Tas. 1

11 2 0
                                    


"𝐀𝐲𝐲𝐚𝐬𝐡,papa dengan mama ada benda nak cakap dengan kamu" Encik Rizal memanggil anaknya yang sedang khusyuk dengan telefon pintarnya.

"Pa,ma nak cakap pasal apa?" Ayyash Aulian duduk di sofa yang empuk di ruang tamu rumah orang tuanya.

"Papa dengan mama dah buat keputusan,kami nak kamu berkahwin dengan anak kawan mama,Alora Aayana." Tersembur air yang baru ingin ditelan oleh Ayyash Aulian.

"Ma,pa apa ni? Apa suruh orang kahwin ni?" Ayyash sudah tidak senang duduk apabila hal melibatkan perkahwinan dibangkitkan.

"Ayyash Aulian bin Rizal! Kamu tu dah 32 tahun. Orang lain dah ada anak dah! Kamu tu takkan nak membujang jadi anak teruna tua?" Puan Aisyah bersuara.

"Tapi,bagi la Ayyash masa"

"Masa? Kamu kata bagilah kamu masa? Kami dah bagi kat kamu masa dari umur 26 lagi,kamu masih nak masa?" Puan Aisyah masih bersuara. Dia risau kalau anaknya menyukai jantina yang sama. Menipulah kalau dia juga tidak menginginkan cucu seperti orang lain.

"Papa dengan mama tetap dengan keputusan kami. Muktamad!" Encik Rizal bersuara pula. Dia sudah lali dengan alasan anaknya yang sama. Balik-balik dengan alasan belum jumpa yang sesuai.

Encik Rizal dan Puan Aisyah pasti yang anaknya tetap akan menerima walaupun dengan pelbagai alasan. Bukan mereka tidak tahu yang anak mereka itu tidak berminat dengan alam perkahwinan. Nak tak nak Ayyash Aulian tetap perlu berkahwin. Mereka juga mahu merasai perasaan menyambut kedatangan tetamu ke majlis perkahwinan anak mereka sendiri.

                                        ...

"Aku nikahkan dikau dengan anakku Alora Aayana binti Azmi dengan mas kahwinnya 2000 ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Alora Aayana binti Azmi dengan mas kahwinnya 2000 ringgit tunai"

"Sah?"

"Sah!" Serentak itu para tetamu yang hadir bersetuju dengan perkahwinan ini.

Sekali lahfaz Alora Aayana sudah sah menjadi bidadari buat Ayyash Aulian. Kini,mereka sepasang raja sehari telah melangkah ke alam yang mencabar.

Sedang orang riuh kerana kegembiraan tetapi tidak buat seseorang yang turut berada di majlis perkahwinan itu. Dia mencebik.

Tetapi, setujukah buat kedua-dua pengantin baharu itu? Tenteramkah jiwa mereka?

Para tetamu mula mungundurkan diri setelah menjamu sedikit juadah di rumah belah perempuan. Senyuman kedua-dua orang tua mereka tidak lekang walaupun angka sudah menunjukkan pukul dua petang.

"Umi,adik masuk bilik dulu la. Letih" Puan Laila hanya mengangguk.

                                        ...

"Ha! Penatnya," Alora Aayana menghempas badannya keatas tilam empuk didalam biliknya. Alora memandang syiling lalu memandang ruangan biliknya yang tidak besar dan tidaklah terlalu kecil.

"Tak sangka aku dah jadi bini orang. Aku tak suka dia. Aku kahwin dengan dia bukan atas kerelaan tapi sebab nak tutup mulut orang je. Ni semua salah manusia! Kalau tak aku tak perlu kahwin pun dengan jantan tak guna tu."

Alora meneliti cincin yang bertakhtakan mutiara kecil yang terletak elok pada jari kelingkingnya. Dia mencabut cincin tersebut tanpa perasaan lalu dicampakkan ke dalam tong sampah. Kejam!

"Perkahwinan kita di atas kertas,Encik Ayyash Aulian. Aku bersumpah yang aku takkan pernah jatuh cinta dan tunduk dekat kau." Alora lantas bangun menanggalkan baju pengantin lalu membersihkan diri.

                                        ...

"Ayyash,masuklah bilik dulu. Pergi mandi segarkan badan. Kamu tu raja sahari,tinggal je semua ni. Sian isteri kamu duduk sorang-sorang dalam bilik tu." Abang iparnya menegur Ayyash yang dari tadi tidak henti ringan tulang.

"Eh,tak apa lah abang Naim,saya masih larat lagi ni."

"Ke kamu nak mengelat dari bertembung dengan adik abang?"

Dum! Seperti bom nuklear meletup kedalam hati Ayyash.

"Mana ada lah. Takkan saya nak tinggalkan semua ni. Apa orang kata nanti. Selagi saya masih larat,saya akan tolong mana yang boleh."

"Ayyash pergi masuk bilik tukar baju kamu tu. Dari tadi mengemas lagipun esok kamu kena bangun awal nak bersiap untuk bersanding. Pergilah berehat. Kamu tak tolong bukannya jadi masalah,ada ramai yang tengah tolong,pergilah rehat." suara garau milik Encik Azmi menegur.

"Baiklah,abi." Ayyash Aulian akhirnya mengalah.

Takdir Ayyash AulianWhere stories live. Discover now