"Amacam?" Tanya Faizal tiba-tiba
"Apebende kau ni?" Aku memandang Faizal pelik
Kami berdua sedang berjalan pulang dari kafe FE, sekarang waktu tengahhari, jadi kafe jadi sangat la sesak sehinggakan tiada meja untuk duduk, jadi kami berdua ambil keputusan untuk bungkus saja balik makan di bilik
"Tinggal dengan Nur, okay ke?"
"Ohhh, cakap la awal-awal kau ni karang"
"Hakalah aku tanya pun dah nak marah, kau period eh?" Kata Faizal tersengih
"Okay la juga ... well aside from crossdressing part, dia okay ja, pembersih, which is good, lepastu ... barang dia tak sepah sangat, tak la introvert sangat, boleh je nak ajak bercakap takde la awkward sangat bila bersembang"
Faizal memandang aku sambil mengangkat
"Kau serius la mat?" Tanya Faizal
"Asal lak?"
"2 hari lepas, kau tak ingat?"
-----------
"Ahahahahaha kau series la Zar?" Kata Nur sambil menahan gelak
Sopan betul mamat ni gelak, mata tutup sebab sepet, tangan dia cover mulut, tapi tangan sebelah lagi tak boleh duduk diam, dari tadi duk tampar-tampar paha aku ni haih
"Ahhh kauu, gelakkan orang, macam la kau tak pernah kena hempap dengan orang" kataku meluat sambil menghembus asap
"Takde ... takde .... eehahahaha weiii Sir Azri tu dah la besaar kau tahuuu, aku, aku takleh bayang laaaa" kata Nur sambil menepku pahaku
Sebentar tadi Nur ceritakan yang dia masuk kelas baru, iaitu kelas Sir Azri. Sir Azri ni seorang lecturer yang gemuk, sangat gemuk, besar Myvi rasanya, dan dia pernah-
"Serius laa, kau ada patah-patah tak? Gilleeerr kau hsss dia, diaa jatuh hempap kau dari atas tangga siot ihihihihihi" Nur semakin tak mampu menahan gelaknya
Yep, memang betul, sewaktu sem 1 dulu, aku nak naik ke tingkat 1. Di pertengahan tangga, Sir Azri yang baru saja turun tu terskip sayu anak tangga, dan dia jatuh bergolek ke arah aku, sakit siall aku kena hempap sampai ke gril penghadang tangga.
"Takde la patah-patah, tapi sir tu ... seminggu jugak la dia MC mat" kataku
"Ihihihihihihiii kelakaar la Zaarr haaa kau nii kannnn ahahahahaha"
Tok tok tok
Siapa pulak tu? Aku lantas bangun dari lantai kemudian pergi ke pintu. Sebaik saja buka, kelihatan Faizal sedang berdiri di hadapan, mukanya kusut masai, bawah matanya hitam. Matanya memandang aku dengan sangat tajam
----------
"4 pagi, eeemmmpaattt pagiii cibai korang duk bergelak gelak lagii" kata Faizal menumbuk lenganku
"Ohhh yang tu, ingat, ingat, hakalahhh kau nii, benda kitorahg dah mintak maaf kan?" Aku tersengih
"Pukul 4 pagi kalau dengar orang gelak macam Nur tu, orang kata hantu la siall" tambah Faizal
"Haihh lepastu? Yang lain-lain?"
"Yang lain eh .... okay la ... oh haah, bab tukar baju, kau tahu haritu kan-"
-----------
"Kk gerak dulu" kataku pada Kamal dan Jirou
Aku, Faizal, Jirou, Kamal dan Kimi baru saja selesai bermain futsal di court, jadi setelah lepak cooling down kami pun pulang ke dorm, Jirou dan Kamal pula pulang ke rumah sewa mereka. Aku berlari mendaki tangga naik ke tingkat atas. Badan aku peluh gila ni mat, sampai je bilik memang aku buka baju baring terus atas lantai ni
YOU ARE READING
NURADLI ⚦: Sketsa Dunia Baru
RomanceKau tahu bila kau pertama kali pandang seorang perempuan tu, hati kau rasa... berbunga, rasa macam... "Cinta pandang pertama?" Kata Faizal mengusik "Ah kau, situ pulak kau fikir" aku meluku kepala Faizal Well, there's this girl "Nama saya Nur, selam...