9♡

3 2 0
                                    

*warning(?)*

3 hari selepas pertemuan Lyna dan Doktor Han

Doktor Han pov

Bibir aku terjungkit ke atas apabila melihat dia terkebil kebil memandangku sebelum pintu lif tertutup tadi. Pagi tadi, kuhabiskan masa bersama anaknya. Petang hari, terserempak dengan mamanya pula. Bukan dirancang pun, tapi apabila terpandangkan keretanya baru masuk parkir, aku memerhati dalam diam.

Dekat lima minit, dia tidak juga keluar Hatiku berasa tidak sedap. Melihat dia menelungkupkan muka di stereng kereta, aku tahu ada yang tak kena. Mungkin masalah di pejabat. Aku ketuk cermin kereta, dan kelihatan wajahnya pucat. Terkejut melihat aku

Aku mahu bertanya masalahnya tetapi keadaan tak mengizinkan. Aku mengejar masa untuk ke hospital. Tapi sempat aku ingatkan dia tentang lamaranku dulu. Terkebil- kebil dia memandangku Cute! Tak puas aku memandang

Hati berdetak, hingga terlepas kata "tingkat 7, atas awak" Aduhai Double meaning pula jadinya. Segera aku beralih berdiri di belakangnya, mendorong dia melangkah ke lif Namun haruman tubuhnya membangkitkan naluri lelakiku Aku kena cepat bergerak ke hospital.

"Saya tunggu jawapan daripada awak Dan pastikan jawapannya 'ya' Saya tak terima jawapan "tidak"." bisik aku perlahan, berusaha menahan diri daripada menariknya ke dalam pelukanku

"Saya ke hospital dulu, jaga diri Peluk cium Lyna untuk saya. Nombor telefon saya masih lagi sama. Anytime boleh call. Dan kita akan selalu bertemu selepas ini. Ingat kata-kata saya ni dan jangan cuba nak lari lagi," pesanku

Tentu dia tidak menyangka akan terjumpa aku di sini Sebulan tempoh masa aku berikan, tapi tiada inisiatif daripada wanita itu untuk menghubungi aku. Jadi aku kena mengorak langkah sendiri

Hati si anak sudah bermastautin dalam hati aku. Hati mamanya pula, masih lagi beku. Tak mengapa, satu hari nanti akan cair juga. Salam kuhulurkan pasti bersambut dan pelawaanku untuk bersamanya akan diterima.

Tapi tadi, mama Lyna kulihat macam ada masalah Fikirannya seperti terganggu Jelas wajahnya terkejut dan ketakutan ketika aku mengetuk tingkap keretanya Memikirkan keadaannya tadi, membuatkan keinginanku semakin kuat untuk melindungi ibu dan anak itu. Biar mereka berasa selamat.

"Ai doktor' Ceria hari ni?" Teguran misi aku balas dengan senyuman

"Dah berjaya cari Lyna ke?" Teka mereka

Sengihanku semakin lebar dan aku anggukkan kepala "Tadi dah terjumpa mamanya," meleret jawapanku mengingatkan mama Lyna.

"Oh, patutlah! Dah hilang angau tu?" Mereka ketawa

"Angau takkan hilang selagi mereka tidak berada di dalam rumah saya."

Mereka ketawa Berbual dengan mereka dapat menghilangkan stress kerja. Bukan senang untuk menguruskan ramai pesakit dalam satu masa Pesakit pula bermacam ragam dan kerenah, tetapi para jururawat ini dapat menguruskan mereka dengan baik

"Betul tu Sebab itulah kena cepat kahwin, baru boleh bawa masuk ke rumah. Mamanya pula ke bilik tidur. Lama sangat tilam tu sejuk malam-malam. Kena kasi panas setiap malam nanti," usikan Kak Zawiah, jururawat yang paling senior, mengundang ketawa mereka semua.

"Siang pun kena exercise jugak ni. Dah 5 tahun tak exercise, kena double triple" Aku melayan usikan mereka.

"Haha Jadi kena sediakan awal-awal tonik tongkat Ali tu doktor Takut pancit tengah jalan nanti." Pecah lagi tawa mereka

Bukan main lagi mereka mengusik. Muka aku sudah terasa panas dan kebas. Aku geleng kepala Tidak mahu melayan lagi, takut semakin meleret-leret.

Aku berjalan melihat pesakit cilik di bawah jagaanku. Melihat sekilas fail mereka dan catatan di dalamnya. Aku berpuas hati, doktor pelatih di bawah seliaanku telah melakukan tugas mereka seperti yang diarahkan.

