𝐏𝐢𝐧𝐭𝐮 bilik dikuak perlahan-lahan. Gelap.
"Apa yang gelap ni? Dia dah tidur ke?" Ayyash meraba-raba mencari suis lampu.
"Ha, kan cerah macam ni baru lah orang nampak."
"Dia dah tidur rupanya. Baru nak ajak solat berjemaah,lain kali jelah Ayyash." Ayyash bergerak menuju ke bagasi miliknya lalu mengambil pakaian.
...
"Ya Allah,bantulah aku dalam mendirikan rumah tangga yang harmoni. Bantu lah aku dalam membimbing isteriku ke jalan yang benar. Sekiranya aku sesat maka kau tunjukkan lah jalan yang sebenar-benarnya agar hamba mu ini tidak terpesong. Kau berikanlah kekuatan kepada ku agar masjid yang baru dibina ini tetap ukhwah walaupun ujian melanda. Ya Rabb,berikanlah aku petunjuk sekiranya aku salah dalam mendidik isteriku. Jadikan lah aku suami yang soleh. Bantu lah hamba mu yang sedang menagih cintu mu ini. Amin amin ya RabbalAlamin." Kedua-dua tapak tangan disapukan kemuka.
Sedang dia melipat sejadah,
"Kau tak payah la minta dekat Allah supaya kau boleh didik aku." Ayyash Aulian menoleh kearah suara tersebut. Terlihat sosok tubuh milik isterinya yang sedang duduk di bucu katil."Bila awak bangun? Kenapa awak cakap macam tu?" Ayyash mengerutkan keningnya. Dia tidak faham dengan kata-kata yang baru keluar dari mulut isterinya.
"Kau tak payah la nak acah-acah. Kau kena ingat yang kita ni kahwin atas kertas je,jadi tak payah nak jadi suami yang sebenar-benarnya."
"LailahaillahAllah,awak tahu tak apa yang awak cakap sekarang ni? Kalau awak tak mahu kahwin 𝚝𝚑𝚎𝚗 kenapa awak terima perkahwinan ni? Kenapa tak jujur je dengan umi abi?" Sungguh dia benar-benar tidak menyangka isteri yang baru di nikahinya berani berkata begitu.
"Aku terima perkahwinan ni sebab aku nak tutup mulut orang-orang dekat luar sana! Aku tak pernah dan tak akan pernah terima perkahwinan ni! Kau bukan orang yang aku cintai!" Bergema suara Alora Aayana didalam bilik tidurnya.
Berderau darah dan jantung Ayyash bagai terhenti buat seketika. Sungguh saat ini dia benar-benar buntu. Baru sahaja masjid dibina,dia telah diuji dengan dugaan yang direka oleh isterinya sendiri. Hatinya sedikit terguris apabila mendengar tengkingan isterinya,nasib baiklah bilik tidur isterinya ini mempunyai pendekap suara.
"Bawa mengucap Alora Aayana."
"Aku bukannya dah nazak! Tengok muka kau ni buat aku rasa serabut!" Alora mencampak toto yang baru dicurinya didalam bilik orang tuanya. Dia tidak mahu gambar perkahwinannya esok terlihat buruk disebabkan Ayyash sakit belakang walaupun dia amat benci akan sosok lelaki didepannya itu. Mahu tidak mahu dia terpaksa memberikan toto.
Malam itu,hujan membasahi awan. Alam benar-benar memahami perasaan Ayyash Aulian ketika ini. Dia tidak menangis tetapi dia kecewa dan buntu mengapa isterinya benar-benar membencinya walhal mereka tidak pernah berbual atau mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Dia harus siasat siapa yang berada di dalam hati dan fikiran isterinya.
...
"Tak sangka an kau dah jadi suami orang,Ayyash. Aku bangga doh dengan kau!" Eiman menepuk bahu sahabatnya sejak dari bangku sekolah rendah. Sahabat susah dan senang katakan.
"Aduh! Ada yang kena liku dengan aku sat lagi ni!" Ayyash menjeling rakannya kerana menepuk bahunya terlalu kuat.
"Apa la kau ni,sakat tepuk macam tu pun dah lembik ni macam mana nak pikul tanggungjawab suami?" Ayyash hanya buat endah tak endah.
"Kau sure dengan pilihan 𝐩𝐚𝐫𝐞𝐧𝐭𝐬 kau ni? Kau tak was-was ke?" Eiman memecahkan jeda yang menemani mereka.
