(( 4 hari kemudian ))
Author's pov
Helen menikmati paginya dengan hati yang tenang dan minda yang kosong. Dia mahu melarikan diri daripada masalah yang berlaku semalam.
Dia telah membunuh seorang wanita berusia 48 tahun. Dan, tiada siapa yang tahu tentang itu.
Dirinya terasa sangat bebas setelah membunuh perempuan itu.
(( flashback ))
"Kau tak takut aku kan? Kau selalu cari pasal kan? Kau guna nama abang aku untuk ugut aku? Guna nama bapa aku? Kau nak mati kan?"
"Lepaskan...aku..."
"Aku suka dengar rayuan tu... Aku suka..."
"Kau gila... Kau gila Helen..."
"Aku tak suka ayat tu..."
Helen menghempaskan tubuh wanita itu ke dinding. Kepala wanita itu dihentak-hentak ke dinding beberapa kali.
Setelah wanita itu rebah ke tanah, Helen mengambil satu blok bata lalu menghempaskan ke kepala wanita itu berulang kali.
"Well... Now you're dead."
Helen melepaskan bata itu ke tanah lalu membongkok melihat wajah wanita yang sudah hancur, hampir tidak dikenali.
"See you later."
(( end of flashback ))
Helen menghela nafas panjang. Dari jauh dia dah nampak tiga orang polis penjara masuk ke kawasan padang itu.
Mereka berjalan ke arah Helen.
"Awal kau keluar hari ni Helen..."
Sapa polis penjara bernama Kim. Helen hanya angguk, berpeluk tubuh dan memandang Puan Kim. "Ikut kami."
"Ikut korang? Untuk apa?"
"Soal siasat."
"Ok."
Helen lalu berdiri dan mengikuti mereka dari belakang. Tidak ada sesiapa yang berani menyentuhnya sejak beberapa kejadian di penjara.
Sesiapa yang berani melawannya akan dipukul atau dibunuh. Semakin lama Helen berada dalam penjara, semakin buas jadinya.
Dia tidak peduli akan dirinya atau reputasinya lagi. Dia benar-benar mahu mengakhiri hidupnya di dalam penjara.
"Duduk."
Helen duduk di hadapan puan Kim. "Now look at me, Helen. Aku tak kisah kau nak bunuh aku lepas ni but aku nak kau dengar betul-betul."
"Mmm?"
"Kau bunuh Yoora kan? Min Yoora?"
"Yoora?"
"Ya. Kami dah soal siasat beberapa orang dari bilik kau dan kami dapati kau hilang semalaman. Yoora juga hilang semalaman. Kami dapati bahawa kau bunuh Yoora."
YOU ARE READING
shy boy - [제이크] •Sim Jaeyun•
Fanfiction|| completed || "𝐉𝐚𝐤𝐞... 𝐂𝐚𝐧 𝐲𝐨𝐮 𝐣𝐮𝐬𝐭 𝐭𝐚𝐤𝐞 𝐢𝐭? 𝐈𝐟 𝐲𝐨𝐮 𝐝𝐨𝐧'𝐭 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐢𝐭, 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐨𝐤𝐚𝐲. 𝐉𝐮𝐬𝐭 𝐤𝐞𝐞𝐩 𝐢𝐭, 𝐝𝐨𝐧'𝐭 𝐠𝐢𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐛𝐚𝐜𝐤. 𝐏𝐥𝐞𝐚𝐬𝐞..." Helen, wanita yang agak workaholic, optimistik...