                         ✧・゚: *✧・゚:*

Eliana pov

"Kau ni kenapa? Sejak balik tadi, diam je. Lelaki gatal tu ganggu kau lagi ke?" Nida menyoalku.

Aku berpaling melihatnya. Lyna sudah tidur awal-awal lagi. Keletihan. Menurut Kak Nani, Niny bermain air di kolam tadi. Tidak pula aku tanyakan lebih lanjut bila melihat Lyna lebih ceria daripada biasa.

Aku angguk

"Kau tak boleh biarkan benda ni berlarutan Kema laporkan kepada HR Bar HR ambil tindakan. Sexual harassment di tempat kerja."

"Aku jumpa Doktor Han di tempat parkir tadi beritahuku, tanpa menghiraukan apa yang Bella katakan tadi

Memang aku sudah nekad mahu melaporkan salah laku zaquan kepada pihak HR esok. Semakin aku mendiamkan diri, semakin melampau perangainya, hinggakan sengaja membiarkan seluarnya tak berzip.

"Apa

"Aku jumpa Doktor Han kat bawah tadi." Aku ulang sekali lagi.

"Maksud kau, Doktor Han uncle doktor Lyna tu?"

Bella inginkan kepastian.

Aku angguk. Doktor Han yang setiap masa Lyna sebut. sampai mengigau mimpikan uncle doktor.

Bella tersengih lebar. Hampir bertepuk tangan mendengar jawapanku

Aku julingkan mata ke atas Tanda tak suka. Mengingatkan amaran Doktor Han tadi, aku jadi seram sejuk Memang aku tak mampu melarikan diri lagi. Menyewa di sini aku rasa selamat. Banyak kemudahan dan dikelilingi jiran-jiran yang baik Kak Nani pun tidak berkira masa menjaga Lyna.

"Dia buat apa di sini? Datang cari kau dan Lyna?"

"Tak Dia tinggal di sini. Tingkat 7"

"Baru pindah ke? Kenapa aku tak pernah nampak pun?" Komen Bella.

Aku angkat bahu. Manalah aku tahu. Aku baru sahaja beberapa bulan pindah ke sini.

"Katanya dah 5 tahun dia tinggal di sini "

"Seriuslah wei, aku tak pernah jumpa dia" Nida mengubah duduknya, bersila di atas sofa menghadap aku di sebelahnya.

Aku jeling. Macamlah aku tidak tahu rutin harian Nida, pukul 5 pagi keluar, 8 malam baru balik kerja. Hujung minggu pula, kalau tak terbongkang atas katil sampai ke tengah hari, dia keluar dating dengan tunangnya sampai ke malam. Tak pun, menghadap TV menonton drama Turki di Netflix. Mana nak jumpa orang dan bersosial dengan jiran. Itu pun nasib baik Bella ada abang tinggal di sini. Kak Nani itulah isteri abang Bella, yang juga pengasuh Niny.

"Dia datang ketuk tingkap kereta aku tadi. Gaya macam nak pergi kerja," ceritaku.

"Mesti smart handsome kan?" Bukan main lagi tu orang ni Sempat lagi puji lelaki lain. Kalau dengar de tunang dia, mesti cemburu.

Aku jeling Bella

"Lyna, kalau tahu ni mesti melompat suka dia" Bella pula terlebih suka. Macam dia pula yang angaukan Doktor Han.

"Kau jangan cerita pada dia lagi. Nanti-nantilah."

Eh! Kenapa pula hati aku tersentap? Terasa kena cucuk dengan jarum pula dada ni bila melihat wajah Bella terlebih senyum. Mata pula bercahaya macam orang jatuh cinta.

"Eh, sekejap! Kau cakap tadi Doktor Han tinggal di tingkat 7, kan? Entah-entah sebelah rumah Kak Nani," agak Bella.

Mendengar kata Nida, terus menderu darahku naik ke kepala .Apartment ini, setiap tingkat hanya mempunyai 5 buah rumah sahaja. Jadi kebarangkaliannya agak tinggi. Tambah pula rumah Kak Ani di tengah-tengah.

"Aku rasa kau dengan Doktor Han memang berjodohlah. Kau dah tak boleh lari."

Kata-kata Bella itu membuatkan aku teringat 'amaran mesra' Doktor Han. Tubuh aku tiba-tiba terasa hangat. Apatah lagi bila mengingatkan pandangan menikam Doktor Han tadi.

                           ✧・゚: *✧・゚:*

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 20, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝓗𝓪𝓹𝓹𝓲𝓷𝓮𝓼𝓼 ✾Where stories live. Discover now