Kelihatan Boboiboy yang sedang duduk di depan mejanya sambil membuka sebuah hologram. Nampaknya dia sedang membuat Spacelog.
"Selamat malam semua! Kembali lagi ke Spacelog kali ini! Ehehe.... maaflah sebab dah lama tak buat spacelog untuk korang semua. Banyak....benda berlaku kebelakangan ini"
Rasanya sudah lebih 4 bulan dia tidak up Spacelog disebabkan kerjanya di TAPOPS. Bermula dari accident Kapten Vargoba, Retak'ka, proses menyembuhkan Rimbara, Qually, Windara, Kira'na dan semua, membuatkan dia penat dan tidak sempat untuk buat hobi barunya di angkasa itu.
"Dan aku dah berjaya buka tahap ketiga kuasa aku! Walaupun...belum semua, tapi ianya percampaian yang boleh tahan, kan?!"
Hanya dia sahaja yang berada di bilik itu, dan bercakap dengan dirinya sendiri, seperti ada yang mendengarnya.
"Semuanya seperti mimpi menjadi nyata! Bermula sejak dari aku pertama kali dapat kuasa aku, aku tak sangka yang kuasa aku ada 3 tahap dan 7 element! Tambah lagi, kuasa ini sepatutnya milik 7 orang yang berbeza! Tak ke gila macam tu?! Dan semuanya dikumpulkan di dalam jam ini?! Wow...."
Dia mengusap jam kuasa itu lembut, seperti jam kuasa itu adalah mahluk yang hidup.
"Oh! Satu lagi! Korang mesti tak percayakan ni! Hah, nak tahu apa tak? Cer teka! Cer teka! Hah, dah dapat teka dah? Yep! Ayah aku rupanya selama ini berkerja di tempat sama dengan aku! Di banggunan ini! TAPOPS! Dan dah lama menjadi pelindung Galaxy?! Korang boleh percaya tak?!"
Kelihatan wajahnya sangat sangat bersemangat. Dia menceritakan itu dengan wajah gembira, dan dia kelihatan tidak boleh berhenti dari tersenyum.
Macam mana dia boleh tahu?
Mari kita lihat flashbacknya dulu.
.
.
.
.
.
.
.Flashback sebulan yang lalu, betul betul selepas kejadian bersama Kira'na.
TAPOPS tidak jadi dibubarkan.
Semua ahli PPU berasa sangat lega dengan keputusan akhir itu.
Mereka mengucapkan ucapan selamat tinggal yang terakhir sebelum pulang ke Planet masing masing.
Sebelum para ahli TAPOPS masuk ke dalam kapal angkasa, mereka diberhentikan oleh Kokoci.
"Korang. Tunggu dulu"
Sebagai bawahan, mereka pun melihat ke arah atasan mereka itu.
"K-kenapa Commander?" Fang, yang pertama membalas Kokoci, walaupun dengan nada sedikit tergagap akibat Kokoci yang tiba tiba memanggil mereka.
"Kita ada berita gembira. Kita tak akan pulang ke Station TAPOPS dahulu" Kokoci mengatakan itu dengan senyuman gembira.
"Tak balik ke Station TAPOPS? Apa maksud Commander?" Ying pula bertanya.
"Heh. Korang akan tahulah nanti" kata Kokoci sambil memasang cermin mata hitam keduanya ke matanya.
.
.
.Benar kata Kokoci, mereka tidak menuju ke Station TAPOPS.
Tapi ke Tempur-A.
"Wahhhhh!" kawan kawan Boboiboy kelihatan kagum melihat banggunan itu. Memandangkan ianya adalah kali pertama mereka ke sana.
Tapi tak kepada Fang, kerana dia dan Kaizo dah pernah ke sana beberapa kali.
YOU ARE READING
Autophobia : If Only I Can Reverse Time (Timebot Au)
Fiksi PenggemarMesti rasa sedih kan bila tidak dapat luangkan masa bersama keluarga macam dulu dulu? Tetapi, sebuah power sphera telah muncul di dalam hidupnya untuk selesaikan masalah itu. Tapi, sampai bila? Adakah rancangannya akan terbongkar?