BAB 15

79 10 0
                                    

Mereka mula mengemas barang untuk pulang ke Malaysia. Segala barang yang mereka beli di Istanbul, sudah dimasukkan ke dalam beg. Selepas mengemas barang, masih banyak waktu untuk membeli - belah sebelum mereka pulang dan Farhan membawa Zureen ke satu tempat.

Destinasi mereka ialah Yadikule Fortress atau dikenali sebagai The Fortress of Seven Towers dibina pada abad kelima sewaktu pembesaran dan perluasan bandar pada era Empayar Roman Timur. Sehingga ke hari ini, tembok Yedikule Fortress ini telah diruntuhkan oleh musuh dan dibina semula beberapa kali. Panjang tembok Yedikule Fortress ini adalah sekitar 22 kilometer.

Gambar ditangkap menggunakan telefon pintar milik Farhan sebagai tanda kenang-kenangan mereka disitu. Pelbagai reaksi comel dan lucu sepanjang mereka pulang ke Malaysia dan memandangkan percutian mereka sudah tamat.

Zureen duduk di atas katil bahagianya lalu melipat dan meletakkan pakaiannya ke dalam beg bagasi. Sedang dia mengemas barang-barangnya , Farhan mahu mengambil jam tangan yang berada di atas meja lampu Zureen tetapi dia berat tulang sehingga dia menaiki katil. Dia merangkak dan semakin menghampiri Zureen yang sedang mengemas baju. Tidak selesa dan ketakutan yang mula dirasai dari diri Zureen, dia segera menutup mata dan seakan-akan redha apa yang dilakukan oleh Farhan.

Jam milik Farhan dapat dicapai dan dia baru sedar, mukanya agak rapat dengan wajah Zureen. Melihat isterinya dalam ketakutan sehinggakan menutup mata dengan rapat lalu dia tersenyum gatal.

"Kenapa takut kena cium ke?." Zureen hanya mampu berdiam diri dan tidak tahu menjawab apa.

"Ke kau nak aku buat sekarang?." katanya lagi lantas dia mengambil apa-apa yang paling dengan tangannya dan menampar pipi Farhan menggunakan pakaian yang diambil secara rawak.

"Auw!. Sakitlah!." menjerit kesakitan dan mengusap pipinya.

"Ya Allah!. Suami aku!. Awak sorry awak!." sedar Zureen melihat suaminya dan mencuba mengusap - usapkan pipi Farhan.

"Kau ni kenapa?. Bukan kita belum kahwin, dah kahwin dah pun!. Apa salahnya suami cium isteri?."

"Tak cukup lagi ke awak cium saya masa nikah tu?!."

"Not the same."

"Gatal!. Saya tahu!. Tapi saya.. tak ready lagi.." pasrah Zureen.

"So, kau nak lah ada anak dengan aku?." senyum lagi membuatkan Zureen enggan memberikan jawapan itu sekarang.

Setelah berjam-jam lamanya di pesawat, pemandu Farhan sudah lama bersedia untuk menyambut kepulangan anak majikannya. Mereka bergegas pulang ke rumah keluarga Zureen terlebih dahulu dan kemudian mereka pulang ke rumah keluarga Farhan. Apabila mereka sudah sampai, mereka mendapati sebuah kereta BMW berada tepat di hadapan rumahnya lalu menimbulkan tanda tanya.

"Macam kenal kereta ni. Nombor plat pun aku kenal. Tak mungkin lah kot..." bisik hati kecilnya.

"Kau kenal ke kereta tu siapa punya?." tanya Farhan.

"Entah, awak tak nak masuk sekali?."

"Kau masuk dulu, aku ada kerja."

"Okay."

"Apa - apa, roger!. Beg nanti aku bawa masuk." segera Zureen membuka pintu untuk keluar dengan penuh yakin dan tidak sabar mahu berjumpa keluarga.

"Pantang jumpa family." perli Farhan dan Zureen menepuk dahinya sendiri kerana terlupa untuk menyalam tangan suami.

"Sorry awak.." lantas dia menyalam tangan suaminya.

"Aku maafkan. Esok lusa kau lupa lagi, kena denda."

Renungan RinduWhere stories live. Discover now