Bab 1 Aulia Azzahra

21 0 0
                                    

Aulia Azzahra terbangun dari tidurnya setelah terdengar laungan azan subuh dari masjid yang terdekat. Dia bergegas bangun untuk menunaikan solat yang wajib itu. Dia meregangkan otot tangannya dan menuju ke bilik air yang terletak di sudut biliknya.

Tok tok tok

"Aulia, kamu sudah bangun ke?" Laungan suara dari luar bilik Aulia kedengaran hingga ke gendang telinga Aulia.

"Aku sudah bangun ma!" Sahut Aulia terasa lemah.

"Cepat solat, bantu mama di dapur buat sarapan." Kata mama dari luar bilik.

"Baik ma, kejap lagi Aulia keluar." Aulia segera menunaikan solat subuh, setelah itu dia keluar dari biliknya sebelum ibunya berteriak lagi.

"Mama nak masak apa?" Tanya Aulia duduk di bahagian set meja makan yang berada di dapur.

"Mama nak buat nasi lemak pagi ini, Aulia bantu mama tanggalkan kepala ikan bilis ni." Kata ibu menyerahkan sebungkus kecil ikan bilis kering yang belum di siang.

"Okay ma!" Sahut Aulia malas.

"Jangan malas-malas, tak pasal-pasal jadi anak dara tua nanti." Sahut ibu berseloroh.

"Abang Zaid sudah bangun solat ke?" Tanya Aulia pada mamanya.

"Mama dah gerakkan tadi, tapi tak tahulah kalau masih sambung tidur." Sahut mama pada Aulia.

Ahmad Zaid adalah satu-satunya abang Aulia dan telah bekerja di bandar sebagai seorang jurutera bangunan. Akan balik ke kampung apabila ada cuti atau hari besar seperti hari raya atau sambutan perayaan lainnya.

Aulia membersihkan kepala ikan bilis sambil termenung mengingatkan dia ada janji dengan Zakaria pada petang harinya. Zakaria kata, ada benda yang dia nak cakap dengan Aulia.

Aulia tak sabar untuk menunggu petang, walaupun dia dan Zakaria sudah menjalinkan hubungan percintaan selama 5 tahun tetapi mereka jarang berjumpa kerana mengelakkan daripada fitnah.

Setelah siap menyiang ikan bilis kering, Aulia segera masuk ke biliknya semula untuk bersiap-siap pergi bekerja. Dia telah bekerja di sebuah syarikat sebagai seorang pereka fesyen dan di beri tanggungjawab untuk mengurus sebuah butik hampir 2 tahun lamanya. Walaupun Aulia sudah hampir 2 tahun bekerja sebagai pereka fesyen di butik tersebut, tetapi dia belum pernah sekali pun berjumpa dengan atasannya kerana dia hanya akan bertemu dengan assistant manager syarikat tersebut.

Aulia Azzahra tak pernah terfikir untuk mengambil tahu siapa atasannya kerana setiap bulan dia tetap akan menerima gaji yang cukup lumayan untuk menampung perbelanjaannya setiap bulan.

Aulia segera bersiap dan memakai pakaian yang simple sahaja untuk pergi bekerja, mereka tidak ada di beri pakaian seragam untuk menjaga butik tersebut.

"Aulia, jom sarapan." Ajak mama setelah melihat Aulia sudah siap untuk berangkat bekerja.

Aulia segera menuju ke meja makan dan menyantap nasi lemak buatan mamanya. Setelah siap bersarapan Aulia terus bergerak untuk memulakan rutinnya setiap hari.

"Ma, Aulia gerak dulu...takut terlambat." Aulia menyalam hormat tangan mamanya kemudian pergi bekerja menaiki kereta Myvi yang dia beli secara second hand. Baginya yang penting dia selesa pergi dan balik bekerja.

_______________________________

Di butik itu, Aulia mempunyai seorang teman yang sama-sama bekerja sebagai cashier iaitu Sofia. Seorang yang ceria dan mulutnya cukup laser tak ada lesen.

"Sofia, dah lama tunggu?" Aulia baru sahaja sampai di butik tersebut kerana Aulialah yang di beri amanah untuk memegang kunci Butik Baiduri.

"Baru juga aku sampai, first time kau lambat sampai Aulia." Ucap Sofia mengikuti langkah Aulia masuk ke butik Baiduri tersebut.

