Note: Maaf ya ada sedikit scene panas dalam ni, kalau siapa innocent better skip je part tu! 🙈🤪
___________________
Setelah usai makan Tengku Aafiyah mengarahkan anak dan menantunya untuk berehat didalam bilik, maklum lah Hania Nura baru sahaja menjalani pembedahan pasti dia memerlukan rehat yang lebih
"Wah! Ni ke bilik awak? Kemas nya!" Teruja Hania Nura melihat bilik Tengku Syed Emir setelah jejaka itu membuka pintu
"Dulu, tapi sekarang dah jadi bilik kita. Jom masuk." Tangan Hania Nura ditarik lembut oleh Tengku Syed Emir
Hania Nura jalan sambil pandangannya melilau melihat sekeliling, pertama kali dia melihat dan menjejak kaki ke dalam bilik Tengku Syed Emir. Semua barang terletak kemas dan rapi di susun, kalah bilik perempuannya!
"Awak nak rehat ke atau nak mandi dulu?" Tanya Tengku Syed Emir setelah meletakkan beg pakaian Hania Nura di dalam bilik pakaiannya
"Em.. Saya nak mandi dulu la." Hania Nura yang tadinya duduk diatas katil lantas bangun kemudian menuju ke bilik air sebelum pintu bilik air itu ditutup
___________________
"Awak!" Panggil Hania Nura dari dalam bilik air
Tengku Syed Emir yang tadinya sedang baring diatas katil sambil bermain dengan telefonnya segera bangun "Ye sayang?"
"Boleh tolong ambilkan tuala untuk saya tak?"
Setelah mendengar apa yang diminta Hania Nura, Tengku Syed Emir melangkah ke bilik pakaiannya dan mencapai tuala yang baharu kemudian dia berjalan menuju ke bilik air
Tuk! Tuk!
Pintu dibuka dari dalam kemudian sempat Tengku Syed Emir menoleh ketempat lain sebelum menghulur tuala yang diambil tadi
Pantas Hania Nura mengukir senyuman jahat sebelum dia bertindak untuk menarik lengan Tengku Syed Emir masuk ke dalam bilik air itu kemudian pintu ditutup
"Eh, a..awak buat apa ni!" Gagap Tengku Syed Emir terkejut dengan tindakan isterinya
"Nak mandi sekali la, alang-alang boleh tuntut yang haritu~" Suara sengaja dilentokkan seraya kedua tangannya memeluk leher Tengku Syed Emir
Tengku Syed Emir memandang sekilas Hania Nura yang berada dihadapannya lantas menoleh memandang tempat lain 'aduh budak ni, wire terputus satu ke apa ni? Apa yang si El ni bedah sampai macam ni sekali budak ni jadi.'
'Tahan Mir, tahan. Wife kau ni baru lepas operate. Jangan.' Gumam Tengku Syed Emir
"Kenapa tak nak pandang Hania? Han tak cantik ke?" Sebik Hania Nura
"B..bukan macam tu.." Tengku Syed Emir memejam matanya seraya menghela nafas untuk menenangkan dirinya
"A..awak kan baru je lepas operation. Awak kena banyak berehat, lain kali la eh awak tuntut?" Pelukan di lehernya perlahan-lahan dia cuba leraikan
"Ala bukannya penat banyak pun, sikit je. Boleh la? Adjust sikit jo, buat raso raso." Hania Nura mengetatkan lagi pelukan dileher Tengku Syed Emir, tubuhnya sengaja dirapatkan lagi dengan tubuh jejaka itu
YOU ARE READING
The Teaser and Her Lover
RomantizmSyed Emir Aayn seorang yang pendiam dan pemalu dengan orang-orang disekelilingnya tetapi cekap dan teliti dalam pekerjaan. Namun kehadiran seorang gadis bernama Hania Nura telah membuat Syed Emir Aayan berubah perwatakannya dan cara gaulannya dengan...