𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 2

15.2K 721 32
                                    

TAHUN ganti tahun, beberapa bulan pun telah berlalu. Gadis lima tahun lalu itu masih sahaja terbayang di fikirannya. Tidak ada sesaat pun dia melupakan gadis itu.

Lukisan potret yang pernah dilukis oleh orang suruhannya itu masih lagi tersimpan rapi di dalam bilik tidurnya. Hanya itu yang dapat dia lakukan agar terus mengingati wajah bidadari yang diturunkan menjadi penyelamatnya.

"Surprise" terjah Fawish daripada belakang dan membuatkan Izrail terhenti daripada lamunannya.

"Ini kalau pistol aku ni letak dekat kepala kau mahu berkecai otak kau dekat sini!" Pistol yang ada berada di tangannya diajukan ke arah Fawish.

"Alahh aku panggil dari tadi tak dengar! Entah apa yang kau berangan terus gue yang dimarahin"

"Ini mesti kes perempuan yang kau anggap bidadari itukan? Gadis yang berjaya buat kau jatuh hati selepas kau bercerai betul tak?" kening Fawish dinaikkan.

Fawish ataupun nama panjangnya adalah Fawish Harry. Dia merupakan orang kanan tertinggi dalam The Demon's dengan gelarannya "Villain". Anak kepada Dato' Khusyairi Airee merupakan rakan perniagaan papa Izrail , Tan Sri Razil ataupun Gavier Luciano.

"Diam ahh kau! Bila kau sampai? Dah tiga tahun kau tak balik Malaysia semenjak ada bisnes dekat Itali. Apa mimpi kau balik sini?", soal Izrail lalu berjalan menuju ke sofa dan duduk bertentangan dengan Fawish.

"Adik aku baru balik dari Turki, itu yang aku kena ikut balik sekali. Lama pula tak jumpa dia semenjak dia belajar dekat sana siap dah kerja pun sekarang."

"Kerja dekat mana adik kau?"

"Jangan terkejut kalau aku bagitahu"

"Kau nak cakap ke tak nak? Kalau tak nak jangan duduk sini", kata Izrail. Fawish mencebik. Perangai tak pandai berubah! Sikit-sikit nak marah.

" Hospital The Lucian' "

"Hospital aku?" tanya Izrail kembali untuk kepastian.

"Habis tu mana ada hospital lain yang ada nama macam tu? Mampus orang tu kau buat kalau ada yang tersama"

"Eh, nak marah aku pula! Lempang kang!"

"Haa, aku ada bisnes boek punya ni! Mashyukk!". Fawish maju sedikit ke hadapan.

"Apa dia?"

"Kau nak tak dengan adik aku?". Berkerut kening Izrail mendengar kata-kata kawan baiknya itu. Ini bukan bisnes namanya tapi nak jual adik sendiri ni! Nasib baik kawan kalau tidak mahu kena penampar.

"Taknak aku! Jumpa adik kau pun tak pernah bukan main selamba kau nak bagi dekat aku!", bantah Izrail.

"Apa pun aku tetap tak nak dekat adik kau! Even adik kau cantik sekali pun aku tetap tak nak!" sambung dia kembali sebelum melepaskan coat hitam yang digunakannya itu.

Fawish mencebik. Jual mahal pula lelaki ni. Kalau terus macam ni sampai ke tua si dia ni menduda agaknya.

"Kau jumpalah dengan adik aku dulu. Mana tahu kau berkenan boleh juga aku rembat kereta kau yang berlambak dekat rumah tu."

"Amboi, engkau! Bukan sebelum ni kau pun main rembat kereta aku ke ?" Fawish dijeling. Memang betul apa yang dikatakan oleh Izrail itu. Dialah selalu "menghilangkan" kereta Izrail jika sudah menjejakkan kaki di rumah agam miliknya itu.

"Alaa macam tak biasa. Eh mana si budak comel tu?", soal Fawish yang menyedari jika kelibat anak lelaki Izrail yang berumur lima tahun itu tidak kelihatan sama sekali. Entah ke mana budak tu pergi, orang tengah rindu ni!

𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]Where stories live. Discover now