chapter 19

70 4 0
                                    

~Esok pagi~

Afra keluar joging di taman tiba2...

"Dush...aduh sakitnya."kata Afra.

"Sorry saya tak sengaja."

"Sorry naik lori lah. Sakit tau tak."kata Afra.

"Afra."

Afra melihat orang tersebut selepas namanya disebut. Terkejut dia.

"Abang Amir...abang Amir buat apa kat sini?"tanya Afra.

"Joging...Afra."

"Sama."

"Afra ok...sakit lagi tak."

"Sakit lah...dah tahu tanya lagi buat apa."

"Boleh bangun tak ni?"

Afra mengangguk. Afra bangun dan berjalan ke arah kerusi berdekatan lalu duduk.

"Dah halang2 jumpa abang Amir kat sini...Afra nak tanya pasal hal semalam."kata Afra.

Amir duduk di sebelah Afra."Afra nak tanya apa?"

"Kenapa abang Amir setuju dengan perkahwinan ni...sebab apa...harta."

"Afra cakap apa ni. Afra ingat abang ni gila sangat ke nak kahwin dengan Afra hanya sebab nakkan harta papa."kata Amir.

Afra mengangkat bahu."Afra cakap je...mana lah tahu abang Amir kahwin dengan Afra sebab harta."kata Afra.

"No Afra. Abang ikhlas nak kahwin dengan Afra."

"Tapi kita tak bercinta pun kenapa nak kahwin pulak?"

"Bercinta lepas kahwin tu lebih indah daripada bercinta dulu baru kahwin."kata Amir.

Afra memandang Amir.

"Afra nak balik."

"Ok jom balik."

"Abang Amir tak nak sambung joging."

"Emm..."

°°°

"Assalammualaikum."

"Waalaikumsalam. Afra dengan Amir dari mana ni."

"Joging."kata Afra.

"Oh...abang ingat korang pergi dating."kata Aisy.

"Apa abang Aisy cakap ni...mana adalah. Afra jumpa abang Amir kat taman tadi tengah joging."kata Afra.

"Ra...asal muka Ra merah...demam ke?"kata Afiq. Bibirnya ditahan untuk senyum.

"Hah...mana adalah."Tangan Afra naik mengusap mukanya.

"Yelah...kenapa muka Afra merah."kak Aireen.

"Kak reen!!!dah lah Afra nak naik dulu."

"Hahaha."

Afra berjalan menuju tangga. Belum sempat dia naik dia patah balik.

"Kenapa Ra."

"Afra setuju."kata Afra. Dia patah balik ke tangga dan naik secepat yang mungkin. Muka Afra jangan cakaplah. Merah habis sebab tahan malu.

Aisy, Aireen dan Afiq tersenyum.
"Nampaknya bulan ni sibuklah kita."kata Aireen.

"Afra minta 3 hari untuk buat keputusan...sekarang tengok tak sampai pun 3 hari dia dah bagi kata putus...pelik betul abang dengan adik abang seorang ni."kata Aisy.

"Mir kau cakap apa kat adik aku sampai dia setuju dengan perkahwinan korang?"tanya Afiq.

Afiq pandang Amir."Mir kau ok ke tak ni. Jauh kau termenung. Dah sampai mana...dah sampai Itali ke?"

"Hah...kau cakap apa?"tanya Amir.

Bibir Afiq naik sedikit."Aku tanya kenapa kau termenung."

"Mana ada aku termenung."kata Amir.

"Yelah Mir..."

°°°

"Ra kenapa ni?"tanya Aireen.

"Kak Reen afra takutlah. Tak nak turun boleh."kata Afra.

"Eh mana boleh macam tu. Amir tengah tunggu kat bawah tu."

"Tapi Afra takutlah kak Reen."

"Lah apa yang nak ditakutkan. Akad nikah je pun. Hailah Afra ni. Dah jom yang lain dah tunggu kat bawah."kata Reen.

Afra turun bersama Aireen. Aireen membawa Afra duduk di tempat yang disedikan untuknya duduk.

"Sunat untuk pengantin lelaki melihat pengantin perempuan."kata tok kadi.

Amir memandang ke arah Afra beberapa minit lalu memandang semula ke arah tok kadi.

"Boleh kita teruskan."

Amir menggangguk.

"Aku nikahkan kau dengan Afra Aliya binti Aris Adrian dengan mas kahwin sebanyak RM5 000 dan seberangkat alat solat."

"Aku terima nikahnya Afra Aliya binti Aris Adrian dengan mas kahwin sebanyak RM5 000 dan seberangkat alat solat."

"Sah."

"Sah."

Doa diaamiinkan. Amir bangun dan menuju je dalam bilik solat yang terletak tidak jauh dari situ untuk mendirikan solat sunat. Selesai solat Amir berjalan ke arah Afra.

Amir duduk di sebelah Afra."Amir ni cincin..."kata Aireen.

"Ra bagi tangan kat Amir...Amir nak pasang cincin tu."

"Hah...oh..."

Cincin disarungkan ke jari Afra. Afra mencium tangan Amir. Amir memegang dagu Afra dan mencium lembut dahi Afra. Mengalir air mata Afra ketika itu. Amir yang melihat mengusap lembut pipi Afra dan mengelap air mata Afra dengan ibu jarinya.

MRS.AMIR ASYRAFWhere stories live. Discover now