°°°
"Amir jaga adik aku. Aku tahu kau boleh jaga adik aku dengan baik. Jangan tinggalkan dia seorang. Kau tahukan maksud aku apa. Buat masa sekarang dorang tak tahu apa-apa tapi aku takut bila dorang tahu...dorang gunakan Afra untuk jatuhkan kau. So aku harap sangat kau jaga adik aku baik-baik. Aku tak nak dia terlibat sekali dengan benda ni. Kau faham tak"kata Afiq panjang.
Amir mengangguk."Aku tahu...kau jangan risau Afra isteri aku sekarang. Siapa yang berani sentuh isteri aku...aku akan pasti dia tak hidup lama."
"Suka hati kaulah Mir aku Just nak ingatkan kau yang aku tak nak Afra terlibat dengan benda ni. Aku tak nak apa-apa jadi kat Afra. Afra adik aku satu-satunya...aku sayang dia. Aku nak kau jaga Afra, sayang dia dan cintakan Afra macam mana kau sayang dan cintakan mama kau. Kau boleh janji dengan aku Mir?"kata Afiq.
"Emm..."Hanya itu yang Amir balas. Tapi Afiq tahu...dia kenal Amir macam mana. Dengan sekali pandang dia dah tahu yang kawannya itu suka akan adiknya tapi ego tinggi sangat nak luahkan perasan tu...nanti yang menyesal dia juga...dan Afiq tahu yang Afra akan selamat selama Afra ada kat sisi Amir.
°°°
Selesai melayan tetamu Afra naik ke bilik. Tanpa dia perasan yang dia salah masuk bilik...Afra bukan masuk ke biliknya tetapi bilik suaminya, Amir.
"Mir dah...pergi naik atas rehat...kat bawah biar abang dengan yang lain urus."kata Aisy.
Amir mengangguk. Dia naik tangga menuju ke biliknya.
"Sayang...dari tadi abang tak nampak Afra...mana perginya budak tu...lepas je layan tetamu tadi terus lesap dia...hilang entah kemana budak tu."tanya Aisy pada Aireen.
"Tadi Reen nampak Afra naik atas...ada dalam bilik dialah tu tengak rehat...penat sangat agaknya."kata Aireen.
"Hai???pelik betul...kita yang buat semua kerja dia yang penat."
"Hish abang ni..."
•••
Amir masuk ke biliknya.Dia mendengar bunyi air dalam bilik air.
'Siapa pulak masuk bilik aku ni.'kata hati Amir.
Amir berjalan dan duduk di tepi katil.
Afra keluar dari bilik air selepas selesai mandi. Afra sekarang hanya mengenakan tuala yang hanya menutup badan hingga pahanya. Tidak perasan akan kehadiran Amir di situ.
Amir yang melihat menelan air liur.'Biar betul budak ni...dia sengaja ke apa.'kata hati Amir.
"Eemrr..."
Afra terkejut."siapa tu..."
Amir bangun dari duduknya dan mendekati Afra.
Afra terkejut buat kali ke dua."Abang Amir. Abang buat apa dalam bilik Afra ni?"
"Kenapa ada masalah ke kalau abang dalam bilik ni. Kita dah halal kan, lagi pun ni bilik abang bukan bilik Afra. Penat sangat ke sampai tak perasan masuk bilik abang atau Afra sengaja masuk bilik abang nak goda abang emm dengan pakai macam ni."Amir senyum nakal.
Afra melihat dirinya. Membulat matanya. Cepat-cepat dia menutup badannya yang terdedah dengan tangan walaupun tidak semua dapat dia tutup.
"M...mana adalah. Afra tak sengaja masuk bilik abang."kata Afra gugup.
"Afra nak masuk bilik Afra...bye."
Belum sempat Afra memusing tombol pintu Amir menahannya.
"Nak keluar dengan pakai macam ni...nak bagi siapa tengok..."suara Amir sedikit meninggi
'Ya Allah...apa ke benggapnya aku ni...macam mana aku boleh lupa aku pakai tuala je sekarang ni.'kata hati Afra.Merah mukanya menahan malu.
Afra memusingkan badannya dan memeluk Amir. Badan Amir mengeras terkejut dengan tindakan Afra yang tiba-tiba memeluknya.
"Sorry Ra lupa...dan Ra betul-betul tak sengaja masuk bilik abang. Ra penat sangat tadi...tak perasan Ra masuk bilik abang Ra ingat Ra masuk bilik Ra. Sorry...please jangan marah Ra."kata Afra.
Amir mendengar suara Afra sedikit berubah tahulah dia bahawa Afra tengah menangis.
Amir mengeluh kecil."Abang tak marah Afra...sorry sebab tinggikan suarakan kat Arfa...and Afra boleh masuk bilik ni bila-bila je Afra nak. Bilik abang bilik Afra. Bilik Afra bilik abang.
"Tolong ambikkan baju Afra kat bilik Afra boleh...atau abang pinjamkan baju abang dulu then Afra balik bilik Afra pakai baju boleh?"kata Afra sambil buat muka comel.
'Ya Allah budak ni...tahan Mir tahan.'kata hati Amir.
"Abang pergi ambik baju Ra. Ra duduk sini diam-diam. Jangan ada hati nak keluar dari bilik ni. Kalau keluar juga tahulah abang nak buat apa kat sayang malam ni."kata Amir.
Afra menelan liur.
"Hehe...Ra tunggu."
°°°
"Hah Mir asal kau keluar...abang Aisy suruh kau rehatkan."kata Afiq.
"Emm...aku nak pergi bilik Afra ambik baju dia."kata Amir.
"Oh...Afra kat bilik kau ke."
Amir mengangguk.
Bibir Afiq naik sikit.
"Kau asal senyum-senyum...gila ke?"
"Tak adalah...saja senyum...senyum tu kan sedekah."
"Banyaklah kau punya sedekah."
Amir berjalan ke bilik Afra.;Amir mendengar suara Afiq menjerit dari bawah.
"Bagi aku anak buah banyak-banyak."
Amir buat2 tidak dengar jeritan Afiq.
Lain pulak situasi dalam bilik Amir.'Abang Afiq ni gila ke apa...satu pun belum tentu dapat nak banyak2...gila ke apa dia ingat aku ni mesin buat anak ke apa.'kata hati Afra.
YOU ARE READING
MRS.AMIR ASYRAF
Romance~Amir Asyraf bin Dato' Amirul Afif~ Anak tunggal dato' Amirul dgn isterinya. Mendengar berita tentang kematian ibunya memyebabkan dia kemurungan dan mengurung diri di dalam biliknya.Dengan pujukan ayahnya,akhirnya Amir menerima dan meredhoi pemergia...