"Tadi jem la, seperti biasa orang semua kejar masa." Kata Aulia sambil mengeluh.

"Kamu tahu ke Aulia, kata Razi assistant manager syarikat butik Baiduri ni, CEO Encik Mahmud akan datang melawat butik hari ini."

Aulia memandang hairan pada Sofia.

"Bila Encik Razi datang ke sini? Kenapa aku tak tahu?" Aulia memandang Sofia sambil berkerut dahi.

"Semalam Aulia, time kau pergi menghantar baju Datin Kamariah."

"Oh, patutlah aku tak tahu!" Kata Aulia sambil mengangguk perlahan.

"Maaf Aulia, aku terlupa beritahu kau." Kata Sofia melihat Aulia yang tengah menggantung pakaian stok terbaru.

"Tak apa Sofia, lagipun Encik Mahmud cuma nak melihat perkembangan Butik Baiduri ini saja."

"Betul, mereka akan sampai dalam jam 2 petang macam tu.. kau dah janji dengan Zakaria jam berapa?"

"Aku janji dengan dia jam 5.30 petang setelah butik ini tutup." Jelas Aulia pada Sofia.

"Okaylah tu, ada masa 30 minit kau boleh berhias." Seloroh Sofia yang mendapat cubitan kecil di bahunya.

"Aduuh Aulia, aku gurau saja pun kau ambil serius." Kata Sofia sambil tergelak.

Aulia tersenyum melihat tingkah Sofia yang sentiasa ceria, seperti tidak pernah menghadapi masalah.

Aulia duduk melamun di sofa bahagian tengah butik tersebut. Sudah lebih 2 minggu dia tidak bertemu dengan Zakaria, hanya pesanan ringkas whatsapp sahaja yang menjadi tempat bertanya khabar. Itu pun dalam seminggu Aulia boleh kira berapa kali Zakaria akan menghubunginya.

Tidak pernah terlintas di fikirannya mengesyaki Zakaria yang bukan-bukan, kepercayaan adalah kunci bagi setiap hubungan yang terbina.

Mamanya Puan Aminah sering bertanya pada Aulia, bila agaknya Zakaria akan menghantar rombongan untuk datang merisik. Bukan Aulia tidak sabar, tapi Aulia sudah jemu mendengar bebelan mamanya.

Tepat jam 2 petang, Aulia di kejutkan dengan kedatangan Datin Baiduri dan seorang anak lelakinya yang datang melawat Butik Baiduri bersama dengan Encik Razi.

"Assalamualaikum Aulia Sofia!" Sapaan dari Encik Razi mengejutkan mereka berdua.

"Waalaikumsalam... Oh Encik Razi, maaf tak sedar tadi...masuk Encik!" Ramah Aulia menyapa.

"Tolong sediakan tempat duduk untuk datin dan tuan mahmud.

"Silakan Datin, tuan!!"

Aulia dengan sopan menyediakan tempat duduk untuk Datin Baiduri dan anaknya Encik Mahmud Al-Farizi merangkap sebagai CEO tempat dia bekerja.

"Terima kasih Aulia!" Ucap Datin Baiduri ramah.

"Macam mana keadaan butik kita?" Tanya Encik Razi selaku assistant manager ceo kedengaran tegas.

"Alhamdulillah semuanya baik encik."

"Boleh tengok rekod keluar masuk pendapatan harian dan bulanan Butik Baiduri?" Tanya Encik Razi sebagai orang kepercayaan Encik Mahmud.

Aulia mengeluarkan sebuah fail yang mencatatkan semua data keluar dan masuk Butik Baiduri. Mahmud hanya membisu tanpa ada sedikit pertanyaan pun, dia hanya meneliti apa yang di serahkan oleh Razi sambil mengangguk-ngangguk perlahan.

Aulia Azzahra dan Sofia berdiri di tepi  memandang Mahmud yang meneliti data keluar masuk Butik Baiduri.

"Macam mana Mahmud?" Tanya Puan Baiduri yang berada di sebelah Mahmud.

"Okay!" Hanya 1 kata yang terkeluar dari mulutnya sambil mengangguk perlahan.

Dahi Datin Baiduri berkerut.

"Okay saja Mahmud?" Tegur Datin Baiduri tak puas hati.

"Semua data yang di rekodkan okay, tak ada kesilapan yang Mahmud temui." Jelas Mahmud dengan detail.

Rindu Yang TercalarWhere stories live. Discover now