu , muncul muka pengurusnya setelah Hania Nura membuka pintu
"Semalam Han pergi mana?" Tanya Rayyan Haris serious setelah melangkah masuk menuju ke sofa
"Pergi makan." Sepatah jawapan keluar dari mulut Hania Nura
Rayyan Haris hampir meletuskan ketawa apabila melihat rambut gadis itu kusut masai yang dibiarkan 'Tahan Rayyan, ada isu lagi besar dari benda ni' Rayyan berdehem sambil menggeleng kepalanya
"Pergi makan dengan siapa?" Tanya Rayyan lagi seraya menayangkan wajah serious
"Kawan Han, kenapa ni abang. Pagi-pagi buta tanya macam-macam soalan ni? Han mengantuk la abang." Sebik Hania Nura selepas menghempaskan tubuhnya di sofa yang lain
"Apa yang pagi nya Han? Dah tengahari ni. Kawan Han? Sejak bila Han berkawan dengan Tengku Syed Emir? Takde bagitau apa-apa kat abang Rayyan pun?" Rayyan Haris memeluk tubuh
Mendengar nama Tengku Syed Emir disebut, tubuh Hania Nura terus menegak duduk diatas sofa "Oh..Em.." gadis itu menggaru kepalanya yang tidak gatal
"Ada apa-apa yang abang perlu tau ke?" Tanya Rayyan sambil mengangkat sebelah kening
"Em.. Dah beberapa bulan Han berkenalan dengan dia, dia la doktor yang rawat Han dulu. L..lagipun dia anak kawan mama dengan papa la." Jujur Hania Nura
Membulat mata Rayyan Haris mendengar jawapan dari Hania Nura sebentar tadi "T..tengku Syed Emir tu doktor Han haritu? Anak kawan aunty dan uncle?? Eh! Pemangku Mahkota Diraja kawan aunty dengan uncle?! Wtfish?!" Rayyan Haris seakan tidak percaya , mulutnya ternganga
"Heh, apa?? Ingat family Han biasa-biasa je ke? Luar biasa tau!" Lagak Hania Nura sambil memeluk tubuh kemudian menyandarkan tubuhnya, berasa bangga gadis itu. Bukan calang-calang kenalan keluarganya itu
"Ish budak ni, tak sekarang ni dah tersebar gosip pasal Han dengan Tengku Syed Emir. Telefon kerja abang ni tak habis-habis berdering sejak pagi tadi." Rayyan Haris memicit kepalanya yang sedikit pusing
Hania Nura terus berlari memasuki bilik tidurnya, telefon dicari. Ternyata betul kata Rayyan Haris , notification telefonnya tidak berhenti masuk kemudian dia segera menekan salah satu notification nya itu
"Tengku Syed Emir Aayan kelihatan mesra bersama model terkenal"
"Model murahan ditangkap cuba menggoda Tengku Syed Emir Aayan"
"Wtfish?!! Model murahan kau panggil aku?!" Marah Hania Nura setelah membaca satu persatu tajuk berita yang keluar di halaman utaman aplikasi Instagram miliknya
___________________
"Bukan macam yang bonda fikir, ni semua salah faham. Emir takkan buat apa-apa yang boleh mencemarkan nama keluarga kita." Rayu Tengku Syed Emir pada bondanya seraya memegang dua belah tangan wanita itu
Mereka yang sedang duduk di sofa ruang tamu di kediaman milik keluarga Tengku Asyraff Musa itu kelihatan risau, risau akan mencemarkan nama baik keluarga walaupun dia percaya anak tunggalnya itu tidak akan melakukan hal-hal murahan
"Bonda dan ayahanda percaya Emir takkan buat, tapi Emir jujur dengan bonda boleh?" Tanya Tengku Aafiyah Adara dengan nada yang lembut
"Apa dia bonda?" Mata amber milik Tengku Syed Emir memandang mata hazel milik ibundanya itu
"Emir suka pada Hania Nura?" Soalan yang dilontarkan oleh ibundanya membuatkan dia senyap seketika
"Tipu la kalau Emir kata sikit pun Emir tak suka pada Hania tapi Emir masih nak berkenalan dengan Hania." Menunduk Tengku Syed Emir setelah usai menjawab persoalan dari Tengku Aafiyah
Senyuman terukir di wajah Tengku Asyraff Musa dan Tengku Aafiyah Adara sambil mereka berbalas pandangan , sah hati anaknya sudah terpaut pada gadis itu! Mana tidaknya, seorang Tengku Syed Emir Aayan yang mukanya selalu mendatar dan tidak berperasaan itu kelihatan sering tersenyum ceria semenjak dia berjumpa dengan gadis bernama Hania Nura
"Tak lama lagi terima menantu la kita." Seloroh Tengku Asyraff Musa membuatkan anakandanya itu malu dan pipinya kemerahan
Perlakuan Tengku Syed Emir mengundang gelak tawa dari ibunda dan ayahandanya , kediaman yang sunyi itu tadi dipenuhi dengan gelak tawa oleh keluarga kecil itu
___________________
Yeyyy malam ni kita update awal sikit sebab selalunya saya akan update setiap pukul 9 malam hehe. Thank you pada yang sudi baca! Jangan risau sebab saya akan update setiap malam supaya korang tak lupakan author Anna! ❤️
YOU ARE READING
The Teaser and Her Lover
RomansSyed Emir Aayn seorang yang pendiam dan pemalu dengan orang-orang disekelilingnya tetapi cekap dan teliti dalam pekerjaan. Namun kehadiran seorang gadis bernama Hania Nura telah membuat Syed Emir Aayan berubah perwatakannya dan cara gaulannya dengan...