MASING-MASING di ruang meja makan yang panjang itu sibuk berbual sesama sendiri sambil menjamah sarapan pagi yang hanya dibeli sahaja dari luar . Nak masak tak menang tangan disebabkan semua penat buat kerja semalam .
" Eh ! Bila Kak ngah buat karipap ni ? Banyak pula tu " adik perempuan kepada Puan Zahara bertanya sambil mengambil karipap yang panas-panas itu .
" Ouh itu Seroja yang buat . Bila kamu bangun nak siapkan semua ni ? " semua mata di ruangan itu memandang Seroja yang menatang cawan dan diletakkan di atas meja .
Gadis itu mula malu-malu bila sekumpulan wanita itu asyik merenungnya . Tambahan pula dengan tiga orang sepupu perempuan Qaid dan Qamar .
" Err... pukul tiga pagi Seroja bangun "
" Lah yeke ? Rajin betul ! Kan aunty kata tak payah susahkan diri "
" Tapikan saya yang minta izin nak buat semalam ? Dah lama tak buat karipap pun . Tak tahulah rasa dia macam mana " Seroja berdiri memandang semua yang ada di situ masing-masing mengambil karipap inti kentang ayam yang dibuatnya . Rasa macam dia baru masuk pertandingan Master Chef dan diadili oleh ramai juri golongan wanita .
Membulat mata Qamar bila dia merasa karipap itu . Dipandang Seroja tidak sangka sebelum dia mengambil lagi karipap itu .
" Ya Allah ! Sedaplah ! Pandainya Seroja buat ! Bolehlah ajar Kak Qamar buat karipap kan lepasni ? Eish ! Serious sedap ! " masing-masing mengangguk setuju . Semua sibuk memuji karipap hasil air tangan Seroja itu .
Selepas beberapa minit , para lelaki mula pulang daripada masjid usai menunaikan solat subuh . Semuanya menuju ke dapur untuk menjamu makan pagi .
Mata Qaid bertembung dengan mata Seroja yang sedang duduk di atas meja menghirup minuman panas . Bungkusan nasi lemak diambil dan mereka mengambil tempat di ruang tamu .
" Abah ! Abah kena rasa karipap ni ! Sedap ! " Qamar berlari anak membawa satu pinggan yang penuh dengan karipap . Semua mata memandang hairan dengan bakal pengantin baru ini .
" Abah ! Rasa ! Rasa ! " disua karipap itu pada mulut Encik Al-Qassam . Abah tidak banyak bunyi dan terus mengambil karipap tersebut diiringi dua orang pakcik dan tiga orang sepupunya termasuk abangnya .
" Kau ni kecoh la dik ! Apa karipap ni permaisuri agong yang buat ke sampai tak menyabar suruh abah rasa ? "
" Abang ni bisinglah ! Ini sedap gila sumpah ! Confirm abang jatuh cinta nanti " Qaid mengambil satu dengan wajah tidak puas hati pada adiknya . Dia memandang Seroja yang menatang dulang minuman buat mereka .
Gadis itu menuangkan minuman itu tanpa dia sedar yang Qaid disisinya merenungnya saat ini . Wajah lelaki itu berubah usai menelan karipap itu .
" Sedap ! Siapa buat ? Maksu ke ? "
" Seroja buat . Sedap kan ? " dia memandang Seroja tidak percaya . Gadis itu meletakkan satu cawan air kopi buat Qaid dan saat itulah dua mata bertembung . Sepupu-sepupu Qaid juga memuji karipap hasil air tangan gadis itu .
" Sedap . Pandai Seroja buat " pandangan Seroja beralih saat Encik Al-Qassam memujinya . Dia mengukirkan senyuman segan dan mengucapkan terima kasih sebelum bawa diri berlalu ke dapur semula .
Wajahnya yang merah padam akibat bertentang mata dengan Qaid tadi ditampar lembut dengan bibir diketap rapat . Gemuruh dia bila lelaki itu merenungnya seperti itu .
Sedar perilaku anaknya , Encik Al-Qassam mencuit lutut Qaid yang tidak lepas merenung Seroja sehinggalah gadis itu hilang dari pandangan .
" Suka bagitahu , Qaid "
YOU ARE READING
QAID BUAT SEROJA
Romansa04 | QAID BUAT SEROJA [ spin off hemlock ] MEGAT QAID | SEROJA AIRIS " Kalau Allah dah kata dialah orangnya , maka dialah aku terima " Hilang jejaknya sejak dua tahun lalu bila dia mencekup seorang gadis muda yang mencuri di satu kedai serbaneka...