"Kenapa pula nak was-was? Pilihan orang tua kan lebih baik dari pilihan kita?" Ayyash sudah mengerutkan dahinya.
"Tapi tak semua pilihan keluarga tu yang terbaik. Kadang hidup anak kucar-kacir disebabkan pilihan dan kehendak orang tua sendiri. Kan lebih baik kalau anak dan orang tua setuju?" Perbualan mereka sudah semakin tegang apabila hal jodoh dibangkitkan.
"Apa yang kau cuba nak sampaikan ni? Kau tahu apa-apa ke?" Ayyash Aulian sudah menunding jari telunjuk ke arah Eiman.
"Aku cakap je..."
"𝐈'𝐦 𝐧𝐨𝐭 𝐛𝐨𝐫𝐧 𝐥𝐚𝐬𝐭 𝐧𝐢𝐠𝐡𝐭,𝐄𝐢𝐦𝐚𝐧. 𝐎𝐮𝐫 𝐟𝐫𝐢𝐞𝐧𝐝𝐬𝐡𝐢𝐩 𝐢𝐬 𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐭𝐡𝐚𝐧 𝐚 𝐝𝐞𝐜𝐚𝐝𝐞. 𝐖𝐡𝐚𝐭 𝐚𝐫𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐡𝐢𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐟𝐫𝐨𝐦 𝐦𝐞 𝐚𝐜𝐭𝐮𝐚𝐥𝐥𝐲?"
"Aku tak sem-" baru sahaja Eiman ingin menyambung ayatnya,tiba tiba bapa mentua Ayyash Aulian ingin berjumpa dengan Ayyash.
"Aku pergi dulu la. Pape 𝐜𝐚𝐥𝐥 je aku" Eiman melangkah keluar dari bilik 𝐡𝐨𝐦𝐞𝐬𝐭𝐚𝐲. Bilik pengantin tidak boleh digunakan kerana telah dihiasi dengan pelbagai aneka bertemakan perkahwinan.
"Ayyash,boleh abi nak berbual dengan kamu?"
"Abi nak berbual pasal apa? Macam 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 je ni"
"Ayyash,abi nak minta maaf kalau kamu terpaksa kahwin dengan anak abi. Abi minta maaf sangat-sangat. Ayyash satu-satunya lelaki yang boleh bimbing anak abi tu."
"Kenapa abi cakap macam tu?"
"𝐒𝐨𝐨𝐧,𝐲𝐨𝐮 𝐰𝐢𝐥𝐥 𝐤𝐧𝐨𝐰 𝐞𝐯𝐞𝐫𝐲𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠. 𝐍𝐨𝐰,𝐈 𝐣𝐮𝐬𝐭 𝐰𝐚𝐧𝐭 𝐲𝐨𝐮 𝐭𝐨 𝐟𝐨𝐜𝐮𝐬 𝐨𝐧 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐧𝐞𝐰 𝐣𝐨𝐮𝐫𝐧𝐞𝐲,𝐜𝐚𝐫𝐞𝐞𝐫 𝐚𝐧𝐝 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐫𝐞𝐥𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐬𝐡𝐢𝐩 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐦𝐲 𝐝𝐚𝐮𝐠𝐡𝐭𝐞𝐫."
"Kalau kamu rasa kamu dah tak boleh nak jaga dan lindungi Alora Aayana,kamu lepaskan dia ke abi. Tapi,lepaskan dia dalam keadaan dia masih sihat dan ceria. Didik dia dengan cara yang betul. Kalau perlu marah dia,marah la tetapi jangan lah sampai memukul. Lepaskan dia dengan cara yang baik macam mana abi lepaskan dia dengan cara yang baik ke tangan kamu. Macam mana abi dan umi lepaskan dia dengan sihat,macam tu juga kamu lepaskan dia. Kamu kena ingat satu benda ni je. Selagi masih boleh dibaiki,baiki la sehabis baik. Jaga lah masjid ni dengan sebaik-baiknya." Encik Azmi meninggalkan Ayyash Aulian dalam 1001 persoalan yang berliga didalam minda.
YOU ARE READING
Takdir Ayyash Aulian
RomanceAyyash Aulian yang berusia 32 tahun dipaksa oleh orang tuanya untuk berumah tangga walhal dia tidak mempunyai minat dan tidak pernah terdetik untuk berkahwin. Demi menghentikan kerisauan ibu bapanya,akhirnya Ayyash menurut permintaan mereka. --- Alo...