karipap

33 8 4
                                    

(12 tahun)
tapak kaki Naqim bergerak menuju ke dalam kelas 6Vie. dia memegang erat buku teks sejarah ditangan nya . matanya meliar mencari sosok tubuh seseorang. senyuman Naqim mula memekar apabila dia terlihat seorang gadis yang melambai ke arahnya.

"halo Qim! baru balik dari bilik sejarah? " soal Yasmin.

rakan karib Naqim sejak tadika lagi. mereka mula rapat sejak peristiwa gelang itu.

Naqim senyum,
"ya. saya bukan macam awak. asyik ponteng kelas je kerja" usik Naqim.

muka ceria Yasmin bertukar menjadi wajah merajuk.

"hey, aku pergi tolong cikgu lah tadi. memandai je kau nak tuduh. " ujar Yasmin dengan rasa tidak puas hati.

Naqim senyum.

"apa-apa jela. ni, saya ada beli sedikit karipap. awak nak? "Naqim menghulurkan bekal berisi 5 ketul karipap yang sedap.

baunya semerbak satu kelas. siapa yang terlihat, pasti akan terliur.

"nyamm, macam sedap je. aku ambil satu ya? "soal Yasmin.

Naqim mengangguk. gadis itu lantas mengambil satu ketul karipap dengan tangan kanannya kemudian meletakkan karipap di atas tisu. dia menadah kedua tangannya dan membaca doa makan. sesudah sahaja dia melafazkan amin, karipap itu masuk ke dalam mulut nya. Yasmin makan karipap yang berintikan kentang itu dengan selera sekali.
tiba-tiba 3 orang budak lelaki mengambil bekal Naqim dengan kasar. situasi itu membuatkan Naqim dan Yasmin terkejut. Ryan, Mikhail dan Faris tersenyum jahat.

"wow. karipap kau ni nampak sedap. aku ambik satu ya? " soal Ryan dengan senyuman sinis.

dia memegang salah satu karipap Naqim. Naqim mengerut dahi.

"maaf, tapi tak boleh. itu bekal saya. " tegur Naqim.

Ryan memandang tajam ke arah Naqim yang berani menegurnya.

"oh, aku tak boleh makan, betina ni boleh makan pula? " soal Ryan dengan nada tidak puas hati.

telinga Naqim panas mendengar sebutan yang dipanggil oleh Ryan ke Yasmin. cukup lah buli dia seorang sahaja. tidak perlu libatkan Yasmin.

"kau tarik balik kata-kata kau. tidak elok memanggil seseorang dengan panggilan yang kurang sopan. " tegas Naqim.

dia mengepalkan penumbuk.

"oh ya? kau mahu buat apa? bagitahu guru besar? eh kau lupa ke yang aku anak guru besar? hahahahaa" sakat Ryan.

Mikhail dan Faris turut gelak tawa menegangkan lagi situasi itu. tiba-tiba satu tumbukan kuat menyinggah kemuka Ryan. Ryan terpelanting jauh dari kedudukannya tadi. Mikhail, Faris dan Yasmin terkejut melihat situasi yang tegang itu. Yasmin cuba untuk hentikan Naqim dari terus belasah Ryan.

"hey, kamu berlima! kamu buat apa tu!? " jerit seorang pengawas sekolah yang bertugas meronda kawasan tersebut.

...

"saya tak bersalah. " ujar Ryan .

penghawa dingin di bilik guru besar menaikkan lagi bulu roma mereka berlima. Guru besar, Encik Rizal mengerutkan dahinya. rotan di tangan tidak lekang.

"Yasmin, cuba kamu cerita apa yang sudah jadi sewaktu semua murid ke kantin? " soalan Encik Rizal bertuju ke arah Yasmin.

"erm, tadi saya tunggu Naqim di kelas sebab saya nak pulangkan buku latihan sains. lepastu kami borak jap. dia pelawakan saya seketul karipap. kemudian Ryan, Mikhail dan Faris datang kacau dan mengambil bekal Naqim. selepas itu,.. "Yasmin terhenti.

sekiranya dia teruskan, pasti rakannya akan digantung sekolah, ataupun hanya direkodkan dalam buku disiplin. itu akan menjejaskan akademik rakannya.

"lepastu? " soal Encik Qamar,guru disiplin sekolah itu.

Yasmin menatap ke arah guru disiplin itu dengan wajah takut. mata hitam tajam guru itu bagaikan lembing yang tertusuk ke dalam badan Yasmin.

"lepastu saya tumbuk mereka sebab mereka panggil Yasmin dengan panggilan yang kurang sopan. "ujar Naqim.

mula bersuara sejak tadi membisu. Yasmin memandang Naqim disebelahnya dengan muka yang risau. Encik Qamar dan Encik Rizal memandang antara satu sama lain.

"Yasmin, Mikhail, Faris, awak bertiga boleh ke kelas sekarang. " arah Encik Rizal.

dia tahu Yasmin tidak bersalah jadi sia-sia sahaja dia tahan gadis itu. Yasmin memandang ke arah Encik Rizal.

"Naqim pula bagaimana? " soal Yasmin dengan harapan Naqim juga dilepaskan.

"kami kena bagi mereka berdua ini tindakan. mereka sudah melanggar peraturan sekolah. " tegas Encik Qamar.

Yasmin angguk dan akur. gadis itu keluar dari pejabat dengan wajah hampa.

...

KRINGG!!
tamatlah persekolahan bagi tahun 4,5 dan 6 pada hari itu. murid-murid berlari anak ke arah pagar sekolah.
t

api tidak bagi Yasmin. dia setia menunggu seseorang di hadapan pintu pejabat. matanya tidak lekang dari memandang pintu pejabat yang berkaca hitam itu dengan harapan seseorang akan muncul. ramai guru-guru yang masuk kerana mahu hantar laporan mingguan. tambahan pula ketua-ketua kelas atau penolong yang masuk ke dalam pejabat kerana ingin menghantar buku kawalan kelas tempoh sepanjang hari itu.
akhirnya sosok tubuh yang ditunggu-tunggu menjelma. Naqim memandang Yasmin dengan pandangan yang pelik.

"aik, tak balik lagi ke? " soal Naqim.

selalu Yasmin balik awal jadi agak pelik lah bagi Naqim.

"tak, tunggu kaulah"balas Yasmin.

lagi lah Naqim kerut dahinya.

"buang tabiat ke nak tunggu aku? " soal Naqim.

Yasmin tidak menjawab dan menghulurkan beg Naqim. Naqim menyambutnya dengan senyuman dan ucapan terima kasih. mereka berjalan menuju ke pagar utama.

"kau tak perlulah.. protect aku macam tu sekali " ujar Yasmin.

ya lah, dia okay je orang panggil dia apa-apa. tapi jangan libatkan Naqim sudahlah. bukannya dia suka Naqim, cuma Naqim lah sahabat yang paling memahami nya sejak mereka berkawan di tadika dahulu.

"protect? "soal Naqim.

Yasmin angguk.

"ya lah. kau kan kawan aku. satu-satunya kawan aku yang paling faham aku. mestilah aku protect. "ujar Naqim.

dibalas dengan senyuman hambar Yasmin. dia okay kalau Naqim nak lindungi dia, tapi janganlah sampai mencederakan diri sendiri.

"kalau kau nak ,aku boleh jadi protector kau " ujar Naqim sambil memandang Yasmin.

"protector?"

"ya lah, protector. "

Your Protector | [𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄]Where stories live. Discover now