Setelah kereta bergerak, perlahan-lahan tangisan Delyn mula berhenti.
Dalam tak sedar mata mula memberat dan akhirnya tertutup. Dia tidur tanpa sedar yang kepalanya telah terlentuk di bahu Arash.
Arash yang mula mula cuba untuk menolak kepala Delyn, akhirnya membiarkan saja.
Setelah dalam beberapa jam, tibalah kesemua kereta mewah itu di pintu masuk utama PRIVATE KING AIRPORT.
"heh,bangun... Dah sampai.. cepat, flight lagi 20 minit je.." Arash mengejutkan Delyn.
Cepat cepat dia membuka mata. Merah pipinya bila dia tahu yang Arash membiarkan nya tidur di bahunya.
"Sorry, I tak ada niat pun nak tidur dekat bahu you." Delyn meminta maaf.
Dia tidak menjawab. Malah, pintu kereta terus dibuka dan dia keluar.
Melihat tindak tanduk suaminya itu, dia juga turut melakukan perkara yang sama..
Sebaik kaki diturunkan dari kereta, mata kelabu nya mula terbuntang luas memandang sebuah bangunan yang cukup besar dan luas.
Tertulis di atas pintu masuk kaca yang berpusing itu'PRIVATE KING International Airport'
PRIVATE KING? Setahu Delyn, itu adalah syarikat penerbangan milik Arash. Tetapi dia tidak tahu pula yang Arash juga mempunyai lapangan terbang di bawah namanya.
Sebaik semua lelaki bersuit hitam itu mengangkat beg mereka, kesemua mula menapak masuk ke lapangan terbang itu.
Bertemakan moden, berwarna hitam, lantai yang cukup berkilat, mempunyai banyak tingkat, tetapi lapangan terbang ini seolah tiada orang.
Kalau ada pun sikit saja. Kenapa?
"Welcome Captain.." tegur seorang pekerja wanita yang memakai baju kemeja beserta coat berwarna merah jambu.
Nak kata peramugari bukan, entah apa lah jawatannya agaknya.
"My flight ready? I need to got now, I don't want to be late.." Kata Arash.
"Dah captain, flight captain akan terbang lagi beberapa minit je." Wanita itu membalas.
Kaki panjang Arash mula melangkah laju menuju ke sebuah lift. Lift itu mempunya password. Bukan nombor tetapi perkataan dalam bahasa yang tidak difahami Delyn.
Sebaik lift terbuka, mereka semua masuk.
Pelik sungguh, lift itu tiada nombor tingkat, malah tertulis,
2nd floor - business flight (PRIVATE QUEEN)
3rd floor - first class flight (PRIVATE KING 1)
4th floor - Personal jet flight (PRIVATE PRINCE)
5th floor - CEO personal flight (PRIVATE KING JET)
YOU ARE READING
CAPTAIN ARASH'S ONLY LOVE ✓
Romance[Pattenson Family vol. 1] "Kenapa you benci I sangat? Hina sangat ke I ni di mata you?" - Delyn Fawara - "Yes. Memang kau hina. Nak tahu kenapa? Sebab kau tu perempuan murah sama je macam mak kau tu. Dua-dua sundal tak bermaruah." - Arash Mika...