Sejak akhir akhir ini, Unah sering balik lewat. Alasannya kerana kerja lebih masa. Mulanya Jaafar tidak kesah juga kerana teman perempuan Unah yang telah menghantarnya balik. Tetapi sejak akhir akhir ini, ada pula lelaki yang sering menghantar nya. Serta balik pula hingga lewat malam. Alasan yang di beri tetap sama, kerana kerja lebih masa. Jaafar sudah mula curiga, bila perkara tersebut terus berlanjutan. Apalagi bila Jaafar tahu Unah telah membohongi nya. Dia pernah pergi ke tempat Unah kerja, tetapi tutup. Sedangkan pada hari tersebut Unah telah juga balik lewat. Katanya ada kerja lebih masa.
Unah tidak tahu yang Jaafar telah datang ke tempat ketjanya. Jaafar pun tidak bertanya dan bercakap banyak. Dia lebih banyak mendiamkan diri. Namun dia tetap memerhati dan memantau setiap pergerakan Unah. Dengan bantuan dari beberapa orang teman, Jaafar dapat tahu setiap pergerakan Unah. Setelah sekian lama di biar biarkan, perbuatan Unah sudah semakin menjadi jadi pula. Bila Jaafar menegur, awalnya memang dia hanya mendiamkan diri dan patuh. Tetapi itu hanya bertahan untuk beberapa hari sahaja. Bila ianya telah pun mula berulang kembali.
Namun kini agak rumit juga, kerana memang ada ketikanya Unah betul betul telah melakulan kerja lebih masa. Hanya Jaafar memerhati siapa pula yang telah menghantarnya balik. Adakala nya perempuan dan adakalanya lelaki. Untuk yang perempuan nya, Jaafar tidak kesah sangat. Tetapi yang lelakinya memang agak mencurigakan juga. Kadang kadang bertukar tukar orang, dan ada ketikanya orang yang sama sahaja. Jaafar pun tidak tahu, adakah mereka itu kawan kawan lelaki sekerjanya atau pun lelaki dari luar. Kerana Unah sendiri pun tidak pernah memperkenalkan mereka kepadanya.
Hingga Jaafar sendiri pun tidak faham dengan tindakan Unah itu. Jika dia jujur, apa salahnya di perkenalkan mereka semua kepadanya. Jadi tidaklah Jaafar rasa syak wasangka yang bukan bukan atau pun merasa curiga. Bila di tanya, banyak pula jawapan dan alasannya. Jaafar kesihan juga dengan anak anaknya, selain sibuk dengan kerja kerja sekolahnya, mereka juga terpaksa menguruskan kerja kerja rumah sama. Balik saja dari sekolah, salin pakaian, dua beradik itu pun terus ke dapur baru untuk masak makan tengahari. Sedangkan jam sudah menunjuk kan hampir pukul tiga petang. Siap makan, seorang dari mereka membersih peralatan yang di guna untuk makan dan memasak serta mengemas dapur.
Manakala yang seorang lagi pula mengambil giliran membasuh pakaian. Bagusnya dua beradik ini pandai membawa diri. Kakak, bernama Raihana, berumur tiga belas tahun, dan Raihani, adik, berumur sebelas tahun. Perkara ini juga turut mengganggu tumpuan Jaafar pada pekerjaan nya. Fikirannya sering teringat ingat masalah keluarganya. Saling bersilih ganti antara masalah isterinya dengan masalah anak anaknya. Jaafar sering duduk termenung bersendirian. Makan minumnya pun sudah tidak menentu. Bukan kerana tidak ada makanan, tetapi hingga tidak selera hendak makan. Dia sudah tidak memikir kan sangat tentang dirinya sendiri, tetapi dia lebih memikir kan tentang nasib anak anaknya.
Walaupun dia tidak melihat dengan mata kepalanya sendiri, tetapi Jaafar masih mendengar lagi cerita tentang Unah. Hari itu hari jumaat, awal awal lagi Jaafar telah memaklumkan kepada ke dua dua anaknya bahawa dia hendak keluar petamg itu dan malamnya baru dia balik. Dia kini punya rancangannya sendiri. Awal awal dia sudah pun berada di depan syarikat tempat Unah bekerja. Jaafar mengambil kedudukan yang agak jauh supaya kehadiran nya tidak di sedari oleh Unah. Tepat jam lima petang kelihatan berpusu pusu para kakitangan keluar dari kawasan syarikat tersebut. Keadaan ketika itu memang agak kalang kabut dengan bas, van, kereta, motorsikal dan basikal pun ada.
Bimbang juga Jaafar ketika itu, kerana keadaan sudah semakin lengang, tetapi kelibat Unah masih belum kelihatan. Adakah dia yang sudah terlepas, atau pun memang Unah yang belum keluar. Kerana kelihatan ada lagi mereka yang masih baru keluar. Rasa lega juga Jaafar bila tidak lama kemudian, dia ternampak Unah sedang berjalan keluar sambil bercakap cakap dalam telefon. Dalam pada itu sebuah kereta yang tadinya berada di hadapannya terus bergerak menuju dan berhenti di hadapan pintu pagar syarikat. Lalu kelihatan Unah menghampirinya dan terus masuk ke dalam kereta tersebut.
YOU ARE READING
lelakikah aku?
Short StoryKesah seorang suami yang telah di curangi isteri sehingga isteri itu telah termengandung dengan lelaki lain.