Short story

11 2 2
                                    

Aku sedang khusyuk mengamati bintang bintang di langit pada malam hari. Hatiku berasa sangat tenang ketika mendengar bunyi alam yang menenangkan. Cengkerik mengalunkan bunyinya yang merdu. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar wajahku.

Aku ingin impianku tercapai. Aku ingin menjadi doktor suatu hari nanti. Aku perlu berusaha supaya aku cemerlang dan dapat banggakan ibu bapa aku. Aku menanam tekad dan azam untuk menjadi pelajar yang cemerlang dari aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah.

Aku teringat kata-kata ibuku semalam.
"Nizam, ibu dan ayah selalu mendoakan kamu supaya cemerlang dalam hidup kamu." Ucap ibuku dengan penuh kelembutan.

"Terima kasih ibu, Nizam tidak akan menghampakan ibu dan ayah walau sekalipun." Kami berdua berlinangan air mata, aku memeluk ibu yang sudah berumur itu.

Aku berazam untuk tidak menghampakan ibu dan ayah serta tidak berputus asa dengan hidup aku. Aku akan berusaha sehingga berjaya dan akan membalas jasa ibu dan ayah yang sudah membesarkanku hingga hari ini.

Aku masuk ke dalam rumah setelah mendengar panggilan ibu yang kuat seperti harimau mengaum itu.

Aku menuju ke bilik ibu untuk memberitahu sesuatu padanya.

Aku berfikir sejenak 'Adakah aku patut memberitahu ibu bahawa aku akan menghadapi peperiksaan pada minggu hadapan?' monolog hatiku.

'Baik aku beritahu saja.' Aku berjalan perlahan menuju ke bilik ibu dan ayah lalu aku melabuhkan punggung di atas katil.

"Ibu ayah, Nizam akan menghadapi peperiksaan minggu hadapan. Nizam harap dapat banggakan ibu ayah." Aku berkata dengan tersipu malu, pipiku juga merona merah.

Ibu menjawab dengan riak muka yang tenang.

"Ibu dan ayah doakan kamu supaya berjaya dan dapat membanggakan kami." Ibu dan ayah memberi senyuman bahagia padaku.

Aku keluar dari bilik ibu dan ayah dengan perasaan gembira. Aku berjanji akan memberikan tumpuan sepenuhnya pada peperiksaan yang akan aku hadapi.

Dua minggu selepas peperiksaan,
hari ni keputusan peperiksaan telah pun keluar, aku beratur menunggu giliran melihat papan tanda sekolah dimana markah ujian peperiksaan ditampal.

Seorang demi seorang berlalu dan akhirnya tiba giliran aku, aku mencari namaku, namun setelah aku jumpa, muka ku yang tadi berseri secara tiba-tiba menjadi kusam.

Aku sampai dirumah setelah azan zohor berkumandang, ayah mengajak aku solat berjemaah bersama ibu, aku hanya mengangguk.

Usai solat, seperti biasa ayah akan memberi tazkirah dan sedikit kata-kata nasihat terhadap aku dan ibu.

Tangan ayah aku capai, mataku mula berkaca lalu aku cium dan air mata aku menitik perlahan.

Ayah dan ibu mulai risau dengan perubahan emosi ku lalu bertanyakan padaku kenapa dan apa yang terjadi.


"Maaf ayah ibu, Nizam dah cuba yang terbaik dalam peperiksaan, tapi sayangnya Nizam tak dapat keputusan cemerlang seperti yang ayah dan ibu harapkan."

Segera ayah memelukku lalu ibu mengusap kepala ku, tangannya yang lembut mengusap membuat air mata aku tidak berhenti mengalir.

"Tidak mengapa Nizam, ibu dan ayah tidak meletakkan harapan yang tinggi, bukan kerana kami tidak mempercayai anak kami ini, namun kami mahu Nizam tahu yang kami tidak akan memaksa Nizam dalam apa pun, ibu sudah cukup bersyukur mempunyai anak walaupun dimasa tua ibu, lalu mengapa ibu perlu memaksa anak ibu ini untuk jadi yang terbaik kan?" Ujar ibu.

"Betul tu, ayah pun tidak kecewa, ayah dan ibu selalu berdoa agar kamu diberi keputusan yang bagus, tadi waktu kamu ambik air sembahyang, cikgu kamu ada telefon memberi tahu ayah bahawa kamu masih lagi mendapat keputusan yang bagus cuma kurang memuaskan, Alhamdulillah doa ayah dan ibu dimakbulkan Allah, kamu masih lagi mendapat keputusan bagus seperti yang kami harapkan." kata ayah.

10 tahun telah berlalu, berkat doa ibu dan ayah, kini aku berjaya menamatkan pengajian tinggi dalam bidang perubatan, betul lah kata orang yang doa ibu dan bapa ini mesti dimakbulkan oleh Allah. 'Terima kasih ibu, ayah sebab bagi sokongan pada Nizam.'

Pengajaran: Ibu bapa perlu beri sokongan kepada anak bagai pepohon pokok tidak akan berliuk-liuk jika tidak ditiup angin.
(Anak anak perlukan ibu bapa sebagai pendorong untuk mereka melakukan sesuatu dengan baik dan cemerlang. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada anak-anak.)

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 15, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Naluri jiwaWhere stories live. Discover now